Isnin, 21 Februari 2011

Isnin, 14 Februari 2011

KEMPEN infaq PENGHAPUS dosa

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, melancarkan kempen “ INFAQ PENGHAPUS DOSA” diperingkat negeri Perak baru-baru ini.
Program ini telah menghimpunkan seluruh Yang Di Pertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan di Perak bagi menerima amanat untuk membuat kutipan Infaq bagi mengukuhkan tabung gerak kerja Tarbiyah, Dakwah dan Politik PAS Perak.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100 Ribu dalam tempoh satu bulan dengan kaedah edaran kupon derma, disamping menggalakkan seluruh ahli PAS Negeri Perak untuk bersedaqah dan menginfaqkan harta.
kempen ini juga dapat mewujudkan budaya mengutamakan bersedeqah yang mana ia mampu melepaskan seorang mu’min dari sifat kedekut dan melatih tumbuhnya sifat berkorban, suka berinfaq dan sikap suka mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri.
Pesuruhjaya PAS Perak mengingatkan agar semua ahli PAS Perak sentiasa mengingtati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayar 261 yang bermaksud “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya
Justeru PAS Perak mengharapkan agar usaha murni ini dapat menambahkan kekuatan material PAS Perak bagi membina kekuatan dakwah di Perak bagi merealisasikan konsep Negeri yang baik serta mendapat keampunan dari Allah

Sabtu, 12 Februari 2011

tahniah rakyat mesir -PAS-

PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
.
“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.
Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.
“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” , Shamsul Iskandar Md Akin.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim
Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,”.
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.

Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Jumaat, 11 Februari 2011

pas komited kukuhkan usaha kerjasama antara kaum bersama PR -PJ-

Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya.
Beliau menyatakan, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa,pemimpin dan pendokong pakatan Rakyat tidak akan larut dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh UMNO menjelang pilihanraya akan datang. Idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.
Malah menurut beliau juga, pegangan kaum Muslim (ahli PAS) berkenaan konsep Agama Islam yang hanya diiktiraf oleh Allah (In Addin Indallah Al Islam) adalah perkara ‘tetap’ yang menjadi tulang belakang aqidah dan tidak akan merosakkan saranan agama untuk berinteraksi dan memakmurkan bumi ini secara adil dan mengajak ke arah kebaikan. Perinsip aqidah adalah teras agama dan ia bukan alasan untuk umat Islam menolak toleransi antara agama dalam negara ini.
Beliau menyatakan bahawa, PAS akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik.
Menurut beliau lagi, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat adalah perlu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Perak khususnya.
Selain itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) yang terdiri dari masyarakat bukan Islam didalam dewan ini akan menyemarakkan lagi agenda penerangan kepada kaum bukan islam dan menimbulkan kesedaran kepada kaum melayu betapa tegarnya sikap kaum bukan Melayu terhadap agenda perubahan kerajaan yang lebih baik, jelas beliau.
Justeru beliau mengingatkan agar Jentera PAS Perak sentiasa bekerja atas kesepaduan kerja antara kaum serta mengeratkan hubungan dengan parti Pakatan Rakyat yang lain untuk menghadapi jentera BN PRU-13 akan datang serta mengambil resolusi Konvensyen PR di Pulau Pinang sebagai landasan kefahaman kerja bagi mencipta kemenangan buat rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

kuin bersedia untuk jadi pusat peperiksaan -ust azizan-

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menawarkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai tempat untuk pelajar pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir menduduki peperiksaan di sini. Tawaran itu dibuat sejurus mendapat perkhabaran tentang rundingan Kementerian Pengajian Tinggi dengan pihak universiti tersebut untuk mengadakan peperiksaan di institusi pengajian tinggi di sini.
Menurut Azizan yang juga Pengerusi Kuin berkata, seramai 16 pensyarah telah dipinjamkan oleh Al-Azhar ke kolej itu, sekiranya diperlukan Kuin mampu untuk membentuk sebarang kerjasama yang berkaitan.
"Jika mereka bersetuju, kita akan bagi kerjasama tetapi hanya untuk kursus pengajian Islam sahaja seperti Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Usuluddin kerana kursus-kursus lain seperti perubatan dan kejuruteraan kita tidak mempunyai kemudahan yang lengkap,".
Azizan ditemui selepas menyambut kepulangan anak-anak Kedah yang sedang belajar di Mesir.
Sejak petang semalam, seramai 100 pelajar selamat tiba di negeri ini dengan menaiki tiga buah bas yang ditaja kerajaan negeri.

