Rabu, 31 Mac 2010

Beza Berita Menteri Brunei VS Menteri Malaysia. Syabas!!


Berita seperti ini pastinya susah untuk keluar di Berita Harian Online atau pun juga di Utusan Malaysia Online untuk  tindakan “berani” dan tegas Menteri Brunei yang menolak penjualan arak di negara Brunei. Bagaimana dengan Menteri Malaysia? 
Isu Arak di Negara Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. “Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. “Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. – Agensi
VS
Isu Arak di Negara Malaysia
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.
“Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun,” dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.
Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai. Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal. Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.
“Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. “Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi. Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.
Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja :
  1. membahayakan kesihatan
  2. menyebabkan gejala sosial
  3. kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.
“Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.
“Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali,” soalnya lagi.
Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.  Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol. “Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.
“Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit,” katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.
Saya pernah mengeluarkan artikel mengenai isu judi di Malaysia ini. Yang pastinya Malaysia mendapat pulangan yang cukup -cukup besar dan juga merupakan pendapatan tambahan negara bagi hasil judi.
Sebab apa arak ini contohnya sangat-sangat bahaya kepada masyarakat sekeliling? Pernah baca kisah di mana seorang ulama yang beramal selama 40 tahun tanpa henti telah mati dalam kekufuran selepas merogol dan membunuh seorang wanita dek kerana hanya seteguk arak.
P/S : Arak adalah raja segala maksiat. Berhati-hatilah!!!
PP/S : Diharap tidak diberikan lagi peluang lesen baru untuk arak. Kalau dah diberikan bukan semudah itu untuk ditutup kerana sudah termaktub dalam terma kecuali dibayar pampasan berjuta-juta kepada taukey kilang arak. Buta-buta macam tu je dapat. Cukuplah, kita terdesak sangat ker sehingga mempertaruhkan judi dan arak untuk menjana pendapatan negara?

Anwar: BN 'curi' idea agenda ekonomi Pakatan


Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan.

Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya.

Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

"Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi.
Jelasnya Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan.

"Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya pada kenyataan, tidak pada program yang konkrit, tidak ada perubahan besar dasar."Tidak ada komitmen untuk mengubah fasiliti awam, tidak disentuh usaha membanteras rasuah yang menyebabkan kehilangan puluhan juta ringgit, iaitu musuh ekonomi negara," katanya.

Lim Kit Siang pula berkata pengumuman berkenaan menunjukkan perdana menteri tidak menghormati institusi parlimen."Saya fikir perdana menteri tidak menunjukkan hormat kepada parlimen," katanya .Tambahnya, kerajaan juga perlu mendapatkan pandangan wakil rakyat melalui penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar berkenaan, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat.

"(Untuk) menunjukkan kerajaan serius dengan kedudukan parlimen dan pengasingan kuasa, (perdana menteri) perlu bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa pilihan khas tentang NEM, untuk dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan," katanya.Pandangan ini dipersetujui presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendirian bahawa tindakan tersebut bercanggah dengan slogan "rakyat didahulukan" yang dicanang oleh kerajaan.

"Ini bercanggah dengan slogan rakyat diutamakan. Kami adalah wakil rakyat dan ini sangat berkait dengan kepentingan rakyat," katanya.

Syaikh Tamimi : Masjid Aqsa dalam bahaya sekarang !


Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.
Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.
beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Selasa, 30 Mac 2010

arak adalah jamuan orang malaysia

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Ahad, 28 Mac 2010

pengurusan dalam organisasi





 
27/03/10 telah berlangsung satu taklimat tentang pengurusan organisasi dan kepejabatan yang dianjurkan oleh pihak Badan PAS Perhubungan Negeri (BPPN) Perak. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha BPPN Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Ismad. Taklimat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan Kg. Padang Tembak.

Taklimat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan kefahaman kepada para peserta tentang kerja-kerja pengurusan dalam parti. Antara kertas kerja yang telah dibentangkan ialah Pengurusan Strategik PAS, Pengurusan Dalam Organisasi PAS dan Manual Prosedur Kerja.


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan.


Dua tetamu jemputan dari PAS Perak, Ustaz Misbah dan Sdr. Ismad.

Begitu banyak maklumat dan ilmu yang telah disampaikan oleh wakil negeri yang dikira mampu membantu pihak kawasan dan cawangan dalam menguruskan hal-hal organsasi parti.

Apa yang menarik di dalam mukaddimah ucapan Ustaz Misbah ialah banyak dalam kalangan ahli PAS yangbegitu cemerlang di tempat kerja masing-masing. Maka adalah amat wajar mereka ini juga menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa melaksanakan kerja-kerja parti.

"Apa yang penting ialah kerja di luar parti dia bagus. Kerja di dalam partipun dia mesti bagus. Kalau di sekolah dia seorang guru yang cemerlang, mampu membuat kertas kerja tebal-tebal, dan menganjurkan program-program kecemerlangan sekolah. Apa salahnya, dia juga mampu membuat seperti itu dalam PAS ?" jelas Setiausaha BPPN Perak itu.

Di penghujung program, para peserta juga telah diberi peluang mengemukakan persoalan. Antara persoalan dikemukakan ialah tentang pengurusan keahlian PAS dan cawangan . Program tamat pada tengah hari.

