Isnin, 30 Ogos 2010

Pertemuan Teo Nie Ching dengan Mursidul Am PAS

Israel menutup masjid Ibrahimi selama 10 hari. Pandatang Yahudi dibenarkan memasukinya manakala Muslim dihalang.

August 30th, 2010
Isnin , 30/08/2010 – Pihak berkuasa penjajah Israel mengumumkan semalam bahawa Masjid Ibrahimi di Hebron akan dibuka sepenuhnya sebelum penduduk Israel mendudukinya di bulan suci Ramadhan, sempena menyambut hari ”pengampunan” Yahudi. Pada acara itu, masjid itu akan ditutup sepenuhnya kepada penganut Muslim.
Radio Israel mengatakan bahawa tentera regim zionis membenarkan pembukaan masjid itu khusus untuk pendatabg Yahudi selama tempoh sepuluh hari bermula dengan Tahun Baru Yahudi dan diakhiri dengan Hari Perdamaian (Hari Pengampunan). Radio regim Israel menambah bahawa keputusan itu dibuat atas permintaan yang diajukan oleh panjajah Yahudi, Lembaga Daerah Kiryat Arba.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : shuhada

Khamis, 26 Ogos 2010

Rabu, 25 Ogos 2010

isu hudud dan negara islam dimainkan lagi

Isu Hudud dan Negara Islam akan sentiasa menjadi polimik antara PAS dan DAP khususnya, selagi kefahaman dan penghayatannya tidak dilaksanakan. Persoalan utama ialah memahami dasar perjuangan PAS, yang berteraskan Dasar Islam. Sebagai umat Islam, melaksanakan perintah Allah adalah satu kewajipan yang dituntut oleh syarak. Kerana itu, bagi PAS melaksanakan hukum hudud, qisas dan takzir adalah satu kewajipan bagi pemerintahan Islam.

Oleh kerana UMNO yang memerintah lebih 50 tahun tidak melaksanakannya, maka timbullah tanggapan di kalangan orang bukan Islam, bahawa perlaksanaannya tidaklah menjadi tuntutan. Lantaran itu, kami jelaskan bahawa UMNO mengabaikan kewajipan yang sepatutnya mereka sebagai pemerintah melaksanakannya. Pengabaian ini menyebabkan timbulnya pertembungan antara PAS dan UMNO hingga kini. Asas kepada penentangan ini ialah UMNO mengabaikan kewajipan agama, yang telah difardhukan oleh Allah, manakala PAS berjuang agar kewajipan ini dilaksanakan.

PAS menekankan bahawa manusia adalah milik Allah, dan begitu juga bumi adalah milik Allah. Maka sebagai hamba Allah, kita mesti melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Sekiranya perintah dan larangan Allah diabaikan, pasti akan mengakibatkan timbulnya pelbagai kegawatan dalam masyarakat manusia.

Hari ini kita terpaksa menerima hakikat gagalnya sistem perundangan mengawal pelbagai kepincangan yang berlaku. Peningkatan kadar jenayah, pembunuhan, pembuangan bayi, dadah, perzinaan, kes kecurian, penderaan dan lainnya telah sampai ke tahap yang sangat membimbangkan.

Manifestasi kegagalan ini boleh dilihat dengan indeks jenayah yang meningkat, penjara-penjara yang terpaksa menampung penjenayah yang di luar kouta yang dibenarkan, pusat-pusat serenti yang sentiasa bertambah, bahkan kini ada cadangan sekolah khas bagi ibu mengandung, pemberian jarum suntikan dan bekalan dadah sentatik kepada penagih dadah. Semuanya ini adalah gambaran gagalnya sistem ciptaan manusia, bahkan ianya membebankan negara.

Hudud, adalah sebahagian daripada perundangan Islam. Umat Islam yang menerima Islam sebagai agama bermakna menerima seluruh sistem yang ada dalam Islam. Allah menegaskan “Wahai orang yang beriman, masuklah ( terimalah ) seluruh ajaran Islam, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan."

