Khamis, 15 Julai 2010

harakah boleh terbit lagi -misbah-

Rakyat Malaysia yang dahagakan maklumat semasa yang lebih tepat mengenai PAS dan isu-isu semasa pastinya menarik nafas lega apabila pihak KDN berpuas hati dengan penjelasan harakah terhadap surat tunjuk sebab oleh KDN.

Walau bagaimanapun ia diberi amaran keras supaya hanya menjual di markaz dan pejabat urusan PAS sahaja.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian.

2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan.

3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:-

i. Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984;

ii. Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan

iii. Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak.

4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.

5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan.

Kita percaya, sekalipun harakah dijual di tempat yang tersorok pasti rakyat tetap akan mencarinya, kerana itulah satu-satu sumber sekarang yang paling boleh dipercayai berbanding Utusan, Berita Harian dan yang seumpamanya. Juallah diplanet manapun, rakyat tetap mencarinya.

Khamis, 8 Julai 2010

Mike Tyson menitis air mata di Bumi Madinah Munawwarah

http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-4.jpg
http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-1.jpg&h=235&w=355&zc=1
http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-2.jpg
Mike Tyson bertukar pandangan  dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah
http://www.voa-islam.com/photos2/Azka/mike-tyson-umroh-3.jpg
Si Leher Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.
Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran  Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan  dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam  untuk melawat  ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.
Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada  di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.
Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak layak melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT pasti hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh  Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat aksinya semasa berpesta maksiat, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun  mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah.. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat.. hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT,  semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.

ps: Mike Tyson Malaysia bila lagi..

Ahad, 4 Julai 2010

Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik




BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

: Pakatan Rakyat dah lama rasa peritnya BN menzalimi PR. TV tak dapat. Surat Khabar dirampas. Minyak tak bagi. Peruntukan tak dapat.  Nak bercakap dalam radio pun tak boleh. Cik Nong tak perasan ke........

KDN minta tarik balik penerbitan perkasa

Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan yang keterlaluan.

"Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa," katanya kepada pemberita di IPD.