Selasa, 20 September 2011

JABATAN AMAL RAYU BANTUAN


Unit Amal Kawasan Teluk Intan telah melancarkan Tabung 'Kami Peduli Yusri' bagi mengutip derma atau sumbangan bagi membantu meringankan beban Adik Yusri bin Mustajab , 17, di alamat Batu 10, Jalan Bidor, Changkat Jong, yang telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan pada 8 Ogos 2011/8 Ramadhan yang lalu.

Menurut Setiausaha Unit Amal Kawasan Teluk Intan Sdr. Azizi Tajuddin, kini Adik Yusri dalam keadaan kritikal serta koma di Wad ICU Hospital Ipoh. Keadaan Adik Yusri adalah seperti berikut :
  1. Separuh daripada tempurung kepalanya telah dipotong bagi mengeluarkan pendarahan dan masih belum dipasang semula sehingga keadaan otaknya stabil. Satu tiub dipasang di kepala bagi mengeluarkan cairan lebihan untuk mengelakkan komplikasi di otak.
  2. Pernafasan melalui tiub yang ditebuk di bawah leher pesakit sementara diberi melalui tiub di hidung.
  3. Kini boleh mendengar dan berkomunikasi dengan isyarat kelipan mata kiri sahaja, pergerakan seluruh anggota badan masih belum boleh digerakkan.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap kepada orang ramai yang bersimpati agar dapat menghulurkan bantuan melalui :
  1. Sumbangan wang tunai terus kepada pihak Unit Amal Kawasan Teluk Intan melalui Tuan komander Shahrul Iman bin Mohd. Salleh atau mana-mana wakil beliau (yang membawa surat sumbangan)
  2. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun kakak kepada Adik Yusri : Marliana binti Mustajab No. Akaun BSN 08230-29-00009010-0

Khamis, 11 Ogos 2011

Larangan Exco ulas isu periksa gereja kekal -MB

penjelasan mb selangor dan perintah larangan

"konsep asas negara kebajikan"


Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan.

“Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan,” tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah.

buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS.

perincian dan susun atur program yang menjadi pengisiannnya nanti akan dipaparkan kepada seluruh rakyat dalam bentuk manifesto dan butiran khusus dari masa ke semasa menerusi media cetak dan lain-lain siaraya oleh PAS.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Dokumen Negara Berkebajikan yang akan menyusul selepas buku kecil ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci akan konsep dan tasawwur Negara Berkebajikan.

"Mudah-mudahan kita semua mendapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyelamatkan manusia dengan petunjuk Allah yang sebenarnya secara beramal,".

Buku yang mengandungi tujuh bahagian dan 86 muka surat bercetak itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pada 5 Ogos lalu.

Rabu, 10 Ogos 2011

WATAN PERLU BAYAR SAMAN KEPADA 3 PEMIMPIN PAS KELANTAN 1.4 JUTA


Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan akhbar Mingguan Watan membayar sebanyak RM1.4 juta kepada tiga pemimpin PAS Kelantan terhadap kes saman fitnah.

Perintah itu dibuat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Nariman Badruddin dalam kamar.

Ketiga-tiga plaintif iaitu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa dan Datuk Anuar Tan Abdullah diwakili peguam Hisham Fauzi.

Bagaimanapun peguam defendan, Rosli Abu Zarim tidak hadir hari ini.

Pemimpin PAS terbabit menyaman akhbar berkenaan berhubung laporan berunsur fitnah disiarkan Mingguan Watan bertarikh 21-27 Disember 2008.

Mereka menyaman M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Mingguan Watan pada edisi ke-17 bertarikh 21-27 Disember 2008 menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap ketiga pemimpin tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Adun BN (kubu gajah) di Perak bertindak sebagai Penasihat Jabatan Pengarang.

Berita itu disiar di halaman hadapan bertajuk “Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” ditulis M Goenawan.

Akhbar mingguan itu mendakwa “Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.

“Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd.”

Ekoran penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah menghantar surat dan memberi notis selama 14 hari untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.

Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 menyiarkan berita pihaknya tidak perlu memohon maaf.

Sebaliknya seperti mencabar PKINK supaya menghantar surat pembetulan dan penjelasan fakta sekiranya berita yang disiarkan itu tidak tepat.

Malah dalam berita sama ditulis, akhbar berkenaan tidak takut kepada ugutan kerana mendakwa berpegang kepada prinsip dan asas kewartawanan.

Kes saman tersebut sebelum ini dibicara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sejak Febuari 2009.

pihaknya akan mengeluarkan notis bagi mengarahkan responden membayar gantirugi tersebut dalam tempoh tujuh hari.

”Notis tersebut InsyaAllah akan dikeluarkan esok,” .

Dalam notis saman ketiga-ketiga pemimpin PAS terbabit menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada akhbar Mingguan Watan.

Pada keputusan hari ini Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi memerintahkan Mingguan Watan membayar sebanyak RM675,000 kepada PKINK dalam saman yang dibuat secara berasingan.

Sebelum ini PKINK menyaman Mingguan Watan dan menuntut ganti rugi RM5 juta.

Selasa, 9 Ogos 2011

UMNO KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN NEGARA KEBAJIKAN


SEBULAN sudah berlalu Muktamar PAS Pusat ke-57. Selepas berakhir muktamar, PAS diserang hebat oleh Umno-BN melalui media-media mereka. Mengapa terjadi demikian? Apakah kerana PAS semakin mantap hari ini dengan pelbagai pembaharuan dan konsep Negara Berkebajikan yang ditampilkan? Untuk menjawab persoalan itu, Wartawan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB, SAADON AKHSAH MOHD SHAFRI SHAMSUDIN bersama Jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH bertemu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabatnya dekat sini 23 Jun lalu. Ikuti wawancara berikut.

HARAKAH: Umno seolah-olah terpukul dengan Negara Berkebajikan. Mereka membuat berbagaibagai telahan negatif yang kononnya Negara Berkebajikan PAS mempunyai kecacatan dan pelbagai lagi dibuat. Pada pandangan Dato’ Seri mengapa Umno sedemikian?

DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG: Alhamdulillah, tema yang kami bentangkan dalam muktamar yang lalu, ‘Negara Berkebajikan’ mendapat respon yang positif daripada pemerhati politik Islam dan bukan Islam dan menunjukkan kegelabahan Umno dalam respon mereka apabila pemimpin Umno membuat kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain. Ada menyatakan PAS sudah menyeleweng daripada landasan dan matlamat perjuangan Islamnya. Ada yang menyatakan PAS meniru Umno. Kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.


Khamis, 4 Ogos 2011

BUKU KONSEP NEGARA KEBAJIKAN AKAN DI LANCAR ESOK

PAS akan mencipta satu lagi catatan sejarah apabila berkesempatan melancarkan sebuah buku yang bukan sahaja amat berguna kepada parti, tetapi juga kepada seluruh lapisan rakyat negara ini, melewati batasan kaum dan agama.

Pelancaran Buku Konsep Negara Berkebajikan karangan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, majlis bersejarah dan ditunggu-tunggu sekian lama oleh orang ramai di seluruh negara itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad di Kota Bharu, Kelantan, mulai jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, buku karangan Presiden PAS itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw.

turut dijelaskan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan (Nation Of Care and Opotunity) dengan Negara Kebajikan (Walfare State) bawaan Barat.

"Di dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan menifesto PAS tahun 2008,".

Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara kita hari ini.

"di dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Tuan Guru Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini,".

Buku tersebut boleh didapati oleh orang ramai di pasaran selepas majlis pelancarannya pagi esok.