Khamis, 25 Mac 2010

SELAMATKAN PARLIMEN KITA

Dewan Pemuda PAS Pusat menegur sikap ahli parlimen yang menggunakan persidangan Dewan Rakyat sebagai tempat menyerang peribadi dan membangkitkan permasalahan parti berbanding perkara-perkara lebih mustahak untuk kepentingan rakyat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, roh dan peranan dewan rakyat perlu dikembalikan semula selaras dengan harapan dan teguran Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda ketika perasmian penggal 15 Mac yang lalu.

"Pemuda PAS berpendapat isu-isu yang melibatkan serangan peribadi, kata-kata yang unparliamentarian, dan isu dalaman parti tidak harus diutarakan dalam dewan.

"Ini akan mengurangkan keberkesanan fungsi persidangan dewan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, masa 20 hari pada persidangan kali ini sewajarnya dimanfaatkan untuk mengutamakan perbincangan mengenai isu-isu dasar, polisi dan perkara-perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan rakyat.

Pada masa yang sama, beliau juga menyarankan agar tempoh sesi soal jawab dapat dipanjangkan berbanding hanya 1 jam 30 minit sahaja.

Menurutnya, dalam tempoh itu hanya 11 soalan sahaja sehari yang dapat dijawab secara lisan berbanding 60 soalan yang diperuntukkan.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap RTM yang tidak menyiarkan soal jawab sepenuhnya sepanjang 30 minit yang dijanjikan.

"Pihak RTM pula tidak menyiarkan sidang dewan secara langsung selama 30 minit sepertimana yang telah dijanjikan oleh bekas Menteri Penerangan sebelum ini.

"Ini kerana selepas satu atau dua soalan yang diutarakan, kemudian RTM akan menyiarkan soal jawab dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ini adalah usaha untuk memperbudakkan rakyat," jelasnya.

Selasa, 23 Mac 2010

AL-QURAN sebesar IBU jari

Senaskhah al-Quran bersaiz dua sentimeter iaitu sebesar ibu jari seorang dewasa dan dipercayai antara yang terkecil pernah ditemui, kini dalam simpanan seorang pengusaha stesen minyak, Abdul Malik Abdul Rahim.

Abdul Malik, 37, yang menetap di Selama, Perak, berkata beliau mendapat al-Quran itu daripada seorang pemuda yang tidak dikenali ketika melancong bersama keluarganya ke Bukit Kayu Hitam Kedah pada 1991.

Menyingkap kembali kisah penemuannya itu, Abdul Malik yang pada masa itu masih belajar di tingkatan enam, berkata bahawa pemuda berkenaan yang berada di sebelah pagar sempadan Thailand, memanggil beliau dan terus memberinya sesuatu, dengan menyebut "Quran, Quran".

Beliau terperanjat apabila mendapati al-Quran berkenaan yang lengkap mengandungi 30 Juzuk begitu kecil.

Abdul Malik berkata beliau tidak mendapat sebarang mimpi sebelum atau selepas menerima naskhah al-Quran itu.

"Namun, sejak memiliki al-Quran itu, sumber rezeki saya bertambah. Alhamdullillah," katanya.

Abdul Malik berkata beliau tidak pernah menerima sebarang tawaran daripada sesiapa untuk membeli naskhah itu tetapi jika adapun, beliau tidak akan menjualnya.

"Saya lebih suka menyimpannya untuk tatapan keluarga dan generasi akan datang," katanya.

Abdul Malik berkata beliau sedia memberi kerjasama sekiranya ada pihak ingin menjalankan kajian.

Katanya untuk membaca al-Quran itu memerlukan alat khas seperti kanta kerana tulisan ayatnya amat halus.

Isnin, 22 Mac 2010

Awang Oh Awang



Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata: “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”.


Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.


Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina.
Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan.


Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun.
Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita?


Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu.


Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka.


Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu. Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?


Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu.


Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia.


Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?


Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul.


Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Tak kan lah ini pun tak faham.

Ahad, 21 Mac 2010

BERITA HAIRAN

Keputusan Nombor Ekor di Berita Harian Tapi Komen Judi Dalam Islam!!


