Isnin, 30 Mei 2011

RAKYAT PENENTU KEPADA PERUBAHAN NEGARA


Rakyat bakal berdepan risiko berganda sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih diberi peluang mentadbir negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Padah yang bakal ditanggung rakyat antaranya kenaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG biar pun kenaikannya ditangguh sementara sekarang.

Lebih membimbangkan lagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diketepikan sebelum ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila rakyat memberi kuasa politik kepada BN.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, bebanan besar bakal ditanggung rakyat akan menjadi kenyataan sekiranya BN masih diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.

”Ini kerana keputusan kerajaan tidak menaikkan harga RON95, diesel dan LPG hanya sebagai taktik memenangi hati rakyat semata-mata.

”Pengumuman tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan BN tidak lagi menjadi pilihan rakyat dalam pilihan raya umum nanti,”.

Baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor menafikan tindakan kerajaan tidak menaikkan harga RON95 ada kaitan dengan pilihanraya umum.

keputusan kerajaan BN menangguhkan kenaikan harga bahan api dan LPG sebagai menandakan pilihanraya imum ke-13 semakin hampir sekarang.

AMK berhujah kenaikan harga barang pastinya tidak lagi terkawal selepas pilihan raya umum nanti apabila BN masih memiliki kuasa politik.

”Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda kenaikan harga RON95, diesel dan LPG sekarang. BN perlu dihalang daripada terus menindas rakyat,”.

Menurutnya juga bebanan kehidupan rakyat semakin berat sekarang berikutan keputusan kerajaan sebelum ini menaikkan harga barangan keperluan harian termasuk gula dan memperkenalkan tarif baru elektrik.

”AMK mencabar Perdana Menteri supaya subsidi kepada syarikat besar penjana bebas elektrik (IPP) dimansuhkan bagi membolehkan subsidi itu digunakan untuk rakyat,”.

Sekarang hampir 34 peratus warga pekerja di Malaysia yang berjumlah 4 juta dibayar gaji kurang RM700 sebulan, manakala 40 peratus rakyat berpendapatan kurang RM1500 sebulan.

Azihan juga berharap rakyat perlu bersatu-padu berjuang memastikan kuasa yang dimiliki kerajaan BN sekarang tidak lagi disambung hayatnya selepas pilihan raya umum ke-13.

”Rakyatlah yang akan menjadi tuan yang sebenar dalam menentukan situasi negara pada masa depan. Silap percaturan mereka akan menerima padah,”.

Ahad, 15 Mei 2011

Memahami Buku Jingga

Dasar Bersama adalah berlandaskan empat kerangka asas iaitu:
  1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
  2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
  3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
  4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

najib takut buku jingga

Laporan Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri memberikan arahan khas kepada, Utusan Malaysia, menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Razak sebenarnya takut dan terancam.

Biarpun sebelum ini Perdana Menteri itu dan pemimpin Umno BN lain mendakwa rancangan yang dimuatkan dalam Buku Jingga itu bersifat populis, namun arahan kepada akhbar Umno untuk menghentamnya mendedahkan sebaliknya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas kenapa Najib dan pemimpin Umno BN begitu takut dengan rancangan 100 Pakatan itu, beliau berkata ia kerana buku jingga itu adalah penyelesaian praktikal untuk krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi negara.

"Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politiko-ekonomi yang berpanjangan. Ianya menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai adalah penyelesaian alternatif.

"Betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malaysiakini semalam mendedahkan Utusan Malaysia diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Laporan itu yang memetik satu sumber itu mendakwa, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak, antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik, bagi menyokong kenyataan Najib itu.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata perbezaan ketara dasar Pakatan dengan BN yang ditonjolkan dalam Buku Jingga itu ialah “Political Economy” atau “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi”.

Tegasnya ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau dengan kata lain mudahnya “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali melakukan sesebuah kerajaan melakukan ‘Reformasi Politik’.

Katanya, selagi BN memerintah dengan dasarnya, penambahbaikan ekonomi negara tidak akan terlaksana dan rakyat akan terus tersepit dengan pelbagai masalah ekonomi.

"Ini pendekatan kami dan amat ketara kalau kita buka di muka surat 21, dalam 10 program 100 Hari Program Buku Jingga. Program 1 (reformasi institusi kritikal SPRM, SPRM, MCMC dll) dan 2 (bersabit dgn pemansuhan undang draconian ISA, OSA) dari 10 program 100 hari," katanya memberi contoh tawaran yang langsung tiada kaitan dengan ekonomi.

Beliau juga berkata pendekatan itu tidak sama dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Entry Point Projects (EPP) Najib yang disifatkan sebagai 'Pump-Priming' yang sehingga kini menelan pelaburan RM106 bilion, sedangkan rakyat tidak langsung menerima faedahnya.

Selain tidak merasai kesannya kepada rakyat, pendekatan itu juga gagal meningkatkan pendapatan per kapita negara dan juga tidak menyelesaikan isu jurang pendapatan kaya dan miskin.

"Seluruh program 100 Hari kami itu kalau dilaksanakan tak sampai pun menelan RM19 bilion,".

Beliau turut mempersoal Model Ekonomi Baru (NEM) yang sehingga kini tidak boleh dilaksanakan ekoran wujud penentangan dari kalangan Umno sendiri, termasuk Perkasa dan kelompok Ultra-Melayu Umno.

"Tetapi kami dalam Pakatan Rakyat tidak ada kekangan seperti itu, sebab dasar-dasar kami kami diputuskan bersama dalam muafakat politik Pakatan,".

Sabtu, 14 Mei 2011

Gambar Perempuan (Penyokong Kelantan) Bersolat


Saturday, 14 May 2011
kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kalau nak Islam pun sama. Patutnya dah lama kita berpayung di bawah Islam. Bukan Islam Hadari.

