Khamis, 19 Ogos 2010

ds berada di teluk intan 23/08/2010

DS Nizar Jamaluddin akan bersama-sama penduduk Teluk Intan pada hari Isnin 23 Ogos 2010.

Pelbagai program telah diatur bagi menemukan DS Nizar dengan masyarakat.

Seawal 5.30 petang DS Nizar akan dibawa ke Pasar Ramadhan di Pekan Teluk Intan. Pasar Ramadhan ini merupakan tempat tumpuan utama penduduk Teluk Intan bagi mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan diberikan amanah untuk mengiringi DS serta rombongan untuk beramah mesra dengan pengunjung serta peniaga di sana.

Selepas itu DS Nizar akan ke Surau Kg Air Hitam, Changkat Jong untuk program berbuka puasa bersama penduduk tempatan. Cawangan PAS Air Hitam telah diamanahkan untuk mengiringi DS Nizar di sana.

Kemudiannya, DS Nizar akan terus ke Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti untuk bersama-sama dengan penduduk tempatan menunaikan Solat Tarawih dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadhan di situ.

Adalah diharapkan semua ahli serta petugas parti di semua peringkat di Kawasan Teluk Intan dapat menyebarkan maklumat program ini kepada rakan-rakan serta masyarakat.

PAS Kawasan Teluk Intan amat mengalu-alukan kehadiran Dato Seri Nizar ke Teluk Intan pada hari tersebut.