Apabila disebut Melayu, majoritinya adalah beragama Islam. Alahai…hanya disebabkan larangan berjudi ke atas orang Islam, Melayu tidak boleh maju ker??? Ini selepas saya terbaca satu artikel di halaman Berita Harian Online yang mengatakan kononnya kalau Melayu dibenarkan berniaga judi, Melayu pun boleh maju. Dakwaan kononnya Melayu mundur pasal Melayu tidak boleh berjudi. Betul ker???? Penulis ini bercakap tentang perniagaan judi di Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama, ada pula keputusan nombor ekor di akhbar Berita Harian. Macam manatu?
Sebelum itu, mari sama-sama kita baca yang ditulis penulis tersohor dari Berita Harian Online ini, apa kata si Kunta Kinte ini :
KUNTA Kinte dah cerita macam mana tauke-tauke Cina dan India yang terkenal jadi kaya raya. Antara yang kaya raya itu adalah tauke-tauke perniagaan judi. Beberapa hari lalu, Kunta Kinte nasib baik boleh cakap sikit dengan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Dia adalah sejarawan ulung negara dan dia pun pakar dalam sukan bola sepak. Dia kata salah satu punca mutu bola sepak Malaysia jatuh merudum adalah rasuah oleh ‘bookie’. Bila kita kata ‘bookie,’ mereka tentulah haram walaupun di Barat, ‘bookie’ dibagi lesen untuk ambil pertaruhan.
Kita tentu maklum bangsa apa ‘bookie’ ini. Kegiatan ‘bookie’ Malaysia ini sangat luas sampai mereka boleh merasuah pemain Liga Inggeris. Kunta Kinte dah cerita minggu lepas macam mana seorang pemandu teksi Singapura yang ketagih judi sanggup curi kad pengenalan saudara kandungnya dan kemudian cuba tipu kasino pertama di Singapura yang tuannya adalah konglomerat judi Malaysia, Genting Berhad.
Minggu ini Kunta Kinte nak cerita pula pasal seorang cucu di Hong Kong yang ketagih judi sampai sanggup pertaruh duit pengebumian neneknya. Nenek itulah yang belanya sejak kecil. Si nenek memasukkan HK$10,750 (RM4,710) ke dalam buku bank cucunya dengan wasiat duit itu diguna untuk pengebumiannya. Tapi si cucu yang berusia 19 tahun itu pergi berjudi dan habis rugi duit simpanan neneknya. Akibatnya, walaupun si nenek mati pada 2008, mayatnya hanya dapat dikebumi tahun lepas pasal tak cukup duit.
Sebab itulah Kunta Kinte selalu kata memang susah orang Melayu nak lawan orang Cina dan India berniaga. Orang Cina dan India yang bukan Islam semua boleh berniaga. Haram atau halal tak jadi masalah. Judi, arak dan pelacuran semua boleh tak kira dibenar atau dihalang oleh undang-undang negara. Tapi orang Melayu pasal kita Islam, banyak jenis perniagaan kita tak boleh campur. Kunta Kinte sedih dan susah hati bila tak ramai orang Melayu yang berani atau pandai jawab hujah mereka yang masih kata Dasar Ekonomi Baru jadikan mereka anak tiri.
Bila Melayu gagal semua orang kutuk. Malahan ada orang Melayu yang seronok. Kerajaan pun kutuk kata orang Melayu malas, bergantung kepada kontrak awam dan subsidi serta suka berfoya-foya. Tapi bila orang bukan Islam berjaya, kita puji. Kita kata mereka tekun, pandai berniaga dan berdikari. Kita tak pun tanya macam mana mereka boleh berjaya. Kunta Kinte yakin orang Melayu pun boleh berjaya kalau sanggup jadi tauke judi, tauke arak dan bapa serta ibu ayam. Tapi kita tak mahu sebab kita tahu ia salah di segi agama dan moral. Kerajaan pun tentu tak mahu bagi lesen judi dan arak kepada orang Islam.
Kunta Kinte tak tahulah apa nak cakap. Tapi kalau kerajaan tak ambil kisah perkara macam ini dan bagi segala macam lesen kepada orang bukan Islam, memang mustahil orang Islam boleh berlumba dengan mereka. Apatah lagi kalau kerajaan tidak mahu khaskan kontrak dan pembelian awam kepada Bumiputera takut tak boleh tanda tangan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat atau sebab globalisasi. Berita Harian Online
Walaupun tidak dibenarkan berjudi pun, ramai juga yang berjudi. Jangankan orang kebanyakan, taikun-taikun Melayu pun ramai yang lari ke Genting sebagai contoh untuk berjudi di sana. Pelik……jangan kata berkenaan judi sahaja. Ramai juga yang orang Melayu yang kaya disebabkan RASUAH. Ooops!!! Lagi…..pecah amanah, pengedaran dadah, pak-pak lebai terbongkok menyorok mula membeli nombor ekor dan macam-macam lagi. Ini semua baik ka? Tetapi pastinya tidak akan disentuh….
Lagi satu, rezeki Allah yang bagi, bukan manusia. Jadinya,  kalau orang Melayu (Islam) dibenarkan berjudi  tetapi kalau Allah kata NO, jadi kayap juga akhirnya. Kenapa mesti melihat pada JUDI? Adakah penyataan boleh disamakan seperti di bawah :
“Kalau kita tidak ambil rasuah/bagi rasuah, memang susah bisnes nak berjalan. Nak maju.”
Macam itu ker?? Tetapi jangan bilang orang Islam tidak boleh kaya sebab judi. Ini hasilnya :
Genting Berhad (Board of Directors)
Chairman & Chief Executive : Tan Sri Lim Kok Thay
Deputy Chairman : Tun Mohammed Hanif bin Omar
Executive Director : Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Non-Independent Non-Executive Director : Dato’ Dr. R. Thillainathan
Independent Non-Executive Director : Mr Quah Chek Tin
Independent Non-Executive Director : Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Independent Non-Executive Director : Tan Sri Dr. Lin See Yan
Independent Non-Executive Director : Mr Chin Kwai Yoong
Jangan rasa terkejutla……jika pada hari ini, anda melihat dua muka surat penuh termuat iklan SMS keputusan empat nombor ekor (judi). Selain itu, iklan judi ada di beberapa muka surat lain, memenuhi separuh atau suku muka surat. Jika dulu, iklan judi menghiasi sebahagian kecil muka surat Sukan, tetapi hari ini ada muka surat dimuatkan sepenuhnya iklan judi. Jadi pada helaian atas muka surat itu tidak wajar diletakkan ’strap’ Sukan sebaliknya amat tepat digantikan dengan perkataan ‘BERITA JUDI HARI INI‘. Demikianlah iklan judi semakin ‘berleluasa’ dalam akhbar, khasnya akhbar berbahasa Melayu yang kebanyakan pembacanya orang Melayu yang mengikut definisinya di Malaysia beragama Islam.
Setelah diselidiki di bahagian iklan media terbabit, kadar bagi setiap iklan berkaitan secara puratanya berjumlah RM1,100 termasuk lima peratus sebagai cukai kerajaan untuk sekali keluaran sahaja. Pada satu tarikh Berita Minggu dalam halaman 27, menyiarkan 10 iklan keputusan nombor ekor yang setelah dijumlahkan, akhbar terbabit memperoleh pendapatan iklan judi haram itu lebih RM10,000 dan jika di siarkan empat kali dalam sebulan, jumlah keseluruhannya ialah RM40,000.00.
Dalam seminggu, Berita Harian sebagai contoh menyiarkan keputusan nombor ramalan pada setiap Hari Isnin (4 iklan),Rabu (3),Khamis (4), Ahad (9) manakala pada hari Selasa, Jumaat dan Sabtu tiada sebarang iklan keputusan nombor ramalan yang dipaparkan dan purata pendapatan iklan (20 iklan x RM1,100) dalam seminggu ialah RM22,000.00 dan secara keseluruhan ialah kira-kira RM90,000.00 dalam sebulan. Purata setahun setiap akhbar yang terbabit boleh memperolehi pendapatan dan keuntungan hasil daripada iklan menyiarkan keputusan nombor ekor ini berjumlah lebih RM1.14 juta! Banyak bukan?
P/S : ehem…ehem…..Tolong komen dan respon sikit Kunta-Kinte.

