Khamis, 30 Jun 2011

Nasrudin Hassan: Provokasi keterlaluan terhadap BERSIH 2.0

| Jun 30, 2011 12:11:35 pm
 
1. Saya ingin merujuk kepada laporan berita bertajuk, "Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' – Omardin" yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.  Sejak pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti.
2. Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia.  Terbaru, sepertimana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.
Memetik daripada laporan berita tersebut ;
Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja.  Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
3. Ugutan sedemikian sebenarnya turut mencemarkan Institusi Budaya dan Seni Silat tanahair kita yang selama ini, secara tradisi dan warisannya sangat dikenali sebagai satu Institusi yang sangat tinggi wibawa dan disiplinnya.  Malah begitulah layaknya jiwa dan karektor pendekar - pendekar tanahair yang tinggi budi dan halus pekerti di sebalik kehebatan dan keperkasaan ilmu mempertahankan diri.  Selayaknya pula pendekar dan satria tanahair digunakan untuk mempertahankan negara dan menegakkan keadilan, bukannya mem-"belasah" rakyat sendiri yang mahu menuntut keadilan secara aman.  Apakah himpunan untuk menunjuk perasaan rakyat secara aman agar beberapa tuntutan mereka diberi perhatian dan ditunai oleh kerajaan telah menjadi satu kesalahan dalam negara kita?  Apakah negara kita telah menukar sistem demokrasinya kepada sistem autokrasi?
4. Jika pihak BERSIH 2.0 boleh dan mampu memberi jaminan bahawa pesertanya berdisiplin dan hadir berhimpun dengan aman dan ia adalah satu komitmen yang konsisten dan dipertegaskan berulang kali, kenapa pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara mengeluarkan kenyataan tidak dapat mengawal emosi anak didiknya sehingga boleh mendorong tercetusnya pertembungan.
5. Jika pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara tidak berupaya mengawal emosi anak didiknya, maka usahlah dikerahkan anak didik Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara turun pada hari yang sama untuk bertembung dengan pihak BERSIH 2.0 kerana kami bagi pihak BERSIH 2.0 sekali lagi mempertegaskan bahawa kami tidak turun dengan membawa semangat mahu bertembung dengan sesiapa sebaliknya hanya sekadar mahu mengadakan "Berjalan untuk Demokrasi " sambil membawa lapan tuntutan sebagaimana yang telah dimaklumi oleh semua pihak.
6. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini.  DPPM ingin tegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran BERSIH 2.0.  Ini adalah satu perkara yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan.
7. Amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.  Ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan sebagaimana yang telah dimomokkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Lebih mengecewakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.  DPPM yakin semua pihak mahukan negara yang aman.  Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan.
8. Demikian juga dengan beberapa siri himpunan bantahan yang dilakukan oleh pihak pemuda UMNO dan juga PERKASA dengan mengeluarkan kenyataan berupa ugutan dan ancaman sedang pihak BERSIH telah berkali - kali membuat komitmen untuk memastikan Himpunan BERSIH 2.0 kelak akan berlangsung dalam keadaan aman. Malangnya pihak berkuasa tidak pula mengambil tindakan kepada pihak yang mencetus provokasi dan beria - ia mahu berperang, bertembung dan sebagainya.  Lebih malang apabila yang menjadi sasaran pihak berkuasa hanyalah BERSIH 2.0 yang bertegas mahu menganjurkan himpunan secara aman.
9. Apakah pihak kerajaan turut bersubahat dengan `pihak yang mencetus provokasi hanya semata - mata tidak mahu melihat himpunan BERSIH 2.0 ini berjaya dilakukan. Situasi ini jelas menunjukkan seawal - awalnya pihak kerajaan telah TIDAK berlaku adil dalam menangani isu ini.
10. Penegasan yang sekali lagi saya mahu utarakan kepada semua khasnya kepada pihak kerajaan bahawa kami terutamanya anak-anak muda yang akan turun pada 9 Julai 2011 kelak adalah mewakili rakyat yang mahukan keadilan, keamanan dan kesejahteraan.  Kami tidak turun dengan membawa senjata demikian juga kami tidak sekali-kali akan mencetus provokasi yang mengundang kepada ancaman keselamatan kepada pihak lain.  Sebaliknya ikrar kami, hanya turun membawa hati dan perasaan yang mahukan keadilan dan hak diberikan kepada kami secara saksama setelah sekian lama hak kami dinafikan seperti yang tersenarai dalam lapan tuntutan kami.
1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics
1. Bersihkan senarai undi• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan "pengundi hantu" seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.  Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari.  Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awamInstitusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuahRasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi.  Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan (gambar kanan) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Rabu, 29 Jun 2011