Oleh kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam, maka golongan bukan Islam tidak terikat dengan sistem dan perundangan Islam. Contohnya mahkamah syariah, ianya hanya membicarakan kesalahan di kalangan orang Islam, manakala orang bukan Islam tidak tertakluk di bawah mahkamah syariah, walaupun kini ianya tidak melibatkan kes-kes jenayah. Umpamanya kalau ada kes khalwat, hanya pesalah Islam dihukum, sedangkan pesalah bukan Islam tidak dihukum.

Meneliti peningkatan kes jenayah kini, yang majoritinya umat Islam, maka sangat penting ditekan agar umat Islam yang melanggar batas larangan syarak dapat dibimbing ke arah kehidupan positif lagi bermakna bagi negara. Hukum adalah sebahagian dari pada proses mendidik manusia agar menjadi warganegara yang berguna. Namun seandainya hukum yang ada gagal mengawal jenayah, bahkan ianya tidak menakutkan penjenayah bagi mengulagi jenayah di lakukan, bermakna kita sebenarnya gagal dalam membentuk satu sistem perundangan yang tepat.

Sebagai warga negara kita tentulah sangat inginkan sebuah negara yang aman, bebas daripada jenayah, pemimpin dan rakyat dapat membentuk satu kehidupan yang harmoni, golongan yang kaya tidak bimbang keselamatan hartanya daripada dicuri, anak-anak boleh bebas keluar dari rumah; dan ibu bapa tidak lagi bimbang keselamatan anak dari dirogol, diculik, diperdagangkan bahkan mungkin dibunuh.


Negara Islam.

Senaraikan bentuk negara terbaik yang anda inginkan samada ciri pemimpinnya, sistem pemerintahannya, tanggungjawab rakyat kepada pemimpin dan sebaliknya kewajipan pemimpin kepada rakyatnya serta bentuk kemajuan negara yang ideal bagi anda. Saya katakan itulah negara Islam. Sayangnya negara Islam kehilangan model sebenar, sehingga pelbagai persepsi timbul dalam pemikiran masyarakat, khusunya bagi masyarakat bukan Islam. Apakah bentuknya seperti negara Taliban di Afganistán, atau negara Iraq di era Saddam dan kini, atau Saudi yang majoritinya umat Islam. Kehilangan model ini menyebabkan timbul kebimbangan terhadap apakah bentuk negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Dengan kemenangan PAS di Kelantan memerintah selama 20 tahun, apakah ada sesuatu yang menakutkan orang bukan Islam untuk mendiami negeri tersebut? Selama 20 tahun pemerintahan, Kelantan bebas dari pemimpin rasuah, berbanding sepenggal jadi MB bagi negeri UMNO/BN. Kehidupan pemimpin yang sederhana, rakyat meneruskan aktiviti ekonomi dengan baik, agihan kekayaan yang sampai kepada rakyat sehingga Kelantan mampu memulakan negeri berkebajikan mendahului negeri-negeri lain dalam keadaan sebuah negeri yang miskin, dengan tekanan politik dan ekonomi yang berterusan.

Bayangkan kalau negara kita ini dengan hasil minyaknya, gas, kelapa sawit, getah, bijih besi, emas dan pelbagai sumber kekayaan yang lain, tentulah kita mampu menjadikan negara ini sebuah negara yang makmur dan kehidupan rakyatnya yang mewah.

Bagi PAS nama negara tidak penting samada kita menerima negara Islam atau apa jua nama yang sesuai, kerana yang penting ialah ciri-ciri negara tersebut yang tidak bertentangan dengan nilai Ilahi. UMNO di era Tun Mahathir juga mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Namun ianya dipenuhi dengan rasuah, penyelewengan, salah urus tadbir, ketirisan yang semakin membesar, bahkan tindakan melindung pemimpin yang terlibat dengan skandal rasuah sangat mengaibkan bagi sebuah ‘negara Islam’.