DS Nizar di Impirial College London

Sunday, March 21, 2010







Penjelasan DS Nizar di hadapan kira-kira 150 pelajar Malaysia yang terdiri dari orang Melayu,Cina dan India amat memberi kesan kepada mereka. Mereka mengatakan maklumat yang mereka perolehi dari media utama negara adalah amat berbeza. Bermula dengan isu Perak, isu politik tempatan adalah amat berbeza sekali.
Suatu yang menarik ialah kehadiran seorang pelajar dari Maghribi yang mengikuti program DS Nizar di Manchaster telah turut hadir sekali lagi di London yang jarak perjalanan mengambil masa 4 jam. Beliau turut mengemukakan soalan berhubung dengan soal perlembagaan negeri Perak. Hampir 30 soalan yang cukup menarik dikemukakan oleh para peserta dan dijawab dengan amat baik dan meyakinkan oleh DS Nizar. Selesai program, DS NIzar bersama YB Khalil Idham Lim bergegas ke Lapangan Terbang untuk ke Dublin, Ireland selama 2 hari. Program kami berakhir hari ini di Southampton dan insyaAllah akan kembali ke tanahair pada hari selasa.

GST Malaysia (Goods and Service Tax). Setuju atau Tidak?

Goods and Service Tax (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen yang mula bersidang semula pada Isnin lalu(15 Mac 2010) kerana kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat. Tetapi ada dikalangan pemerhati politik menjangkakan kemungkinan besar Goods and Service Tax (GST) di Malaysia tidak akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti. Kita tunggu dan lihat nanti.
Mungkin kerajaan tidak mempunyai cukup masa untuk membuat kajian dan bancian sejak tahun 2005 lagi  di mana kerajaan sudah merancang untuk melaksanakan Goods and Service Tax (GST) di Malaysia. Jikalau sebelum ini, beberapa dasar dan perancangan kerajaan menemui jalan buntu. Contohnya :
Apa implikasinya sesuatu perancangan atau dasar yang tidak menentu oleh kerajaan Malaysia boleh memberikan impak kepadapelabur asing untuk menanam modal di Malaysia? Antaranya :
  • Pakar ekonomi dan ahli akademik sependapat tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Goods and Service Tax (GST) Malaysia pada sidang Parlimen kali ini akan hanya menyebabkan pelabur tidak berminat menamam modal di Malaysia
  • Menurut ketua ekonomi, Ratings Agency Malaysia chief Yeoh Kim Leng, pelabur akan melihat penangguhan rang undang-undang GST sebagai petunjuk yang kerajaan tidak mampu membuat keputusan yang sukar.
  • Yeoh mengatakan pelabur bergantung kepada kerajaan untuk memberi arahan dan dasar yang jelas dan kerajaan yang teragak-agak tidak mampu menyuntik keyakinan kepada pelabur khususnya dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih dan kerajaan harus melaksanakan pembaharuan ekonomi dalam menghadapi cabaran fiskal.
  • Seorang lagi pengarah di Research for Social Advancement, Richard Yeoh, pula lebih lantang dengan mengatakan jika kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk membuat sesuatu dasar, mereka seharusnya merujuk kepada pihak swasta untuk input lebih lanjut. Menurut beliau, tindakan penangguhan kerajaan hanya mencerminkan kedangkalan pemikiran dan kurangnya penyelidikan oleh penggubal dasar berkenaan.
  • Timbalan ketua Sekolah Perniagaan, Universiti Monash, Jeyapalan Kasipillai, berkata tindakan kerajaan membuktikan “kurang keberanian” akibat keraguan berhubung sokongan terhadap rang undang-undang itu.
  • Penganalisis ekonomi, Khoo Kay Peng (kiri) pula berpendapat kajian sepatutnya dijalankan terlebih dahulu sebelum pengumuman itu. Beliau berkata: “Kita perlu berfikir mengenai polisi itu terlebih dahulu sebelum mengumumkannya. Jika tidak keyakinan terhadap kerajaan terhakis. Dapatkan maklum balas, jalankan penyelidikan dan kemudian terus melaksanakanya,” katanya.
  • Timbalan Dekan Sains Sosial USM, P  Sivamurugan (kanan) juga bersetuju bahawa pelabur mahu pelaksanaan yang licin bagi dasar-dasar yang pratikal
P/S : Goods and Service Tax (GST) di Malaysia dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011  pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sesi parlimen Isnin lalu

Ribuan protes di Gaza.