Kuning Petanda Membawa Kemenangan

Merbahaya : Lee Chong Wei, Jangan Pakai T-shirt Itu!!!
Santai, Umum, Releks @ Jenaka
Hati-hati Datuk Chong Wei semasa memasuki negara sendiri terutama memakai t-shirt kuning yang membawa kemenangan beliau di Indonesia. Bukan apa, Kerajaan malaysia sedang gabra dan takut dengan warna kuning.




Tahniah tak terhingganya kerana ini menjadikan Lee, pemain bukan Indonesia yang pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.



Lee Chong Wei muncul juara kejohanan badminton Terbuka Indonesia di Astora Senayan kelmarin. Dia menewaskan bintang Denmark Peter Gade 21-11 dan 21-7.

Yang mengharukan beliau memakai baju kuning semasa beraksi di final tersebut.

Ahad, 26 Jun 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

Kaum Nabi Luth Kembali Semula.

ALBANY, New York (Reuters) – Governor Andrew Cuomo made same-sex marriages legal in New York on Friday, a key victory for gay rights ahead of the 2012 presidential and congressional elections.
New York will become the sixth and most populous U.S. state to allow gay marriage. State senators voted 33-29 on Friday evening to approve marriage equality legislation and Cuomo, a Democrat who had introduced the measure, signed it into law.
"This vote today will send a message across the country. This is the way to go, the time to do it is now, and it is achievable; it's no longer a dream or an aspiration. I think you're going to see a rapid evolution," Cuomo, who is in his first year of office, told a news conference.
"We reached a new level of social justice," he said.
Same-sex weddings can start taking place in New York in 30 days, though religious institutions and nonprofit groups with religious affiliations will not be compelled to officiate at such ceremonies. The legislation also gives gay couples the right to divorce.
"I have to define doing the right thing as treating all persons with equality and that equality includes within the definition of marriage," Republican Senator Stephen Saland said before the bill was passed. He was one of four Republicans to vote for the legislation.
Cheers erupted in the Senate gallery in the state capital Albany and among a crowd of several hundred people who gathered outside New York City's Stonewall Inn, where a police raid in 1969 sparked the modern gay rights movement.
"It's about time. I want to get married. I want the same rights as anyone else," Caroline Jaeger, 36, a student, who was outside the Stonewall Inn.

Isnin, 20 Jun 2011

Betul ke Begitu....


Ini apa yang Menteri dapat ? betul ke ? renungkan lah .....


 
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Jadi, tunggu apa lagi, semua pakat turun pada 9 Julai ini - ajak semua kawan-kawan dan saudara mara.
/CikguBad 

Rabu, 15 Jun 2011

Majlis Perkahwinan ADUN Teja jadikan Melayu sebagai balaci?

