Ahad, 28 Februari 2010

pru bukan PERANG SENJATA

Penyertaan PAS di dalam pilihan raya dengan mengajak semaksimum mungkin rakyat untuk menyokong perjuangan menegakkan kebenaran diterajui parti itu di negara ini sangat jauh berbeza dengan kaedah peperangan bersenjata.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan perjuangan PAS dalam pilihan raya menggunakan kaedah mengajak rakyat dalam jumlah ramai untuk mencapai kemenangan bagi melaksanakan tuntutan kemanusiaan sejagat.

Menurutnya, pilihan raya menggunakan pendekatan muwajahah silmiyah atau berhadapan secara aman yang diamalkan gerakan islah dan tajdid iaitu untuk pembaikan dan pembaharuan di seluruh dunia bagi menunaikan perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tuan Guru Abdul Hadi menegaskan demikian ketika memberikan amanat dalam Majlis Lawatan Kerjanya ke Negeri Selangor, di sini pagi tadi yang turut disertai juga oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Turut berucap di dalam majlis separuh hari itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, dengan kehadiran semua pimpinan dari 22 PAS kawasan dari seluruh negeri termasuk semua dewan; Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Lawatan kerja ke Selangor adalah yang kelapan dilakukan Datuk Seri Presiden ke seluruh negara dalam usaha mendengar sendiri untuk merangka persiapan parti di dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ketika menjawab persoalan peserta, Ustaz Abdul Hadi juga berkata, jika pilihan raya akan mencapai kemenangan apabila mempunyai penyokong dan mendapat jumlah undi yang besar, sebaliknya perang bersenjata bergantung kepada seramai mana jumlah musuh yang dapat dibunuh.

“Pilihan raya tidak seperti peperangan bersenjata yang semakin ramai membunuh musuh, semakin cepat untuk mencapai kemenangan,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Presiden PAS turut berkata, tugas gerakan islah dan tajdid bukan mengislamkan keluarga Muslim tetapi juga berperanan untuk mengIslamkan daulah namun semua itu mestilah diusahakan sehingga berjaya.

Dalan hal ini, beliau berkata, Allah SWT tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada anggota gerakan Islam sebaliknya mereka mestilah bekerja untuk menang dan perlu diingatkan bahawa lebih mudah untuk menang daripada bekerja untuk mengisi kemenangan.

Satu perkara yang dilontarkan oleh Ustaz Abdul Hadi adalah satu perkataan hikmat yang menyatakan umat Islam tidak akan dapat dikalahkan jika mereka mempunyai jumlah dua belas ribu yang mempunyai sifat-sifat peribadi Muslim seperti ikhlas, istiqamah dan sebagainya.

Petang ini, rombongan Presiden PAS menyertai majlis dialog yang diadakan di Kundang dan sebelah malam pula bersama masyarakat menyampaikan ceramah isu politik semasa di Tanjung Sepat.

Sabtu, 27 Februari 2010

majlis makan malam bersama ds nizar jamaluddin

mb(ds nizar jamaluddin) duduk bersama yb anuar sudin dalam majlis makan tersebut.




ucapan ds seri nizar banyak memperjelas isu berkaitan negeri perak yang banyak menjadi tarikan masyarakat dan khususnya rakyat negeri perak...

Jumaat, 26 Februari 2010

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL PAS PUSAT

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

HAYATI MAULIDUR RASUL INI DENGAN PENUH PENGHAYATAN

Khamis, 25 Februari 2010

MAJLIS MAKAN MALAM



segala persiapan dalam menyambut ds seri nizar telah pun disiapkan. 
semua maklum akan surat kebenaran untuk mengadakan majlis makan malam ditolak mentah-mentah oleh mpti secara tidak demokrasinya. 
pas teluk intan terus memperjuangkan agar semua rakyat teluk intan khususnya dun cangkat jong dapat melihat beliau dengan lebih dekat lagi. 
walaupun tempat yang diadakan tidaklah sehebat dewan dan areana square tetapi tempat ini dapat menampung majlis tersebut agar terus diadakan. 
alhamdulillah tiket mendapt sambutan yang cukup baik dari penyokong ataupun rakyat yang ingin melihat sendiri.
meja-meja telah pun dijual.
sesiapa berminat masih ada ruang untuk menempah meja ataupun perseoarangan. 
terus menghubungi ketua lujnah kebajikan pas kawasan(SDR. SAMSUDDIN MAHMUD)
-0134390283-

Isnin, 22 Februari 2010

KENALI ADUN N56 CHANGKAT JONG



Profil ADUN N56 Changkat Jong

Nama : Mohd Anuar Sudin
T. Lahir : 6 Feb 1951
Tempat dibesarkan : Kajang, Selangor
Hobi : Berkebun dan membaca

Pendidikan
1958 – 1963 : National Type Primary School (1) Kajang
1964 – 1968 : Kajang High School
Kelulusan : Cambridge G.C.E / M.C.E Division 2

Pengalaman
Feb 1974
Regional Officer Trainee – Bekerja sambil belajar di Hong Kong selama 8 bulan. Lulus A.I.B. (Associate Institute Of Bankers) Part 1

Okt 1974
HSBC Regional Officer – Berkhidmat di pelbagai jabatan

Okt. 1979
Mengikuti kursus Younger Manager Course di Ashridge Management College, England

1981 – 1990
Pengurus Cawangan HSBC – Cameron Highland, Teluk Intan dan Kuala Terengganu

1990 – 1992
Assistant Manager Operations di ibu pejabat HSBC K.Lumpur

1992 – 1994
Manager Regional Operations di ibu pejabat HSBC K.Lumpur

Feb 1994
Berhenti kerja (umur 43 tahun) .Sepenuh masa dengan PAS dan berniaga

Penglibatan
Ahli PAS -1990
Bendahari PAS Kawasan
Naib pengerusi Surau Taufiqiah, Jln. Kg Banjar Teluk Intan
Bekas Imam Rawatib Masjid Taqwa Kg. Padang Tembak Teluk Intan.

Sabtu, 20 Februari 2010

WAJAH BARU PAS TELUK INTAN

SELAMAT DATANG KE BLOG PAS KAWASAN TELUK INTAN.BLOGSPOT.
kami terpaksa berpindah dari www.pastelukintan.com ke alamat ini atas kesulitan yang tak dapat kami elakkan
kami berharap para pengunjung tidak beredar dari terus bersama dengan kami