Ahad, 21/03/2010 – Ribuan rakyat mengikuti demonstrasi di Semenanjung Gaza hari ini untuk memprotes pembukaan semula sebuah rumah ibadat abad ke-17 di Baitulmaqdis. “Dengan darah kami, dengan jiwa kami, kami korban untuk anda, Baitulmaqdis,” teriakan dari orang ramai yang kebanyakannya pelajar sekolah saat mereka melambaikan bendera Palestin dan mengangkat poster-poster “Dome of the Rock” di bandar Baitulmaqdis. Demonstrasi diadakan di bandar-bandar di Gaza, termasuk Jabaliya, Beit Lahiya, Khan Yunis dan Rafah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

15 cedera dalam serangan terbaru rejim Zionis di Rafah.


Ahad, 21/03/2010 – Seramai 15 warga Palestin tercedera Jumaat malam lepas ketika pesawat pejuang Israel menghentam sebuah bandar lama di Jalur Gaza selatan kota Rafah dan berhampiran terowong penyeludupan di sempadan Gaza-Mesir, kata para pegawai rumah sakit. Israel F-16 jet menjatuhkan bom di lapangan terbang antarabangsa di Rafah , mencederakan lebih daripada 15 orang yang mengumpulkan kerikil ketika itu, kata saksi.  15 yang cedera kemudian dibawa ke rumah sakit, menurut sumber-sumber perubatan di Abu Yousef Al-Najjar Hospital.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx

Jumaat, 19 Mac 2010

Forum Terbuka : Jemput Hadir Beramai-ramai

Masjid Tinggi Lokasi Terakhir Solat Hajat Untuk YB Mohsin

Ahmad Awang: Ada 'nur' pada Mohsin
Abdul Rahim Sabri
Mac 19, 10
7:23pm
Sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadapnya telah mula menampakkan sedikit “cahaya perubahan”.

"Pengumuman beliau (setakat ini) tidak menyertai mana-mana parti dan tidak mahu menyertai Umno, saya rasa ada kelihatan sedikit cahaya (perubahan). Kita berharap-harap dia sedang berfikir," kata Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri).

Ahmad diminta mengulas majlis solat hajat terhadap Mohsin - yang didakwa mengkhianati perjuangan - yang dianjurkannya di beberapa masjid dan surau sejak Sabtu lalu, yang memasuki malam terakhir hari ini.

Beliau juga sebelum ini memberikan tempoh tujuh hari untuk wakil rakyat itu mengosongkan kerusi parlimen tersebut. Bagaimanapun, selepas tamat tarikh akhir tersebut, Mohsin (kanan) terus 'hilang' kerana “bimbangkan keselamatan” dirinya.

Bercakap dengan Malaysiakini petang ini, Ahmad berharap Mohsin dapat bertemu dengan pengundi dan meyakinkan mereka berhubung tindakannya keluar PKR dan menjadi wakil bebas.

"Kalau beliau tidak beri penjelasan maka bertambah susah untuk beliau berkhidmat kepada rakyat. Jika tidak turun dan berhadapan dengan rakyat, (sudah tentu) beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau. Itu lagi berat," katanya.

Mengulas mengenai majlis solat hajat pada malam ini, Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS berkata ia dijadualkan berlangsung di Masjid Tinggi di Kampung Masjid Tinggi, dalam kawasan Bagan Serai.

Katany
a, majlis tersebut akan diimami oleh seorang pemimpin PAS Bagan Serai, Abdul Halim Taib, selepas solat Isyak malam ini.

Sebelum ini sembahyang sunat itu dilaporkan telah diadakan di pelbagai tempat, termasuk Balai Kuliah Tasawwur Islam, di Semanggol, diikuti di markas dan surau-surau dalam kawasan parlimen Bagan Serai.

Ahmad menambah, lebih kurang 10 buah surau termasuk masjid di Bagan Serai yang telah terlibat, melibatkan sekurang-kurangnya seribu orang. Solat itu juga, tambahnya, dilakukan di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Jadi tiap-tiap hari (sejak Sabtu lalu) saya buat sembahyang hajat. Jadi tidak putus (berhenti). Jadi kalau dikumpulkan semuanya, tidak kurang daripada 1,000 jemaah," katanya.

Nasihat Buat Adik-Adikku...

JADILAH SOLEH DAN SOLEHAH DAHULU
www.iluvislam.com
tuan mohd rezza
editor: azzahra_solehah


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

Mereka juga menafikannya.. Jadi siapa BOHONG Zahrain?

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru telah mendedahkan beberapa nama Ahli Parlimen dari BN yang dikatakannya akan menyertai BN, tindakannya itu bolehlah dianggap sebagai mengali kuburnya sendiri..

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008.