Rabu, 9 Februari 2011

pas melaka telah bersedia menghadapi umno di merlimau

PAS Melaka telah sekian lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya termasuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac ini.
Dalam menghadapi PRK Merlimau pula, PAS Melaka turut mempunyai harapan besar untuk menang, berdasarkan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang yang lebih yakin dengan PAS atau Pakatan Rakyat, berbanding Umno atau BN.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (gambar) menegaskan, untuk menghadapi PRK Merlimau, pihaknya telah pun mempunyai beberapa nama untuk diserahkan kepada PAS Pusat untuk dipertimbangkan.
Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya telah pun menyenaraipendekkan tiga atau empat nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Dun Merlimau bagi pertimbangan PAS Pusat.
"Kesemua nama-nama itu adalah anak tempatan Merlimau. Kami telah memutuskan memilih orang tempatan sebagai calon bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini termasuk penerimaan para pengundi di kawasan Dun Merlimau itu sendiri,".
Kekuatan PAS untuk menghadapi pilihanraya itu, menurut beliau, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi sebarang pihak, malah kalau hendak dikirakan dari segi sokongan, PAS sudah boleh dikatakan sudah menang walaupun belum bertanding.
"Tetapi dalam menghadapi pilihanraya termasuk di Tenang baru-baru ini, PAS tetap kalah. Kekalahan itu sebenarnya bukanlah disebabkan kekurangan undi kepada PAS daripada para pengundi, tetapi disebabkan tindakan Umno atau BN yang menipu dalam menghadapi pilihanraya,".
Umno atau BN sebenarnya tidak akan menang dalam pilihanraya jika mereka bertanding dengan cara betul, tetapi kemenangan mereka disebabkan sikap mereka sendiri sejak dulu yang sering menipu dan berbohong dalam pelbagai sudut dalam menghadapi pilihanraya.
Dari segi kefahaman rakyat, seluruh rakyat Malaysia sendiri sudah cukup faham dengan sikap buruk Umno atau BN, sehingga menyebabkan orang ramai sudah tidak hairan lagi dengan kekalahan PAS dan kemenangan Umno atau BN dalam pilihanraya.
Dalam konteks Melaka, rakyat Melaka sendiri turut faham dengan perkara itu, malah mereka sendiri sudah sekian lama terasa tertipu dengan permainan politik kotor pemimpin-pemimpin Umno atau BN selama ini.
"Di Melaka sebagai contohnya, Melaka dikatakan negeri maju, tetapi bagaimanakah pula dengan rakyatnya. Adakah orang-orang Melaka juga maju dan kaya raya?
"Yang kaya hanyalah pemimpin umno Melaka,
"Yang kaya hanyalah para pemimpin atasan Umno atau BN, tetapi orang ramai termasuk ahli-ahli dan para penyokong Umno dan BN sendiri tak juga kaya-kaya sejak dulu.
"Itulah antara bukti penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini, termasuk kepada rakyat Melaka,".
Oleh itu, beliau berharap agar orang ramai termasuk para pengundi di Dun Merlimau akan lebih faham dengan penipuan para pemimpin Umno dan BN kepada mereka selama ini dengan bangun mengubah sokongan kepada PAS atau Pakatan Rakyat.
"Tetapi seperti yang saya cakapkan dari awal tadi, walaupun PR atau PAS mendapat sokongan yang jauh lebih tinggi dari mereka (Umno atau BN) sekali pun, dalam pilihanraya kita tetap kalah juga kerana Umno menghadapi pilihanraya dengan menipu.
"Itulah sikap mereka selama ini. Nak harapkan mereka ubah sikap supaya tak menipu atau berbohong dah tak boleh kerana itulah Umno atau BN selama ini yang perlu disedari oleh orang ramai,"