Kita boleh mengekalkan bentuk negara yang ada dengan menguatkuasakan perundangan bagi membina sebuah negara yang bermoral. Membasmi rasuah dan penyelewengan, salah guna kuasa, dan lainnya. Bagi orang Islam mereka terikat dengan sistem perundangan Islam, manakala bagi golongan bukan Islam, mereka juga terikat dengan sistem perundangan sivil yang ada. Kerana bagi umat Islam, pemimpin mestilah yang paling tinggi akhlaknya, mampu menjadi model kepada rakyat, bertaqwa dan tidak fasiq, mampu melaksanakan keadilan kepada semua, memberi hak kepada yang berhak dan mengambil hak bagi yang tidak berhak, dan mengekalkan seluruh kebaikan dalam sistem pemerintahan negara.

Negara sekular bertentangan dengan bentuk negara Islam, kerana sistem sekular bermakna pemisahan negara dengan agama. Bagi PAS, menerima Islam bermakna menerima seluruh sistem Islam, bukan hanya menerima dalam persoalan peribadi, dan tidak menerima Islam dalam aspek lainnya. Contohnya nilai haram bagi rasuah lebih tinggi nilainya berbanding bersalah dalam sistem sekular. Rasuah menyebabkan pelakunya dihumban ke neraka , walaupun mungkin dia terlepas di dunia. Demikian juga riba’ bagi umat Islam menyebabkan mereka kekal dalam neraka selama-lamanya berbanding ‘bersalah’ dalam sistem sekular. Rasa gerun ini perlu dididik agar mereka lebih takut kepada Allah dari undang-undang dunia.

Lantaran itu dalam proses membina negara ke arah lebih baik, apa jua sistem yang mampu membina negara, maka kita mesti menerima dan malaksanakannya. Maka bagi umat Islam, yang terbaik ialah sistem yang diturunkan oleh Allah berbanding sistem ciptaan manusia.

terima kasih rakyat perak -pj-



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh muslimin dan muslimat yang telah banyak membantu saya serta keluarga ketika mana kami diberi ujian oleh Allah SWT .

Jutaan terima kasih kepada muslimin muslimat yang mendoakan kesihatan arwah isteri saya ketika beliau masih hidup dan mendoakan kesejahteraan buat arwah isteri saya ketika beliau sudah kembali kepada Allah SWT.

Sesusungguhnya kematian itu adalah satu perkara yang pasti akan dihadapi oleh setiap makhluk yang bernyawa, Cuma masa dan saatnya sahaja tidak diketahui oleh kita.

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan seluruh muslimin muslimat sekalian ingatlah akan firman Allah SWT, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30) maka Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman.

Ikhlas Dari

Ustaz Abu Bakar Hussain

Khamis, 19 Ogos 2010

Ustaz Azhar 2010 - Hukum makan di KFC,Mc Donald

Ustaz Azhar 2010 - Hukum Lompat Parti

ds berada di teluk intan 23/08/2010

DS Nizar Jamaluddin akan bersama-sama penduduk Teluk Intan pada hari Isnin 23 Ogos 2010.

Pelbagai program telah diatur bagi menemukan DS Nizar dengan masyarakat.

Seawal 5.30 petang DS Nizar akan dibawa ke Pasar Ramadhan di Pekan Teluk Intan. Pasar Ramadhan ini merupakan tempat tumpuan utama penduduk Teluk Intan bagi mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan diberikan amanah untuk mengiringi DS serta rombongan untuk beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga di sana.

Selepas itu DS Nizar akan ke Surau Kg Air Hitam, Changkat Jong untuk program berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Cawangan PAS Air Hitam telah diamanahkan untuk mengiringi DS Nizar di sana.

Kemudiannya, DS Nizar akan terus ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan menunaikan Solat Tarawih dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan di situ.

Adalah diharapkan semua ahli serta petugas parti di semua peringkat di Kawasan Teluk Intan dapat menyebarkan maklumat program ini kepada rakan-rakan serta masyarakat.

PAS Kawasan Teluk Intan amat mengalu-alukan kehadiran Dato Seri Nizar ke Teluk Intan pada hari tersebut.