Mereka ialah:

1 - Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan),
2 - Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis),
3 - Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan),
4 - Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau),
5 - Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).
6 - Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat),
7 - Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut),
8 - Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang),

Zahrain juga mendedahkan seorang Timbalan Speaker juga dikatakan akan menyertai PKR.


Petikan dari berita- berita dibawah menjelaskan siapa BERBOHONG dalam isu ’16 Sept’ dan secara tidak langsung menunjukkan kubur yang digali Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru untuk dirinya sendiri itu mula ditimbus……


DS Anwar Ibrahim dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata..

"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.

PETALING JAYA, 18 Mac - Bekas Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal Khamis menafikan sekeras-kerasnya bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong usaha pembentukan kerajaan baru yang dirancang pada 16 Sept 2008 dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri. - Sumber

KUALA TERENGGANU, 19 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau merupakan salah seorang daripada lapan anggota Dewan Rakyat yang disebut-sebut sepatutnya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kerajaan pusat pada 16 Sept 2008. - Sumber

KUALA LUMPUR: 19 Mac - Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi bersyukur kerana diberi hidayah Allah untuk tidak menandatangani surat menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, selepas menerima panggilan telefon daripada bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada jam 3 pagi, 18 September tahun lalu, beliau pulang ke rumah dalam keadaan menggigil, takut dan tidak selesa sebelum mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk Allah. - Sumber

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau dipujuk lima kali termasuk pemimpin kanan PKR Sarawak dalam tempoh dua minggu untuk menyertai parti itu.

Katanya, tiada sebab menarik diri daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB), sedangkan beliau enggan berbuat demikian ketika semua keluarganya keluar parti pada 1987. - Sumber

Di Kota Kinabalu, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, akan menjawab dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya, semalam. - Sumber

Adakah mereka-mereka yang telah menafikan itu BERBOHONG atau Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru yang telah BERBOHONG? BERBOHONG didalam Dewan Parlimen...

Ketua Pengarang kena gantung dua minggu


Mac 19, 10 11:10am
Akhbar harian Cina, China Press hari ini menggantung ketua pengarangnya, Teoh Yong Khoon selama dua minggu berikutan keputusannya menyiarkan laporan peletakkan jawatan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, Sabtu lalu.

Akhbar itu juga dalam permohonan maaf sebanyak empat perenggan di muka hadapannya hari ini berkata mereka menyesali tindakan berkenaan.

"Laporan yang tidak tepat itu mengakibatkan kesulitan kepada perdana menteri, kementerian dalam negeri dan menterinya, ketua piolis negara serta timbalannya. Perkara itu tidak dijangkakan dan kami amat menyesalinya.

“Justeru, kami ingin memohon maaf kepada mereka yang terbabit,” kata laporan itu.

Semalam, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan bertulis China Press mengenai isu berkenaan.

Sehubungan itu, menurut Ahmad Fuad, KDN tidak akan mengambil sebarang tindakan kecuali menyerahkan kepada China Press untuk mengambil tindakan dalaman terhadap pengarang yang bertanggung jawab.

Pada laporannya Sabtu lalu, China Press menyiarkan laporan bahawa Musa (kanan) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.

Bagaimanapun, Hishamuddin selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Isnin lalu mendedahkan bahawa rombakan barisan pimpinan tertinggi pasukan polis akan dilakukan.

Katanya lagi, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.

Khamis, 18 Mac 2010

pimpinan umno ugut saifuddin agar hentikan pendedahan

Setiauasaha agung PKR Saifuddin Nasution (bawah) hari ini melabelkan empat bekas ahlinya yang kini menjadi ahli parlimen bebas, khususnya Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim (Bayan Baru) sebagai 'anjing penyerang' Barisan Nasional.

"Mereka digunakan sebagai 'anjing penyerang', 'askar upahan',” kata Saifuddin ketika sidang media di lobi parlimen.

Katanya, MP bebas itu kini adalah senjata terbaru BN untuk menyerang Pakatan Rakyat kerana terlalu sedikit MP Bn yang mampu berbuat demikian.

Semalam, ucapan sulung Zahrain selaku wakil rakyat Bebas yang mendedahkan punca beliau meninggalkan PKR, menyebabkan suasana persidangan Dewan Rakyat bertukar kecoh.

Malah kurang lima minit selepas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu berucap mulai jam 5.05 petang semalam, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar Dewan selepas Zahrain mengaitkan Anwar dengan kegagalan pakatan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan "16 September".

'Pemimpin Umno hidangkan arak'

Bagaimanapun menurut Saifuddin, fenomena itu hanya halangan kecil dan tidak akan mengalihkan perhatian Pakatan daripada musuh sebenar mereka - Umno dan BN.

“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.

Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.

Rabu, 17 Mac 2010

Kulaan Ni Mantan SB Rupanya

Harrussani, Bekas Seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) Ganti Asri Sebagai Kolumnis

Utusan Malaysia mengugurkan Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai kolumnis penerbitan Mingguan Malaysia dan menggantikannya dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Penulisan terakhir beliau disiarkan dalam Mingguan Malaysia pada 28 Feb lalu.
Memetik Wikipedia, Harussani pernah menjawat jawatan sebagai anggota polis Cawangan Khas, Bukit Aman sebelum menjadi Kadi Besar Pulau Pinang dari tahun 1966-1984.

1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak


1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak

1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang

1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang

1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.

