Isnin, 14 Februari 2011

KEMPEN infaq PENGHAPUS dosa

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, melancarkan kempen “ INFAQ PENGHAPUS DOSA” diperingkat negeri Perak baru-baru ini.
Program ini telah menghimpunkan seluruh Yang Di Pertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan di Perak bagi menerima amanat untuk membuat kutipan Infaq bagi mengukuhkan tabung gerak kerja Tarbiyah, Dakwah dan Politik PAS Perak.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100 Ribu dalam tempoh satu bulan dengan kaedah edaran kupon derma, disamping menggalakkan seluruh ahli PAS Negeri Perak untuk bersedaqah dan menginfaqkan harta.
kempen ini juga dapat mewujudkan budaya mengutamakan bersedeqah yang mana ia mampu melepaskan seorang mu’min dari sifat kedekut dan melatih tumbuhnya sifat berkorban, suka berinfaq dan sikap suka mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri.
Pesuruhjaya PAS Perak mengingatkan agar semua ahli PAS Perak sentiasa mengingtati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayar 261 yang bermaksud “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya
Justeru PAS Perak mengharapkan agar usaha murni ini dapat menambahkan kekuatan material PAS Perak bagi membina kekuatan dakwah di Perak bagi merealisasikan konsep Negeri yang baik serta mendapat keampunan dari Allah