MerdekaReview | Jun 15, 2011 02:50:39 pm
 
Ia mungkin di luar dugaan ADUN Teja, Chang Lih Kang ketika merancang untuk menjalankan majlis perkahwinannya mengikut dua adat tradisional, iaitu Cina dan Melayu.  Gambar pemimpin muda PKR bersama isterinya dalam pakaian tradisional Melayu, disambut dengan paluan kompang - dikritik "menjadikan Melayu sebagai balaci".
Kritikan ini dimuatkan di blog Sungai Rapat Online, dengan tulisan:-
"Sejak perjuangan Islam telah digugurkan oleh parti PAS kerana menyahut seruan Karpal Singh umat Islam tidak langsung terkejut jika perkara sebegini dan lebih teruk dari ini akan berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.  Orang Melayu khasnya dijadikan balaci kekal bagi melaksanakan apa sahaja arahan yang diarahkan oleh DAP atau PKR.  Begitulah yang berlaku di rumah Anak yatim berdekatan Gopeng apabila Chang Lih Kang dan pasangan kafirnya berjaya menjadikan anak yatim darul Hikmah sebagai taruhan.  Pengerusi Darul Hikmah adalah penganut PAS.
Dua Melayu yang memainkan peranan dalam perkara ini adalah Ostat Jamal (PAS) dan Cikgu Hamdan (PKR).
Ini kelebihan ADUN PR, yang berjaya menjadikan orang Melayu sebagai balacinya bagaimana pula apabila mereka memerintah."
Demikianlah ulasan terhadap majlis perkahwinan Chang Lih Kang, pada blog Sungai Rapat Online, kawasan DUN Hamidah Osman (gambar kanan).  Bagaimanapun, EXCO kerajaan negeri Perak yang pernah mencungkil pertikaian dengan kenyataan "jumpa ular dan orang India, pukul orang India?" ini menafikan bahawa blog ini milikannya.
Hamidah ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 7.40 semalam, menafikan bahawa dirinya adalah pengendali blog tersebut, sebaliknya mendakwa bahawa blog itu dikendalikan penyokongnya.  Beliau meminta agar wartawan menghubungi pengendali blog tersebut, tetapi menamatkan panggilan apabila wartawan bertanyakan nombor telefon pengendali itu.
Sebelum ini, Hamidah Osman didapati memuatkan gambar majlis perkahwinan Chang Lih Kang ke twitternya, dengan ulasan "demi undi, rakyat jangan dipedaya".
Chang Lih Kang: Hamidah rasis
Sementara itu, Chang Lih Kang ketika dihubungi MerdekaReview menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai kawan keturunan Melayu, dan beliau ingin berkongsi kegembiraannya bersama kawannya.  Maka beliau mengadakan majlis perkahwinannya mengikut adat tradisional Melayu di sebuah rumah anak yatim dalam kampung Melayu.
Beliau menambah, adat tradisional Melayu hanya salah satu daripada pelbagai adat yang sedia ada, malah pemimpin Barisan Nasional pernah memuji apabila orang asing menjalankan majlis perkahwinan mengikut adat Melayu.  Malah, pada tahun 2007, satu jawatankuasa kampung di Pulau Pinang yang mengadakan majlis perkahwinan adat Melayu untuk orang asing mendapat sokongan daripada jabatan pelancongan.
Chang Lih Kang (gambar kiri) menganggap kenyataan Hamidah adalah cetek, untuk menyerang musuh politik semata-mata dengan satu majlis perkahwinan yang biasa.  Malah, kenyataan sedemikian memperlihatkan Hamidah seorang yang rasis, katanya.
"Beliau menyifatkan Melayu yang membantu saya untuk menjayakan majlis ini sebagai balaci, ini adalah kenyataan yang menghasut sentimen bermusuhan terhadap kaum lain.  Kenyataan yang rendah darjatnya ini tidak harus keluar dari mulut seorang EXCO kanan," kata Chang Lih Kang.
Bagaimanapun, Chang Lih Kang berkata mereka yang mempunyai minda ini hanya terbatas kepada pimpinan atasan UMNO, ramai kawan Melayunya tidak berpandangan sedemikian.
Kira-kira seribu orang tetamu Melayu hadir ke Majlis Perkahwinan Chang Lih Kang pada 12 Jun 2011, di rumah anak yatim Darul Hikmah Kampung Pintu Padang Gopeng.  Pasangan Chang Lih Kang telah menderma RM1000 kepada rumah anak yatim tersebut.
*Tulisan ini disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 14 Jun 2011.

Jumaat, 10 Jun 2011

Sumbangan Pakaian Terpakai Untuk Mangsa Kebakaran

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu. Pengerusinya Hj. Mohammad Akram berkata, Selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara BerKebajikan, usaha ini dilihat seagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.