Jumaat, 13 Mei 2011

pas teluk intan wujudkan facebook

pas teluk intan wujudkan sebuah laman sosial facebook untuk rakyat khususnya sekitar teluk intan mahupun di luar teluk intan yang berasal dari teluk intan mengetahui perkembangan terbaru pas lebih tepat dan terpeinci.
dengan adanya laman facebook ini juga akan dapat membantu banyak aktiviti yang di anjurkan pas kawasan teluk intan dan juga pusat khidmat n56 dun cangkat jong disebar khusunya kepada semua rakyat dengan lebih tepat dan betul.
malaysia adalah sebuah negara yang sudah hampir 55 tahun merdeka akan tetapi media dan arus perdana yang ada tidak bebas seperti negara maju lain, seakan pas dan juga parti lain selain parti pemerintah tidak wujud di dalam negara ini.
segala aktiviti dan program kita tidak langsung diceritakan mahupun kebajikan kepada rakyat, pembelaan dan juga pemerhatian...
oleh itu lujnah it teluk intan akan mewujudkan seberapa banyak yang boleh sumber maklumat yang benar lagi tepat kepada rakyat agar mereka dapat membuat perbezaan bagi setiap pekara antara keadilan rakyat dan juga kezaliman terhadap rakyat.
ini juga termasuk dalam hak rakyat iaitu bagi mendapat maklumat yang betul agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus perdana dan pemodenan sumber maklumat masa kini

Jumaat, 6 Mei 2011

nasihat umno dahulu sebelum ajak PAS bersatu

Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya  Mufti Perlis  yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.
Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.
Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.  Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.
PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

tahniah kepada pas kaw dan caw di PERAK telah selesai mesyuarat agung

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS Perak yang telah mengadakan mesyuarat agung diperingkat kawasan dan cawangan masing-masing.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS di negeri Perak kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan PAS untuk diadakan mesyuarat agung diperingkat cawangan dan kawasan masing-masing.
Beliau juga menyatakan, tujuan utama mesyuarat agung PAS diperingkat cawangan dan kawasan bukan semata-mata untuk menunaikan amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS, tetapi ia lebih dari itu kerana pentingnya sesebuah Parti Islam ini untuk menyusun dan memperkemaskan pengurusan organisasinya.
Memetik ucapan beliau, “ kita sebagai individu dan kumpualan yang berjuang di atas landasan Islam perlu memahami kehendak Allah”
“Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (As-Saff: Ayat 4)
Beliau juga turut menyatakan, sesungguhnya ruh dan tuntutan sebenar yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat tersebut di mana Allah SWT mewajibkan Islam ditegakkan secara berencana dan berjamaah dalam satu pengurusan yang tersusun rapi laksana sebuah bangunan kukuh.
Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan bahawa, mesuarat agung cawangan dan kawasan adalah medan muhasabah yang paling baik untuk memberi teguran dan pandangan yang membina kepada parti. Pemimpin yang berada di atas pentas tidak boleh terasa hati dan emosi dengan kritikan yang bakal dikeluarkan oleh perwakilan. Mereka mesti menerima teguran dan pandangan dengan dada yang terbuka, pemimpin terkadang tidak nampak kelemahannya.
Sebagai pejuang Islam, kita perlu menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Membetulkan segala kelemahan dan kekurangan jika perkara itu benar. Kita tidak mahu segala kritikan tadi tidak memberi apa-apa erti kepada rentak kepimpinan kita. Kita yakin pandangan perwakilan adalah ikhlas dan sayang kepada pimpinan dan jamaah.
Beliau juga menyatakan, perwakilan juga mesti bersedia untuk menerima teguran dan arahan daripada pemimpin. Mereka juga mesti bersedia mendapat penjelasan dan teguran yang membina. Mungkin apa yang dipandang oleh pemimpin adalah perkara yang agak terlindung kepada perwakilan dan ahli. Maka jangan pula kita tidak bersedia untuk menerima arahan yang diberi oleh pemimpin.
Memetik ucapan beliau
“ Dasar PAS ialah Islam, dengan fikrah perjuangan inilah ia memberi kesan kepada gerak kerja parti. Hanya orang yang yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS akan terus mara bersama dengan PAS. Mereka yang tidak yakin akan tergelincir dan tertinggal dalam perjuangan. Mereka yang yakin tidak akan berdolak dalik dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak yakin mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mahu bersama dengan perjuangan PAS”
“ Perbetulkan niat , rebut ganjaran Allah bagi merintis kemenangan, itulah ungkapan yang kian menjadi zikir dari kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai usaha dan kerja buat untuk mencapai kemenangan dan nyata kemenangan yang diidam adalah suatu yang amat mustahil jika ruhiyah kita tidak diisi dengan Keimanan yang tinggi , ini kerana disana yang amat pasti adalah segala macam kepayahan , Ibtila’ dan tribulasi sedang menanti dihadapan.Maka Tarbiyah menjadi asset penting kepada prinsip perjuangan agar kehidupan kita dapat dipandu dengan Keimanan bukan dengan kerakusan syahwat , pijar mengejar kekayaan dan kuasa duniawi semata mata”.
“ PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia”.
“ Saya mengingatkan mengingatkan agar seluruh cawangan dan kawasan PAS di Perak, berusaha untuk menambahkan ahli-ahli PAS di cawangan dan kawasan masing-masing, selain itu kawasan juga perlu menambahkan jumlah cawangan PAS dan ianya dipastikan aktif, daftar pengundi-pengundi baru juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemengan milik kita untuk PRU 13 ini, perkukuhkan dana akaun parti bagi melancarkan gerak kerja parti”