Jumaat, 13 Ogos 2010

teks ucapan YAB MENTERI BESAR KELANTAN semperna majlis perasmian mata wang dinar

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTANSEMPENA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN MATA WANG SYARIAHEMAS DINAR & PERAK DIRHAM KELANTAN

PADA : 2 RAMADHAN 1431H / 12 OGOS 2010M

BERTEMPAT DI PUSAT DAGANGAN KELANTAN,KOTA BHARU, KELANTAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِوَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ (20)- يوسف

Yang bermaksud : Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf



Alhamdulillah, kita lafazkan setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T. yang telah mengizinkan kita semua untuk berada di dalam Majlis Perasmian Pelancaran Matawang Syariah Emas Dinar & Perak Dirham Kelantan ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak urusetia di atas pelancaran ini yang saya anggap satu kejayaan besar di dalam merintis jalan mengembalikan kekuatan ekonomi ummah. Ucapan terima kasih saya rakamkan kerana diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan dan amanat pada majlis perasmian ini.



Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar.



Di dalam sejarah, wang dalam pelbagai bentuknya sebagai alat tukaran di dalam jual beli telah dikenali ribuan tahun yang lalu seperti dalam sejarah Mesir kuno sekitar 4000 tahun sebelum masehi. Sekalipun pada masa itu sistem barter trade dianggap sebagai sistem yang utama, namun sistem mata wang yang diperkenalkan tidaklah menjadi satu budaya yang asing. Ayat yang telah saya bacakan tadi menunjukkan bagaimana kisah Nabi Yusuf alahissalam di Mesir yang telah dijual oleh para pedagang dengan hanya beberapa dirham. Perkataan dirham itu membuktikan bahawa mata wang telah wujud semenjak pada zaman itu lagi.



Wang emas dan perak pula diperkenalkan oleh Julias Caesar dari Romawi sekitar tahun 46 sebelum masehi. Pada masa itu, standard tukarannya di antara wang emas dan perak ialah dengan nisbah 12 : 1. Penggunaan wang emas dan perak ini telah menjadi satu alternatif kepada sistem barter trade iaitu tukaran barang dengan barang. Jika di masyarakat Romawi pada masa itu lebih cenderung menggunakan wang dinar, di sebelah parsi pula wang dirham digunakan secara meluas. Kedua-duanya digunakan oleh orang-orang Arab Jahiliyyah yang terkenal dengan sifat rajin berniaga.



Firman Allah SWT :لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآَمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)



Yang bermaksud : Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.



Di zaman Rasulullah SAW, sistem jual beli semuanya berasaskan kepada dinar dan dirham. Ia diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya sehingga ke Kepulauan Tanah Melayu di era kesultanan Melayu Melaka. Ini membuktikan dinar dan dirham yang berteraskan emas dan perak ini merupakan mata wang yang paling stabil pernah digunakan oleh umat manusia.





Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat di seluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Ini sekaligus menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun. Di dalam al-Quran juga dinyatakan kisah ashabul kahfi yang menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur.



Firman Allah SWT :فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا – سورة الكهف، 19



Yang bermaksud : Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.



Di dalam ayat ini, diceritakan bagaimana pemuda-pemuda ini yang telah ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun di dalam sebuah gua telah mengutuskan salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak. Dalam erti kata lain, di dalam masa 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan untuk beberapa orang. Inilah bukti bagaimana dinar yang berasaskan emas dan dirham yang berasaskan perak mempunyai nilai yang stabil dan selamat dari inflasi. Ini berbeza dengan wang kertas. Sesuatu yang dapat dibeli dengan nilaian RM30 misalnya 50 tahun yang lepas sudah tidak boleh dibeli dengan nilaian yang sama pada hari ini.



Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.



Bagaimanapun, penggunaan wang dinar dan diirham ini gagal diteruskan dengan kemerosotan empayar Islam pada abad ke 13 Masehi. Hadirnya penjajah yang membawa misi God, Glory and Gold iaitu agama, tanah jajahan dan kekayaan mengakibatkan umat Islam berjaya digoncangkan pegangan mereka terhadap agamanya sendiri lalu tinggallah Islam sebagai agama yang disebut di dalam masjid dan madrasah semata-mata dan tidak lagi didaulatkan sebagai syariat yang memerintah. Nilai jatidiri yang merosot menyebabkan mereka bergantung dengan penjajah di dalam mengatur urusan ekonomi. Apabila tidak wujud pergantungan dengan Allah SWT dan mengenepikan syariat sendiri, umat Islam menjadi umat yang putus hubungannya dengan Allah. Bagaikan layang-layang yang putus talinya, mungkin ia terbang tinggi tetapi dengan cepatnya ia akan terhempas jatuh ke tanah.