1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang

1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri


Harussani kemudian dilantik menjadi mufti Perak sehingga kini.
Melalui penguguran ini menunjukkan pemerintah berpatah arang dengan bekas mufti Perlis tersebut yang mutakhir ini kritikal dengan perkembangan sosio-politik tanahair.
Kolum dimuka surat sembilan yang sebelum ini memuatkan Minda Dr Maza bakal diganti pula dengan penulisan Harussani.
Beberapa blog juga mendakwa Harussani berpegang kepada fahaman politik Melayu maka ia jelas menunjukkan pemilihan Harussani adalah selaras dengan ideologi akhbar naungan Umno-Barisan Nasional itu.
Contoh paling jelas beliau mendakwa tidak berpolitik atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik, tapi bersungguh-sungguh mengajak PAS bergabung dengan Umno di Perak namun ternyata usaha tersebut gagal.
Dalam pada itu Dr Mohd Asri juga sudah menyimpan hasrat untuk berhenti memandangkan wujudnya perbezaan dengan akhbar tersebut.
"Ya, saya pun memang ingin berhenti dan Mingguan Malaysia pun nampaknya sudah keberatan. Banyak pandangan saya kebelakangan ini berbeza dengan mereka, bagaimanapun saya berterima kasih kepada ruangan yang diberikan sebelum ini." katanya
Dr Mohd Asri menambah beliau akan menulis dalam beberapa media lain yang lebih bebas. - SK

Sumber:http://malaysiaberih.blogspot.com

Piee oh Piee

'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya
Salhan K Ahmad
Mac 17, 10
2:16pm
Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.
Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.
Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.
Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.
Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.
Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.
Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.

Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
Kira-kira 2.30 petang, mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri yang diterima oleh pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Sujud. Kemudian kedengaran tepukan gemuruh mereka yang hadir selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.
Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yak Chopil.

Memorandum itu, pada umumnya, menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli dimansuhkan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah berkata, memorandum yang diserahkan Majid itu adalah yang sama yang dihantar kepada perdana menteri pada 9 Disember berhubung pelantikan senator dari kalangan Orang Asli.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata, mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan.'

Masuk Dacing Angkat Sendiri

Kes masuk bakul angkat sendirilah ni.. bukan dia sorang saja, dibawa masuk bini dia sekali dalam bakul tu..


KUALA LUMPUR 17 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri kerana memperalatkan Yang DiPertuan Agong untuk memasukkan pujian terhadap beliau dan isteri di dalam titah diraja semasa perasmian sidang Parlimen ke-12 Isnin lalu.

Anwar berkata perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang 50 tahun Parlimen Malaysia bersidang dan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri menggunakan institusi raja untuk kepentingan peribadi.

"Perdana Menteri sepatutnya berasa malu, selalulnya tahniah dia atas kemenangan pilihan raya itu perkara biasa tetapi YAB Pekan masukkan sendiri dalam titah Agong,'para pemimpim hendaklah mencontohi memanda Perdana Menteri' tanpa rasa malu atau segan silu.

"Perbuatan ini janggal bukan setakat itu dimasukkan juga pujian khusus kepada inisiatif yang dibuat isteri Perdana Menteri,'...berikutan kejayaan program Permata Negara; Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan'. Permata inim memang menjadi projek istimewa si isteri yang jelita. Ini yang ingin saya nyatakan suoaya jangan ulangi perbuatan ini.

"Maknanya ada satu percubaan merosakkan tradisi ulung kita mempertahankan insitisi diraja dan kita menuntut titah diraja itu menjadi satu titah walaupun mewakili pandangan kerajaan yang ada tetapi jangan dilihat begitu partisan, mengundang pujian kepada kerajaan pun saya tidak hairan sangat tapi bukan untuk puji peribadi Perdana Menteri," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam Dewan rakyat hari ini.

Anwar juga menyanggah kritikan yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak menghormati institusi diraja.

"Macam mana jadi Ahli Parlimen, peraturan pun tak tau. Saya faham dia (Abdul Rahman) tak pernah jadi menteri jadi tak tau prosedur.

"Mengikut sistem raja perlembagaan titah itu adalah dari raja, ini lazim sistem Westminster tapi tak semestinya diikuti sepenuhnya. Takpa lah kalau Agong nak pinda satu dua perkata tapi takkan draf dari saya nak suruh puji saya dan isteri saya.

"Menyatakan pandangan tidak pernah dianggap tak taat setia, janganlah begitu dangkal sekali pemikiran sehingga tak tau peraturan. Titah diraja boleh dibahaskan sebahagiannya boleh dipersetuju sebahagiannya boleh ditegur malah boleh diminta pindaan bukannya makna titah diraja ini titah yang tak boleh ditegur langsung.

"Saya tak faham macam mana boleh jadi Ahli Parlimen. Inilah cara Umno, bila kita tegur ini anti-raja bila sebut sikit kita anti Melayu, tapi rompak harta Melayu takpe, bukan setakat itu saja Umno guna MCA dan dua tiga orang lagi untuk cakap bagi pihak dia," bidas Ketua Umumn KEADILAN itu.

SuaraKeadilan.com

Berita sebelumnya..

Pemimpin Diminta Contohi PM Turun Padang Bertemu Rakyat : Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru semua pemimpin di negara ini supaya mencontohi sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup turun ke padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah mereka.

