Isnin, 15 Mac 2010

ucapan takziah -yb-

Kematian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Sdr. Siva begitu mengejutkan ramai pihak. Mendiang dikatakan telah mati ditembak dengan dua das tembakan semasa bekerja di Langkap.

Bagi kami di Teluk Intan, Sdr. Siva adalah tidak asing lagi walaupun mendiang merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak. Mendiang sering menghadiri ke program-program sama ada anjuran DHPP Teluk Intan ataupun anjuran PAS Kawasan Teluk Intan sendiri. Malah hubungan mendiang dengan pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan begitu baik.

Bagi ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, beliau berasa amat sedih dan terharu akan kematian mengejut Ketua Pemuda DHPP ini yang telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Langkap. Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Bagi YB Anuar, pemergian mendiang sangat dirasai dan merupakan satu kerugian besar kepada PAS dan Pakata Rakyat. Jasa mendiang begitu banyak dan akan sentiasa dikenang.