Khamis, 20 Mei 2010

Polis Menjayakan Judi Bola Piala Dunia


  
http://buletinonline.net/images/stories/berita26/M2U01034_WMV%20V9_0002.jpg- Tahniah Polis Bekerja Untuk Umno Dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
KUALA LUMPUR - Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berikrar memastikan setiap rakyat Malaysia yang mahu berjudi dengan pertaruhan perjudian sempena
pertandingan bolasepak Piala Dunia hanya dibenarkan melakukannya dengan Syarikat Ascot Sport milik Berjaya Corporation Berhad yang diberikan lesen oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

(Gambar - Mahfuz ketika menyampaikan ceramah di Wakaf Tengah, Kuala Nerus baru-baru ini)

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) turut menyatakan sebarang bentuk kegiatan perjudian bolasepak Piala Dunia tanpa lesen akan dibenteras, dimana, Datuk Seri Bakri berkata, beliau telah menubuh satu pasukkan khas untuk tujuan membenteras judi tanpa lesen.

Mengulas perkara tersebut, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, ia suatu perkara yang pelik apabila, polis boleh bersetuju pemberian lesen judi bola sepak yang akan meninggalkan kesan buruk kepada masalah sosial dalam negara.

"Dengan bertambah kegiatan judi melalui sukan bolasepak akan menyebabkan rakyat jadi malas hanya bergantung pada nasib dan akan lahir ramai panganggur yang hanya berharap dapat wang dari berjudi.

"Keruntuhan institusi keluarga akan meningkat. Apakah pula langkah dan tindakkan Polis selepas ini?. Kerajaan dalam mengeluarkan lesen memberi alasan kalau tidak di berikan lesen perjudian bolasepak akan pasti berlaku secara sindiket haram,"tegas Mahfuz
Menurutnya, walaupun kerajaan telah memberikan lesen, hari ini Datuk Seri Mohd Bakri menyatakan mereka sudah pun mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bolasepak tanpa lesen.

"Maknanya sindiket tanpa lesen akan terus wujud walaupun judi bolasepak berlesen dikeluarkan. Ini menunjukkan kenyataan kerajaan sebelum ini meleset.

"Apa yang sebenarnya dapat disimpulkan ialah kerajaan dan parti Umno / BN tidak mendapat apa-apa sumbangan dari sindiket perjudian tanpa lesen,"jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau menyelar tindakan kerajaan Umno/BN dan berkata. dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat milik Tan Sri Vincent Tan sudah pasti rundingan telah dibuat untuk pastikan bukan saja pulangan cukai yang diperolehi oleh kerajaan tetapi sudah pasti ada bahagian yang akan diperolehi untuk dana politik Umno / BN.

"Jadi Polis dikerah untuk membenteras sindiket tanpa lesen yang tidak menguntungkan Umno / BN sebaliknya Polis digerakkan untuk menjayakan dana politik Umno / BN melalui perjudian bolasepak Piala Dunia yang dikendalikan oleh tauke judi negara Tan Sri Vincent Tan,"katanya
Justeru beliau berkata, ia membawa makna, polis bekerja untuk politik Umno dan Tan Sri Vincent Tan.
"Selepas ini bolehlah jadikan balai dan pondok polis seluruh negara bersama Sport Toto sebagai pusat perjudian bolasepak Piala Dunia. Tahniah Polis!,"tambahnya