Seri Paduka bertitah, sejak tampuk pemerintahan diambil alih oleh Najib, beliau telah berjaya melaksanakaan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Beta mengucapkan tahniah kepada Mamanda Perdana Menteri dan barisan Jemaah Menterinya kerana sejak 11 bulan yang lalu, kerajaan Beta di bawah kepimpinan Mamanda Perdana Menteri telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Para pemimpin hendaklah mencontohi Mamanda Perdana Menteri dengan turun padang untuk mendampingi rakyat bagi memahami dengan lebih dekat akan masalah mereka dan jalinkan hubungan yang rapat dengan rakyat di semua peringkat," titah baginda semasa merasmikan penggal ketiga Parlimen ke-12 di sini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat ke istiadat itu.Ini merupakan kali pertama Tuanku Mizan menyampaikan titah sejak Najib menjadi Perdana Menteri keenam. Seri Paduka bertitah baginda menyambut baik gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - yang berpaksikan
Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Beta telah menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA yang perlu dicapai iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menambah baik pengangkutan awam, memerangi rasuah, mengurangkan kadar jenayah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah," titah baginda.

Tuanku Mizan turut menyifatkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan yang dilancarkan pada 28 Januari lepas sebagai satu program yang berani.

"Beta sukacita rakyat menyambut baik akan komitmen-komitmen kerajaan tersebut.

"Rakyat hendaklah berganding bahu bersama-sama kerajaan Beta agar Program Transformasi Kerajaan berjaya dilaksanakan," titah baginda. - BERNAMA

Selasa, 16 Mac 2010

Isnin, 15 Mac 2010

Kematian Rachel Corrie yang ngeri.

Isnin , 15/03/2010 – Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Richard memberitahu bagaimana Rachel terbenam ke dalam tanah semasa diheret semasa mereka sedang menghalang jentolak tersebut daripada merobohkan rumah orang Palestin disitu. Richard dan beberapa aktivitis lain semasa kejadian sedang membantu aktivitis lain dalam proses tersebut termasuk Rachel.

Semasa kejadian, Rachel berdiri di atas sekelompok tanah yang ditarah oleh jentolak itu lalu menghalang jentolak itu daripada memusnahkan rumah Dr. Samir Nasrallah seorang ahli farmasi. Walau pemandu jentolak tersebut tahu Rachel berada di situ namun tidak diendah dan terus mara ke depan dan seterusnya Rachel hilang dari pandangan.

Orang yang berada disekitar situ mula menjerit ke arah jentolak supaya berhenti tetapi kekejaman itu diulangi dengan jentolak itu berundur ke belakang sekali lagi menggilis tubuh Rachel yang tidak bermaya.

Selepas itu 3 akitivis ISM yang berada disitu terus memapah Rachel dan memegang kepala dan tengkuk Rachel yang masih bernafas dengan berhati-hati dan cuba memberikan bantuan awal sedaya mungkin untuk menyelamatkan Rachel tetapi akhirnya Rachel meninggal dunia akibat kecederaan tersebut.

Ditanya oleh peguam bela Israel kenapa Rachel bertindak demikian dengan berdiri di laluan jentolak tersebut Richard mengatakan beliau tidak tahu tetapi kemungkinan Rachel mahu menyelamatkan rumah Dr. Samir daripada dimusnahkan.

Ibu bapa Rachel, Craig dan Cindy, dari Washington, sedang mendakwa kerajaan Israel di dalam mahkamah atas kematian anak mereka. Israel mendakwa tenteranya tidak boleh dipersalahkan kerana pemandunya tidak nampak Rachel dan kenyataan Israel ini disangkal oleh para saksi yang menyaksikan sendiri kekejaman tersebut.

Selang beberapa minggu kejadian tersebut Tentera Israel menuduh mendiang Rachel serta rakan-rakannya dari ISM melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan merbahaya. Pada tahun 2004 pembantu kepada Colin Powell Setiausaha Amerika, Lawrence Wilkerson melaporkan Israel gagal dalam menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh ke atas kematian Rachel seperti yang dijanjikan oleh Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel masa itu.

Peguam Corrie, Hussein Abu Hussein, memberitahu sebelum persidangan mahkamah bahawa tentera Israel telah menlanggar etika perundangan antarabangsa yang menghalang serangan ke atas orang awam.

Craig Corrie berkata mereka telah berjuang untuk keadilan Rachel selama 7 tahun dan ini adalah bukannya untuk menghukum Israel tetapi untuk mengubat luka mereka dan untuk memberitahu Rachel bahawa mereka bersama Rachel dan mahu Rachel berbangga dengan apa yang dilakukan untuk beliau.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : anonymous

ucapan takziah -yb-

Kematian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Sdr. Siva begitu mengejutkan ramai pihak. Mendiang dikatakan telah mati ditembak dengan dua das tembakan semasa bekerja di Langkap.

Bagi kami di Teluk Intan, Sdr. Siva adalah tidak asing lagi walaupun mendiang merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak. Mendiang sering menghadiri ke program-program sama ada anjuran DHPP Teluk Intan ataupun anjuran PAS Kawasan Teluk Intan sendiri. Malah hubungan mendiang dengan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan begitu baik.

Bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, beliau berasa amat sedih dan terharu akan kematian mengejut Ketua Pemuda DHPP ini yang telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Langkap. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Bagi YB Anuar, pemergian mendiang sangat dirasai dan merupakan satu kerugian besar kepada PAS dan Pakata Rakyat. Jasa mendiang begitu banyak dan akan sentiasa dikenang.