Jumaat, 9 April 2010

YB Hj. Anuar Sudin di Hospital

Adun Changkat Jong, Hj. Anuar Sudin telah dimasukkan ke Hospital Daerah Teluk Intan pagi tadi. Beliau yang keletihan direhatkan di Wad 2d. Menurut isterinya Hajjah Faridah bt Fakhrur Radzi, pada mula beliau menghubungi Dr. Ramadhan untuk mendapatkan rawatan biasa. Pihak doktor langsung menghubungi hospital dan Ambulans pun dihantar untuk membawa YB. Dalam jadualnya beliau sepatutnya berceramah di Kg. Sg. Kerawai bersama YB Shaari Sungip pada malam ini. Semoga Allah segera menyembuhkan Hj. Anuar dan kembali bersama rakyat di DUN Changkat Jong.