Ahad, 28 Mac 2010

pengurusan dalam organisasi





 
27/03/10 telah berlangsung satu taklimat tentang pengurusan organisasi dan kepejabatan yang dianjurkan oleh pihak Badan PAS Perhubungan Negeri (BPPN) Perak. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha BPPN Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Ismad. Taklimat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan Kg. Padang Tembak.

Taklimat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. Antara objektif taklimat tersebut adalah untuk memberikan kefahaman kepada para peserta tentang kerja-kerja pengurusan dalam parti. Antara kertas kerja yang telah dibentangkan ialah Pengurusan Strategik PAS, Pengurusan Dalam Organisasi PAS dan Manual Prosedur Kerja.


YDP PAS Teluk Intan Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan.


Dua tetamu jemputan dari PAS Perak, Ustaz Misbah dan Sdr. Ismad.

Begitu banyak maklumat dan ilmu yang telah disampaikan oleh wakil negeri yang dikira mampu membantu pihak kawasan dan cawangan dalam menguruskan hal-hal organsasi parti.

Apa yang menarik di dalam mukaddimah ucapan Ustaz Misbah ialah banyak dalam kalangan ahli PAS yangbegitu cemerlang di tempat kerja masing-masing. Maka adalah amat wajar mereka ini juga menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa melaksanakan kerja-kerja parti.

"Apa yang penting ialah kerja di luar parti dia bagus. Kerja di dalam partipun dia mesti bagus. Kalau di sekolah dia seorang guru yang cemerlang, mampu membuat kertas kerja tebal-tebal, dan menganjurkan program-program kecemerlangan sekolah. Apa salahnya, dia juga mampu membuat seperti itu dalam PAS ?" jelas Setiausaha BPPN Perak itu.

Di penghujung program, para peserta juga telah diberi peluang mengemukakan persoalan. Antara persoalan dikemukakan ialah tentang pengurusan keahlian PAS dan cawangan . Program tamat pada tengah hari.