Rabu, 30 Mac 2011

pemerintah Malaysia taja video lucah -ABG MAT-

dipetik daripada laman rasmi www.harakahdaily.net
"Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.
Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula.
Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.
adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.
apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.
"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.
"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli,".
beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.
"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.
"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.
Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.
"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.

Selasa, 29 Mac 2011

fitnah bahana pada semua -naib presiden-

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapa pun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati.

sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat. 
Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Tidak mustahil Allah kembalikan
fitnah kepada tuannya semula.."
"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti. Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan di edit dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji. Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ia melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagai sumber  kebangkitan rakyat,".

Jumaat, 25 Mac 2011

bila dendam tidak dapat di sembunyikan -ketua pembangkang-

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadap Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.
Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
‘Tak boleh baca’
“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca’, kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,’
.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.
“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.
Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.
Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Isnin, 21 Mac 2011

pas ajak rakyat SARAWAK berubah

PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

“Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba.

“Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,”.

perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

“Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,”.

selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

“Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,”.

Selasa, 15 Mac 2011

pemimpin umno khianat bangsa dan agama

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.
.
Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecahbelahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihanraya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.
Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi reality sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa melayu di Malaysia selama ini.
Memetik ucapan beliau “ Yang merosakkan Melayu sejak merdeka dulu adalah Umno. sudah 53 tahun merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir,nasib orang melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?. Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang melayu digadaikan, hak keistimewaan orang melayu dihakis , bahasa melayu diketepikan”
“ Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”
,
Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.
Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia,matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

Isnin, 14 Mac 2011

KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KEJAYAAN KELANTAN UNTUK RAKYAT



-menerajui kerja 5 hari oleh kakitangan kerajaan dan cuti 2 hari seminggu

-menerajui cuti bersalin 60 hari

-takaful kifalah untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas apabila meninggal, waris si mati akan mendapat wang rm2`500.00

-zaman bn memerintah kelantan, kelantan adalah no 2 termiskin tetapi sekarang kelantan adalah negeri ke-6 termiskin di malaysia.

-melunaskan hutang kerajaan pusat sehingga 2010 ialah rm 220 juta.
hutang umno tinggal tahun 1990 rm 718 juta.
sekarang berbaki rm 498 juta

-melancarkan bulan SOLAT untuk menghadapi/mengatasi gejala sosial

-pinjaman untuk kakitangan kerajaan tanpa riba

-dasar rumah 3 bilik untuk mengasingkan anak perempuan dan lelaki daripada tidur bilik yang sama

-sejak menang tahun 1990 menutup semua premis judi

-projek ladang rakyat. sahamnya diagih kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum, agama dan parti.
mereka diberikan dividen dalam bentuk kewangan secara bulanan.

-memperuntukkan rm1.5 juta untuk skim "al-ziwaj" untuk membantu belia mendirikan perkahwinan

-pajak gadai islam untuk mengelak rakyat menjadi mangsa penindas.

-pegawai halaqat setiap daerah untuk mengembangkan ilmu agama di kalangan rakyat

-kadar kemiskinan di kelantan menurun pada 4.1% 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007. pada tahun 2004 kadar kemiskinan 10.4%.

beza pas berkerjasama dengan golongan bukan islam

PERBEZAAN KERJASAMA PAS DENGAN PR DAN KERJASAMA UMNO DENGAN BN


PERBEZAAN KERJASAMA PAS DAN UMNO


1) kerjasama pas dengan bukan islam ialah "tahluf siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang di bawa oleh pas.


manakala umno dalam bn "wala" atau lebih dikenali bersifat patuh atau mengikut kehendak rakan sehingga menggadaikan islam


2) Pas sebagai parti yang berdasarkan islam, rujukannya pula ialah al-quran, sunnah, ijma dan qias. pas tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumus ke dalam neraka semata-mata untuk mendapatkan kuasa jika kuasa menjadi perhitungan pas! Pas akan menerima pelawaan umno dan berkerjasama dengan bn iaitu sama-sama menjana program-program maksiat dan melakukan kemungkaran, menjalankan rasuah yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.


3) Pas tidak menggadaikan prinsip islam dan memusnahkan islam di negara ini, contoh: tiada masjid atau surau yang di tutup mahupun di roboh di zaman pas bersama pr!

sebaliknya umno yang berkerjasama dengan mca, mic, gerakan dalam bn telah bertindak biadap terhadap agama, banyak masjid dan surau di tutup malah ada yang di roboh antaranya masjid bujal kemaman, surau kg berembang, surau puchong perdana dan surau seksyen 8 shah alam yang di tutup 2 minggu sebelum bulan puasa 2007.


4) tahaluf siasi membolehkan pas melakukan dakwah lebih cergas contoh: masjid dan surau di meriahkan dengan majlis ilmu dan program2 yang dakwah.

manakala umno berkerjasama dengan bukan islam telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ajk masjid yang bukan ahlinya atau yang layakakhirnya masjid dan surau mati sebelum manusia mati.


5) kerjasama pas dan pakatan rakyat menentang undang-undang zalim seperti Isa, Auku, Osa dan akta mesin cetak yang zalim malah tidak adil.

sedangkan umno bersama rakan menyokong akta yang zalim walaupun ia bertentangan islam malah umno dan bn bukan sahaja menyokong malah melaksanakannya.


6) pas dan pakatan bersama untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah manakala umno dan bn telah mengkhianati khazanah negara sehingga di katakan oleh datuk idris jala menteri di jabatan perdana menteri negara akan muflis pada tahun 2019(8 tahun dari sekarang)


7) kerjasama pas dan pr telah menjinakkan orang bukan islam untuk memahami islam dengan lebih dekat

manakala umno dan bn telah meliarkan orang bukan islam dengan pelbagai tuduhan terhadap islam


8) kerjasama pas dan pr yang menentang kezaliman terhadap negeri-negeri yang di lakukan terhadap rakyat khusunya melayu islam

manakala umno/bn berkerjasama adalah untuk menindas rakyat dan bangsa sendiri.


9) pas dan pr berkerjasama untuk mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang melayu islam sedangkan umno dan bn menurangkan kerusi yang di pertandingkan dan layak di pertandingkan melayu/islam

umno menakutkan rakyat dan dakwaan kerusi parlimen orang melayu akan terhakis jika calon bn tumbang kepada pr walaupun hakikatnya apabila pr bertanding kerusi melayu bertambah di parlimen contohnya parlimen kota raja dr.siti mariah mahmud menewaskan s. vigneswaran a/l msanase(mic) tan sri khalid ibrahim menewaskan datuk tan chai ho(mca) dan banyak lagi...

manakala umno memberikan kerusi kepada bukan islamwalaupun mejoriti tempat itu melebihi 70% islam/melayu contohnya parlimen grik datuk tan lian hoe menewaskan haji mohd nor abd rahman dan bersama 17 kerusi lagi antaranya lumut, tanjong malim, cameron highland, raub, hulu selangor, alor gajah, air hitam, simpang renggam, teberau, putatan, beluran, batu sapi, tawau dan beberapa lagi...

semoga semua ini menjawab keraguan yang telah di tipu oleh umno

Jumaat, 4 Mac 2011

minyak naik rakyat bergembira!!!

“Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” .


Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga. 
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.

“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran

Khamis, 3 Mac 2011