Antara implikasi yang paling ketara dengan kehadiran penjajah ialah memperkenalkan sistem wang kertas yang kononnya disandarkan pada nilaian emas. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai, apa yang bernilai ialah bayaran yang diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai.



Wang kertas yang hanya dinilai mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara dan ini sebenarnya lebih teruk dari bas dan keretapi tadi. Hakikatnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00.



Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas. Kebebasan mencetak wang kertas ini menyebabkan berlakunya inflasi apabila dikeluarkan dengan banyak tanpa kawalan. Ia juga mengakibatkan berleluasanya amalan riba serta terdedah kepada aktiviti manipulasi dan gharar yang jelas dilarang oleh Islam. Dari sudut yang lain, wang kertas inilah yang menjadi talian hayat kepada kapitalis untuk terus berkuasa dan menindas ekonomi umat Islam. Di dalam sejarah, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 telah memungkiri janji apabila mencetak dollar dengan tidak bersandarkan kepada emas untuk menyelamatkan negaranya yang hampir bangkrap.



Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.



Alhamdulillah, kita di Kelantan menyedari betapa perlunya kekuatan ekonomi umat Islam ini dikembalikan. Pertama untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan kedua untuk kesejahteraan seluruh umat manusia agar hidup aman damai tanpa sebarang penindasan ekonomi. Kita mulakan di Kelantan dengan mengarahkan wang kerajaan yang disimpan di dalam bank riba dipindahkan masuk ke dalam perbankan Islam. Langkah ini untuk mengelakkan wang kerajaan terlibat dengan unsur-unsur riba. Kita turut perkenalkan al-Rahn sebagai tempat untuk menerima barang gadaian dengan tidak mengenakan riba.



Kita juga mempelopori langkah tidak mengenakan sebarang faedah kepada kakitangan kerajaan negeri yang membuat pinjaman. Semuanya ini dibuat dengan penuh rasa yakin kepada Allah SWT dan sehingga hari ini alhamdulillah kita tidak menghadapi sebarang masalah. Hari ini kita telah maju setapak lagi di dalam usaha mengembalikan kekuatan ekonomi ummah dengan melancarkan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham Kelantan. Saya difahamkan usaha penggunaan mata wang syariah ini akan diperluaskan dengan pembayaran zakat melalui dinar dan dirham. Di samping itu, saya dimaklumkan terdapat lebih 1000 buah kedai di sekitar bandar Kota Bharu yang sedia berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham yang dilancarkan hari ini.



Selain itu, pihak kerajaan akan melantik ejen jual beli yang beroperasi seperti money changer bagi memudahkan urusan tukaran mata wang ringgit dan mata wang syariah. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Sekalipun mungkin usaha ini dipandang kecil, tetapi ia tetap merupakan satu permulaan yang baik untuk mengembalikan kesedaran ummah keseluruhannya.



Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah di atas perasmian pelancaran matawang syariah emas dinar dan perak dirham ini khususnya kepada YB Dato' Haji Husam bin Musa yang merupakan penggerak utama terhadap usaha ini. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

