Isnin, 10 Mei 2010

GOTONG-ROYONG: FORMULA BERKESAN DEKATI MASYARAKAT

PAS BATAK RABIT hari ini telah mengambil satu usaha mendekati masyarakat setempat dengan bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan anak kepada penduduk tempatan yang dikenali sebagai Mat Wazir di alamat 207 Lorong Kalat, Kampung Batak Rabit. Gotong-royong ini adalah kesinambungan daripada gotong-royong 'spontan' yang diadakan pada 22 April lalu.

Pengarah Program, Nyah Dollah melahirkan rasa kesyukuran dengan komitmen yang diberikan untuk menjayakan program ini. Beliau turut berterima kasih kepada ahli-ahli di peringkat cawangan, Pemuda, Unit Amal serta Unit Nisa yang menurunkan hampir sepenuh tenaga yang ada kali ini. "Kita di sini telah melaksanakan program seumpama ini beberapa kali tetapi hari ini dapat dirumuskan sebagai hari yang paling berjaya dari sudut penglibatan ahli dalam menjayakannya" Ujar Nyah Dollah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Batak Rabit membayangkan program gotong-royong ini akan diperluaskan dengan tidak hanya tertumpu kepada majlis perkahwinan tetapi juga dalam hal-hal yang lain. Sambil menyifatkan 'kebanjiran' Tentera Merah beramal di kawasan kubu kuat UMNO itu sebagai sesuatu yang berjaya, beliau turut menyatakan komitmen Pemuda PAS untuk turun sekali lagi dalam program gotong-royong yang akan diadakan pada 15 Mei ini.

Bagi Ketua Cawangan pula, beliau merasakan gotong-royong seperti ini adalah satu formula berkesan untuk mendekati rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang bila-bila masa sahaja.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Fatah Awang dan keluarga serta beberapa AJK Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan. Pihak tuan rumah pula mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang menghadiri dan menjayakan majlis perkahwinan anak beliau.

Bendahari Pemuda Batak Rabit sedang menggaul ayam dengan
tepung untuk digoreng.

Nyah Dollah (baju merah hadapan) bertindak sebagai Pengarah Program
majlis pada hari ini sedang membasuh cawan. Beliau melahirkan kesyukuran
di atas komitmen yang ditunjukkan semua dalam menonjolkan imej PAS
terhadap masyarakat setempat.
GORENG JANGAN TAK GORENG!!!
Ketua Penerangan Pemuda Batak Rabit yang lebih dikenali sebagai
Sa'am ditugaskan menggoreng ayam.
Antara anggota Unit Amal yang menjayakan program gotong-royong sedang
menambah hidangan ayam goreng
di meja hidangan
.
Esham (Ketua Pemuda Batak Rabit) turut menyumbang tenaga
menjayakan gotong-royong.

Unit Amal memeriahkan majlis dengan paluan rebana
sambil berarak mengiringi pengantin baru
.

Ustaz Fatah Awang (KPPKTI) bersama keluarga turut hadir memeriahkan majlis. Beliau
beranggapan usaha seumpama ini adalah baik untuk parti dan perlu diteruskan
di masa akan datang.