Jumaat, 11 Februari 2011

kuin bersedia untuk jadi pusat peperiksaan -ust azizan-

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menawarkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai tempat untuk pelajar pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir menduduki peperiksaan di sini. Tawaran itu dibuat sejurus mendapat perkhabaran tentang rundingan Kementerian Pengajian Tinggi dengan pihak universiti tersebut untuk mengadakan peperiksaan di institusi pengajian tinggi di sini.
Menurut Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, seramai 16 pensyarah telah dipinjamkan oleh Al-Azhar ke kolej itu, sekiranya diperlukan Kuin mampu untuk membentuk sebarang kerjasama yang berkaitan.
"Jika mereka bersetuju, kita akan bagi kerjasama tetapi hanya untuk kursus pengajian Islam sahaja seperti Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Usuluddin kerana kursus-kursus lain seperti perubatan dan kejuruteraan kita tidak mempunyai kemudahan yang lengkap,".
Azizan ditemui selepas menyambut kepulangan anak-anak Kedah yang sedang belajar di Mesir.
Sejak petang semalam, seramai 100 pelajar selamat tiba di negeri ini dengan menaiki tiga buah bas yang ditaja kerajaan negeri.