- 

Selasa, 10 Ogos 2010

lawatan yb hj anuar sudin terhadap ibu tunggal semperna ramadhan


lawatan yb anuar sudin baru-baru ini ke sekitar taman cicely adalah program ziarah ibu tunggal semperna ramadhan bagi meringankan beban seorang ibu tunggal dalam keperitan hidup tanpa suami.
malah ada dikalngan yang dikunjung merasa amat bertuah kerana yb adalah orang yang peratama membuat demikian.
yb anuar sudin mempunyai jadual kebajikan untuk rakyat tersendiri dan boleh dikatakan setiap minggu beliau mengunjungi rakyat tidak kira dimana.
memeng susah dalam susana media tidak menyebelahi pihak pr dan memang menjadi lumrah bahawa di malaysia pembangkang di tindas walau pun ikhlas menjadi wakil rakyat dan berkerja untuk rakyat.
malah ada rakyat yang bertanya kemana yb hilang sebelum ini. 
yb tak hilang tetapi beliau nak jelaskan jadual kepada rakyat itu bukan caranya.
beliau akan buat setakat mana beliau mampu.
dalam keadaan beliau yang tidak di beri peruntukan sedang kan beliau adalah seorang adun ini berharap kepada gaji yb sahaja untuk tolong membantu rakyat.
yb cangkat jong telah menjelajah ke setiap kawasan di bawah adun beliau dan menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat tetapi rakyat boleh menilai sendiri dengan apa yang ada pada hari ini...
sebanyak 15 rumah yang beliau sempat ziarah meliputi taman cicely, taman panglima, taman ikhlas dan cicely maju.


Khamis, 5 Ogos 2010

pemuda ajak masyarakat berkebajikan (8.8.2010)

Dewan pemuda pas kawasan teluk intan menganjurkan program bersama rumah titian ashraful rohaniah
no 53b kampung selabak luar batu3 jalan cangkat jong 3600 teluk intan, perak.
turut hadir yang berhormat adun n56 cangkat jong
(hj anuar bin sudin)
program yang bermula seawal 9.00 pagi
bertarikh 8.8.2010(ahad)

program yang mendekatkan masyarakat bersama rumah kebajikan ini amat lah mengalu-alukan masyarakat disekitar teluk intan turut hadir.
pemuda juga turut memberikan bantuan dan menggalakkan sesiapa yang ingin memberi bantuan secara peribadi kepada rumah tersebut boleh terus menyalurkan bantuan terus ke pengurusan rumah kebajikan ataupun boleh menyalurkan melalui akaun nombor -08021252940051- cimb bank.

serba sedikit berkenaan rumah titian ashraful rohaniah

-rumah titian ashraful rohaniah teluk intan, perak dengan no pendaftaran 0989-07-prk adalah sebuah pusat penjagaan bagi orang kurang upaya mental merangkumi pelbagai peringkat umur dan ketegori dengan dipenghuni seramai 60 orang.
rumah ini juga amat memerlukan bantuan terutamnya keuwangan.
sumber-sumber kewangan hanya diperolehi dari sumbangan-sumbangan mereka yang peka dan prihatin terhadap golongan kurang upaya ini.
rumah ini turut memberi beberapa aktiviti/latihan untuk penghuninya antaranya
:fisioterapi :terapi pertuturan :juru pulih cara kerja :aktiviti seharian.

pemuda pas kawasan teluk intan telah membuat lawatan pertama yang dihadiri 2 orang dan yang berhormat adun cangkat jong juga sudah beberapa kali menziarahi rumah ini secara persendirian.
pihak pemuda pas kawasan teluk intan amat berharap semua masyarakat teluk intan berprihatin terhadap bantuan kepada yang memerlukan.
pihak pengurusan rumah ini juga amat berbesar hati dengan keprihatinan semua pihak, pengurusan rumah ini juga tiada masalah menerima tetamu bagi yang ingin membuat demikian dan tiada had masa.

dengan ini, pemuda pas kawasan teluk intan mengajak semua masyarakat untuk hadir bersama pada program kami ini bersama rumah titian ashraful rohaniah, insyallah jamuan ringan disediakan.

Selasa, 3 Ogos 2010

umno masih bertahan hanya kerana tentera upahan -PRESIDEN-

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana 'tentera upahan' yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.

Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sesi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat.

Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak.

36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak.

"Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan.

Bagaimanapun, beliau yakin masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya.

"Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan.

Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak.

sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS.

Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

"Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah.

Dalam pertemuan itu juga beliau menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun.

"Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa.

"Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini.

kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit.

"Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat.

mb pilihan rakyat dihalau seorang speaker haram, inilah yang dikatakan undang2 rimba.

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini digantung dari persidangan dewan undangan negeri Perak selepas mengengkari arahan speaker, Datuk R Ganesan supaya duduk.

Ketika membahaskan rang undang-undang usul perbekalan tambahan RM80 juta, masa yang diperuntukkan untuk Nizar selama 15 minit telah berakhir. Namun beliau terus berucap dalam nada yang kuat apabila pembesar suaranya dipadamkan.

Sebelum itu, Nizar terus tidak mempedulikan arahan Ganesan agar beliau dirujuk sebagai 'Yang Yang Dipertua.'

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya telah beri peluang untuk bahas. Tetapi jika ini berterusan saya akan ambil tindakan. Meskipun nama saya Ganesan, di Dewan ini, jawatan saya adalah Tuan Yang Dipertua.

Nizar: Terima kasih Datuk Ganesan...

Ganesan: Saya beri awak peluang terakhir!

Nizar: Terima kasih Yang berhormat...[meneruskan ucapan]

Dalam ucapannya, Nizar mendakwa RM50,000 digunakan oleh Zambry untuk diagihkan kepada cawangan MCA di Perak. Wang rakyat katanya, digunakan untuk tujuan parti.

Rakannya dari DAP, Nga Kor Ming (Pantai Remis) yang marah dengan pendedahan itu kemudian melabelkan Zambry sebagai 'pelacur politik' yang kemudiannya sekali lagi menggamatkan dewan.

Nizar juga melemparkan tuduhan 'pengecut' ke atas BN kerana tidak membenarkan media menjalankan tugas kerana mematikan talian internet.

Apabila masa 15 minit yang diperuntukkan berakhir, pembesar suara Nizar dipadamkan, namun beliau terus berucap dengan meninggikan suaranya.

Khusaisi Abdul Talib (BN-Slim River) kemudian mula berucap dan dewan menyaksikan dua ADUN berucap pada masa yang sama.

Nizar tidak menghiraukan arahan Ganesan supaya duduk dan tindakan itu memaksa beliau diarahkan keluar dewan.

Namun Nizar enggan berbuat demikian. Bentara hanya berdiri di sebelahnya dan tidak cuba mengeluarkan menteri besar yang disingkirkan itu secara paksa.

ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari kemudian mencadangkan Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang, digantung sebagai ahli Dewan dan cadangan itu disokong semua ADUN BN.

Selepas pertikaman lidah kira-kira 30 minit, Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain mengambil keputusan meninggalkan dewan.

Sebelum itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempat membentang usul perbekalan tambahan RM80 juta daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi bacaan pertama.

Usul itu disokong ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Isnin, 2 Ogos 2010

pas-umno dalam konteks perlembagaan -aziz bari-

Saya tidak kisah sama ada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria atau Datuk Dr Hassan Ali yang berbohong dalam soal inisiatif untuk membawa UMNO dan Pas duduk semeja atas nama Melayu dan Islam. Apa yang saya ingin sebut di sini ialah kesan isu tersebut terhadap perjalanan perlembagaan; khususnya cita-cita membentuk sebuah sistem dua parti yang kukuh dan dominan di negara ini.

Saya telah beberapa kali menekankan dalam ruangan ini betapa kita memerlukan sebuah sistem di mana dua parti - atau lebih tegas lagi dua gabungan parti-parti politik – dominan; sesuatu yang memberi peluang kepada rakyat untuk merubah kerajaan dengan mudah. Sistem dua parti ini penting kerana ketiadaan struktur inilah yang menyebabkan perlembagaan kita wujud hanya pada nama sahaja. Seperti yang kita maklum perlembagaan hanyalah sekadar sebuah dokumen yang tidak bermakna jika kita gagal melaksanakannya. Dan pelaksanaan ini tidak akan berlaku di dalam sebuah sistem di mana kerajaan yang memerintah tidak rasa takut dihumban keluar oleh rakyat. Rasa tidak takut ini wujud apabila kerajaan berkenaan berasa ia boleh melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.