Khamis, 9 Jun 2011

KUSUS JENAZAH PADANG TEMBAK DALAM BERJAYA.

9 Jun 2011 - Kursus peguurusan jenazah yang dirancang di Cawangan Padang Tembak Dalam berjaya mencapai objektifnya. Kursus yang dibahagi kepada dua slot, teori dan praktikal dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan peserta untuk mengurus jenazah jika berlaku kematian muslimat. Pn. Habsah selaku penyampai bagi slot teori berjaya memberikan keyakinan kepada peserta ditambah dengan praktikal yang dipimpin oleh Pn. Hjh. Bahiyah, orang yang berpengalaman dalam pengurusan jenazah.
                                          

Rabu, 8 Jun 2011

Scorpene, Altantuya, Inflasi: Tekanan untuk Najib berundur?

Chen Shaua Fui | Jun 08, 2011 02:52:10 pm
 
Perbicaraan mahkamah berhubung kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia yang didakwa mempunyai gejala rasuah bakal berlangsung di Perancis.  Sekali lagi, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Najib Razak dihantui kes pembunuhan Altantuya, yang didakwa berkait rapat dengan pembelian kapal selam dengan bayaran komisen yang tinggi.
Kini, arus inflasi semakin menderas.  Model Ekonomi Baru pula sukar menampakkan keberkesanannya.  Najib (gambar kiri) berdepan dengan perebutan sumber dalam UMNO.  Sayap kanan dalam parti mungkin mengambil kesempatan untuk menekan agar Najib berundur - seandainya Najib gagal memulihkan keadaan, lebih-lebih lagi menjadi liabiliti dalam parti - berikutan skandal yang terpalit pada dirinya.  Untuk Najib, beliau berdepan dengan pelbagai rintangan - dalam pertimbangannya untuk mengumumkan pilihan raya umum awal sebagai strateginya membalas serangan.
Kes pembunuhan Altantuya
Berkali-kali PKR mengaitkan kes pembelian kapal selam dengan kes pembunuhan wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.  Ketiga-tiga orang tertuduh, Razak Baginda, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didakwa mempunyai hubungan dengan Najib.  Razak Baginda, adalah think tank untuk Najib; sementara Ketua Inspektor Azilah dan Koperal Sirul didakwa sebagai pengawal Najib.
Najib terpaksa menjawab isu ini setelah diserang bertalu-talu oleh Anwar Ibrahim dalam PRK Ijok pada tahun 2007.  Najib mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya, dan Kementerian Pertahanan membuat kenyataan bahawa wang bernilai 114.96 juta Euro (kira-kira RM535.8 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bukan "komisen", tetapi kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam tahun.  Syarikat Perimekar dimiliki isteri Razak Baginda (gambar kanan).
Selepas empat tahun, kes ini hampir melabuh tirai, dengan Razak Baginda dibebaskan, sementara Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman mati.  Kedua-dua tertuduh boleh membuat rayuan, namun perbicaraan belum berlangsung sebagaimana yang diketahui buat setakat ini.
Sebelum Najib mengorak langkahnya untuk menjadi PM, beliau dihujani tuduhan daripada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan penyiasat persendirian Balasubramaniam a/l Perumal, yang membuat akuan bersumpah untuk membabitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam kes Altantuya (gambar kiri).  RPK melarikan diri ke luar negeri, dan tampil di TV3 pada April 2011 - semasa pilihan raya negeri Sarawak - untuk menafikan bahawa dirinya yang membuat tuduhan terhadap Najib dan Rosmah, sebaliknya hanya mendedahkan maklumat yang diterimanya dari sumber.  Bagaimana sekalipun pertikaian selanjutnya tentang "pengakuan" RPK ini, yang penting adalah Najib telah mendakwa bahawa nama dirinya "dibersihkan" lantaran daripada wawancara TV3 tersebut.
Sejauh manakah impak isu ini, yang dibangkitkan semula selepas empat tahun berlalu?
Perbicaraan bakal bermula di Perancis
Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel berkata kepada MerdekaReview, perbicaraan kes pembelian kapal selam ini akan bermula dalam tempoh sebulan dua akan datang mengikut prosedur mahkamah Perancis.  Lebih banyak maklumat dalaman yang terperinci bakal didedahkan pada ketika itu.
Cynthia (gambar kanan) menjelaskan bahawa buat masa kini rakyat gagal memperolehi dokumen-dokumen ini daripada kerajaan Malaysia lantaran daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA).  Namun, dokumen berkenaan boleh diperolehi daripada Perancis setelah perbicaraan mahkamah bermula, malah hakim boleh memanggil saksi untuk memberi keterangan di mahkamah.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bahawa dirinya sedia memberi keterangan di mahkamah Perancis seandainya dibenarkan kabinet.  Bagaimanapun, Cynthia berkata mahkamah di Perancis tidak boleh mewajibkan kehadiran Menteri Malaysia di mahkamah kerana melibatkan isu kedaulatan negara.
Setakat ini belum diketahui apakah maklumat dalaman yang bakal didedahkan.  Namun demikian, PKR baru-baru ini mendakwa bahawa ada "pihak ketiga" yang menemani Razak Baginda dan Altantuya dalam lawatan mereka ke Macau.  Tanpa menamakan identiti "orang ketiga" itu, PKR mendesak Najib agar menunjukkan passportnya untuk membuktikan dirinya tidak terlibat.
Kita tidak lupa bahawa Najib pernah bersumpah atas nama Allah bahawa dirinya tidak kenal Altantuya - di depan kira-kira 900 orang pemimpin akar umbi UMNO, pada Julai 2008.  Seandainya apa-apa bahan bukti dalam mahkamah Perancis menunjukkan bahawa Najib mengenali Altantuya, maka beliau bakal berdepan dengan krisis integritinya.
Najib mungkin menjadi liabiliti UMNO
Di samping itu, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diketengahkan Najib mencungkil saraf golongan sayap kanan dalam UMNO, yang menentang hebat rancangan ekonomi tersebut.  Najib perlu menjelaskan bahawa ia sekadar "cadangan", selepas bahagian pertama MEB dikemukakan - memperlihatkan rintangan yang dihadapinya dalam parti.
Najib kini tersepit dalam dilema.  Politik naungan telah lama berakar umbi dalam UMNO.  Najib tidak boleh kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan pendekatan perkauman yang ekstrem, pada masa yang sama "Najibnomics"-nya yang tidak meneliti masalah struktur juga gagal mentransformasikan ekonomi negara.  Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 setakat sasaran - realitinya rakyat terus bergelut dalam suasana inflasi yang menekan.
Mereka yang menguasai sumber pada masa yang sama menggenggam kuasa.  Perebutan sumber bertambah rancak apabila sumber semakin berkurang.  Kenaikan tarif elektrik, pengurangan subsidi untuk bahan api, cukai perkhidmatan yang melonjak dari 5% hingga 6% - segala-gala ini membuat rakyat merasakan bahawa khazanah negara semakin kekosongan dipunggah, dan kerajaan kini perlu menyedut wang dari rakyat.
Zahid Hamidi berpaling tadah?
Kini, pergelutan dalam UMNO sendiri menjadi menarik.  Kenyataan Zahid Hamidi yang mendakwa dirinya bersedia untuk memberi keterangan di mahkamah - dengan syarat dibenarkan kabinet - juga menarik.  Beliau meletakkan semua beban atas bahu Najib, sebagai Ketua Kabinet - untuk menentukan sama ada beliau boleh atau tidak untuk tampil di mahkamah Perancis.
Zahid (gambar kiri, kanan) dilihat sebagai "orang Najib" dalam pemilihan UMNO pada tahun 2009.  Menteri Pertahanan ini kelihatan telah meninggalkan kem Najib.  Perlu diingatkan, skandal kapal selam gagal selam, kecurian enjin jet - pendedahan ini memperlihatkan bahawa "ada pihak yang melepaskan khabar" - tentang skandal yang berlaku ketika Najib merangkap jawatan Menteri Pertahanan.
Baru-baru ini Zahid dikatakan calon yang bakal memainkan peranan "Muhyiddin Yassin" dalam usaha menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi - seandainya usaha baru diperlukan untuk menjatuhkan Najib Razak.  Ini kerana Najib berdepan dengan cabaran untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam PRU ke-13, malah kuasa kerajaan negeri Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Cabaran buat Najib
