Selasa, 20 September 2011

JABATAN AMAL RAYU BANTUAN


Unit Amal Kawasan Teluk Intan telah melancarkan Tabung 'Kami Peduli Yusri' bagi mengutip derma atau sumbangan bagi membantu meringankan beban Adik Yusri bin Mustajab , 17, di alamat Batu 10, Jalan Bidor, Changkat Jong, yang telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan pada 8 Ogos 2011/8 Ramadhan yang lalu.

Menurut Setiausaha Unit Amal Kawasan Teluk Intan Sdr. Azizi Tajuddin, kini Adik Yusri dalam keadaan kritikal serta koma di Wad ICU Hospital Ipoh. Keadaan Adik Yusri adalah seperti berikut :
  1. Separuh daripada tempurung kepalanya telah dipotong bagi mengeluarkan pendarahan dan masih belum dipasang semula sehingga keadaan otaknya stabil. Satu tiub dipasang di kepala bagi mengeluarkan cairan lebihan untuk mengelakkan komplikasi di otak.
  2. Pernafasan melalui tiub yang ditebuk di bawah leher pesakit sementara diberi melalui tiub di hidung.
  3. Kini boleh mendengar dan berkomunikasi dengan isyarat kelipan mata kiri sahaja, pergerakan seluruh anggota badan masih belum boleh digerakkan.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap kepada orang ramai yang bersimpati agar dapat menghulurkan bantuan melalui :
  1. Sumbangan wang tunai terus kepada pihak Unit Amal Kawasan Teluk Intan melalui Tuan komander Shahrul Iman bin Mohd. Salleh atau mana-mana wakil beliau (yang membawa surat sumbangan)
  2. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun kakak kepada Adik Yusri : Marliana binti Mustajab No. Akaun BSN 08230-29-00009010-0