Minggu lalu saya telah menyentuh beberapa perkara yang menyebabkan sistem kita dimanipulasi begitu rupa; sesuatu yang menyebabkan rakyat biasa melihat institusi perlembagaan negara termasuk istana dan mahkamah tidak berupaya melaksanakan peranan dan fungsi mereka. Dan fenomena yang menyedihkan itu akan terus kekal sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa selepas PRU ke 13 nanti. Ini kerana rakyat akan letih dan putus harap.

Masa depan Melayu dan Islam di negara ini tidak terletak pada UMNO. Ini kerana jika kita imbas kembali apa yang berlaku sejak 1957 UMNO sebenarnya telah melakukan banyak perkara yang kesannya melemahkan institusi Melayu dan Islam. Terbaru kita telah lihat bagaimana UMNO memperlekeh bahasa Melayu melalui PPSMI di bawah pentadbiran Mahathir. Malangnya dasar yang bertentangan dengan perlembagaan – khususnya Perkara 152 – dijunjung oleh mahkamah melalui gimnastik perundangan yang aneh. Dari segi ekonomi telah didedahkan betapa peruntukan saham untuk orang Melayu lesap entah ke mana. Dalam pada itu meskipun ada Raja yang sudah lupa apa yang UMNO buat parti itu sebenarnya masih berada di hadapan dalam menghina dan melumpuhkan institusi berkenaan. Jika tidak percaya semak kembali apa yang UMNO buat pada 1983, 1993 dan 1994 terhadap peruntukan perlembagaan mengenai Raja-Raja.

Kepentingan Melayu dan Islam sebenarnya telah pun dikanunkan dengan baik oleh perlembagaan. Dan saya berpendapat ia tidak semestinya dilakukan oleh kerajaan Melayu. Apa yang penting ialah tuntutan dan semangat peruntukan berkenaan dilaksanakan. Ini yang dibuat oleh pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Orang UMNO berperi-peri menafikan. Tetapi mengapa mereka tidak lakukan apa yang DAP buat sekarang sewaktu UMNO menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri itu dari 1974-2008 yang lalu?

UMNO memujuk Pas kerana ia tahu jika parti ini setuju – atau jadi bingung – Pakatan Rakyat akan goncang dan menghadapi jalan sukar untuk ke Putrajaya. Ini sudah cukup untuk memberi talian hayat kepada UMNO. Selain itu Pas akan kehilangan banyak kerusi kerana kemenangan yang mereka capai pada PRU yang lalu adalah hasil dari sokongan bukan Melayu. Kesan negatif ini pastinya menguntungkan UMNO.

Sehingga ini hanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan beberapa orang seperti Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Khalid Samad dan Datuk Husam Musa yang tegas menolak pujuk rayu UMNO. Kelihatannya Datuk Seri Abdul Hadi Awang – meskipun telah menegaskan komitmen dengan Pakatan – masih goyah. Begitu juga dengan mereka yang dikaitkan dengan gagasan kerajaan perpaduan tahun lalu. Media milik UMNO cukup suka mengitar kenyataan longgar yang Abdul Hadi dan kumpulannya buat.

Selain sistem dua parti Pakatan ada peranan yang penting dalam memperkasa politik baru. UMNO dan Barisan Nasional lebih selesa dengan politik lama. Lihat sajalah bagaimana UMNO menolak pelawaan melantik wakilnya sebagai Pengerusi PAC dalam DUN Selangor bulan lalu. Cukup pelik dan aneh politik Barisan ini.

Pas akan dikenang sekiranya ia terus komited dengan Pakatan kerana ia akan dapat memperlihatkan relevannya Islam dalam konteks masyarakat dan politik berbilang kaum di Malaysia. Sebaliknya Pas akan terus jadi parti Melayu yang sempit dan kampungan sekiranya ia termakan pujukan UMNO yang penuh dengan muslihat itu. Dan seperti mana yang disebut tadi Pas akan tersungkur dalam pilihan raya kerana rakyat berasa ragu siapa dan apakah sebenarnya wawasan politiknya.

Profesor Dr Abdul Aziz Bari