Najib kini perlu berhati-hati untuk membuat percaturannya.  Soal selidik yang diumumkan Merdeka Center pada 4 Disember 2010 menunjukkan bahawa sejumlah 59% rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi Najib membanteras rasuah.  Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga kaum menganggap kerajaan Najib perlu mendahulukan isu membanteras rasuah.  Apa yang menarik, seandainya perbicaraan kes pembelian kapal selam ini menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam amalan rasuah - maka beliau semestinya berdepan dengan tekanan rakyat dan UMNO agar beliau berundur.
Nampaknya Najib tidak mempunyai ruang yang lebih selesa.  Meskipun Najib dan Timbalannya, Muhyiddin Yassin memainkan peranan berasingan untuk menyasarkan undi dari komuniti berlainan - iaitu Najib dengan 1Malaysia-nya, dan Muhyiddin dengan "Kemelayuan"-nya, tapi jelas, Muhyiddin kelihatan lebih disenangi dalam UMNO.
Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah Najib mengambil langkah untuk mempercepatkan pilihan raya umum, menggunakan kuasa yang ada pada Presiden untuk melantik calon, lantas menyingkirkan orang yang tidak taat kepadanya?  Dan seandainya beliau berbuat demikian, apakah keadaan seperti PRU ke-12 bakal berulang - iaitu sabotaj daripada peringkat akar umbi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Presiden UMNO?
Saf pimpinan PAS yang baru lahir dari pemilihan mungkin menjadi faktor pertimbangan Najib.  Seandainya PRU diadakan tahun ini, mungkin PAS belum sempat mengatur langkahnya untuk bersedia.
Jikalau dilihat tarikh yang ada, bulan puasa bermula pada akhir Julai, dan masyarakat muslim bakal menyambut Hari Raya pada awal September.  Tempoh ini bukanlah tempoh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.  Jikalau PRU diadakan pada awal Julai, maka Najib perlu mengambil kira kemungkinan rakyat melepaskan kemarahan melalui undi lantaran kenaikan tarif elektrik.
Justeru itu, tempoh antara September hingga Oktober mungkin masa yang sesuai, kerana pantai Timur sering dilanda banjir mulai November.
Menurut pemimpin di akar umbi UMNO, mereka telah bersiap sedia 24 jam untuk PRU sejak dua, tiga bulan yang lalu.  Namun tarikh PRU ke-13 kekal menjadi teka-teki.
Untuk Najib, bukan senang untuk mencari satu tarikh yang menjamin kemenangan BN.  Kenaikan harga barang, ketegangan hubungan antara sekta dalam UMNO, saf pimpinan baru PAS yang menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat, cetusan isu perkauman dan agama yang mencungkil ketidakpuasan masyarakat... Sehingga bila "suasana baik" boleh dikekalkan dengan Program Transformasi yang direkacipta Najib?
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Piliharaya Masjid : UMNO Takut Pada Bayang-Bayang

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid di seluruh negeri menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim berkata kaedah pemilihan yang diperkenalkan itu adalah persetujuan bersama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAI), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Menerusi perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak, kerajaan telah bersetuju dan mahu kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, kaedah pemilihan secara undi itu bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak kariah untuk mencalon dan memilih pemimpin kariah masing-masing kepada MAIPP.
Beliau berkata satu tatacara pemilihan jawatankuasa kariah masjid bagi tempoh 2012-2013 bagi memberi panduan mengenai kaedah pemilihan dan borang pencalonan telah diedarkan kepada semua masjid dengan tarikh tutup pencalonan pukul 12 tengah hari, esok.


- UMNO lah yang menyempitkan fungsi masjid, melantik dan memecat AJK masjid. bahkan sehingga merobohkan masjid.