Isnin, 7 Februari 2011

kelantan di sisih bagi misi keselamatan pelajar malaysia, najib cakap tidak serupa bikin

Benarkah operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik?
Kalau betul, mengapa wakil Kelantan yang ditawarkan pada awalnya menyertai misi menghantar bantuan ke Kaherah 2 Febuari lalu diketepikan?
Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob berkata, pada awalnya beliau ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar bantuan ke Mesir.
“Saya telah serahkan passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab Putera Malaysia.
“Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang 1Malaysia.
“Saya kata saiz badan saya XL tetapi mereka beri saiz L jadi saya kata tidak padan, kalau pakai akan jadi macam pembalut nangka. Namun mereka minta ambil juga,” katanya sambil mempamerkan baju itu pada ceramah solidariti kebangkitan di Timur Tengah di Putik malam tadi.
Sebelum itu diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Mohamad Mustafa.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata misi bantuan ke Mesir untuk kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.
Zulkapli berkata, selepas pihak penganjur tahu beliau membawa sejumlah wang untuk diberi kepada pelajar Kelantan di Mesir, ada sahaja helah dilakukan bagi menghalangnya.
duit sejumlah RM120,000 diberi kerajaan negeri untuk dibawa ke Kaherah bagi membantu pelajar Kelantan di sana. Ini kerana mereka menghadapi masalah kewangan berikutan bank tidak beroperasi.
”Pihak penganjur memberitahu saya tidak boleh terbang bersama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan.
”Saya pun hairan barangan bukan diletak di tempat duduk penumpang sebaliknya dalam perut kapal terbang. Mereka minta saya tunggu penerbangan keesokan harinya.
”Dan selepas berjam-jam menunggu dan tidak mendapat sebarang respons saya mendapatkan sendiri tiket menggunakan penerbangan SIA yang mengambil masa 25 jam untuk sampai ke Kaherah,
Beliau bersyukur dapat sampai juga ke Mesir biar pun diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.
ketika sampai di sana beliau disambut pelajar dan diagihkan wang untuk mereka membeli bekalan makanan.
”Saya hairan Perdana Menteri kata misi bantuan tidak ada unsur politik, sedangkan usaha wakil kerajaan Kelantan menyertai sama misi bantuan disisihkan,
Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail,
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.
Selain itu Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,
anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu,
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Teras,
Azmi Abdul Hamid serta wakil Palestin.
Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Difahamkan Kelantan satu-satunya negeri yang menghantar bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir. Zulkapli kembali dari Kaherah pagi semalam.

Sabtu, 5 Februari 2011

perdana menteri malaysia takut ulas mubarak

PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian terhadap Presiden Mesir Hosni Mubarak dan kerajaannya yang kini sedang berdepan penolakan rakyat di negara teluk itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini Najib dilihat mengambil sikap berkecuali biarpun keangkuhan Hosni Mubarak berundur telah membangkitkan penentangan rakyat negara itu sehingga negara lain termasuk Malaysia terpaksa bersusah membawa pulang rakyat masing-masing.

"Kita menuntut Najib menyatakan sikap yang jelas sama ada mahu mempertahankan Hosni Mubarak dan kerajaannya atau sebaliknya.

"Kita kecewa sehingga kini Najib tidak berani memberi tekanan kepada Hosni Mubarak,"

Perdana Menteri sepatutnya malu apabila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi dengan begitu tegas menggesa Hosni Mubarak berundur dengan segera.

"Orang yang kita bagi anugerah pun boleh buat macam tu sedangkan dia tidak ada apa-apa kepentingan politik pun, malu la kita,"

Sebelum ini, al-Qaradawi yang juga Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, turut meminta Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau pergi secara paksaan.

presiden Mesir itu perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.

"Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir.

"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak,"

"Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki,"

PAS dan seluruh rakyat negara ini ujar Mahfuz sedang menanti pendirian Najib dalam isu ini.

"Rakyat sedang menunggu Najib untuk mengutuk Mubarak yang enggan tunduk kepada tuntutan rakyat sendiri,"

Selasa, 1 Februari 2011

himpunan solidariti ummah -kp-

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan seluruh Ngo antaranya ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain [ 71 Ngo ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lainnya akan menganjurkan satu himpunan besar - besaran iaitu :

Himpunan Solidariti Ummah pada hari Jumaat jam 2 petang [ 4 Feb 2011 ] di hadapan Kedutaan Amerika sebagai sekutu rapat kepada rejim Husni Mubarak .

2. Hari ini satu memorundum telah diserahkan kepada kedutaan Mesir tetapi malang pihak kedutaan enggan menerima memorundum kami dan akhirnya memorundum tersebut terpaksa dimasukkan kedalam peti surat kedutaan itu.

3. Saya mewakili seluruh pihak penganjur mengharapkan semua ummat prihatin tanpa mengira bangsa dan agama untuk hadhir menyatakan semangat solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir yang kini sedang bangkit menuntut perubahan di negara mereka .

4. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita.

5. Tempat berhimpun ialah di 2 lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan yang  akan disuarakan oleh pimpinan - pimpinan kita seperti Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda sebelum berarak ke kedutaan Amerika.

Pertama : Isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

Kedua : Isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita .

6.  Berikut lampiran Memorundum Dewan Pemuda PAS Malaysia yang telah dihantar ke kedutaan Mesir:

MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KEPADA KEDUTAAN MESIR DI MALAYSIA
BERHUBUNG PERGOLAKAN POLITIK DAN AGENDA REVOLUSI MESIR

31 JANUARI 2011
PERGOLAKAN POLITIK MESIR

Ekoran daripada kejatuhan rejim pemerintah Zein Al-Abidin di Tunisia, kebangkitan rakyat di Timur Tengah telah menjalar ke beberapa buah negara jiran yang lain antaranya Yaman, Oman, Algeria, Jordan dan termasuklah Mesir. Kami menjangkakan teori domino ini akan terus berantai sehingga memberikan kesan revolusi keadilan sedunia.

Melihat perkembangan pergolakan politik hari demi hari di Mesir, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat situasi semakin kritikal apabila pihak pemerintah tidak mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan perkara pokok dan sebenarnya. Sebaliknya, melakukan pembantaian terhadap peserta demonstrasi seperti menembak dengan menggunakan gas, air dan pukulan terhadap mereka. Malah, lebih parah lagi apabila hubungan komunikasi melalui media baru dan telefon disekat untuk memadamkan kemaraan rakyat.

Jelas, sikap yang ditunjukkan ini telah mencabul hak asasi manusia dan memburukkan wajah demokrasi di Mesir. Berdasarkan pendedahan-pendedahan media antarabangsa, pihak berkuasa Mesir telah mengambil pendekatan kekerasan untuk mengawal dan meredakan keredaan. Walaubagaimanapun, desakan terhadap agenda reformasi, kestabilan, demokrasi dan kebebasan tetap menjadi agenda utama dan kami menyokong usaha tersebut.

PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

1.    Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa sokongan dan komitmen solidariti kebangkitan rakyat Mesir menentang regim autokratik Hosni Mubarak. Penentangan rakyat Mesir adalah manifestasi penolakan prinsip ketidakadilan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah sejak beberapa dekad yang lalu.

2.    Kami juga mengucapkan tahniah khususnya kepada golongan muda yang berani dan aktif menyertai agenda revolusi bagi menuntut keadilan dan pembaharuan di Mesir. Malah, kami mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terkorban mahupun tercedera dalam saingan revolusi ini.

3.    Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sebarang usaha ke arah pembubaran Parlimen Mesir dan penganjuran Pilihanraya Umum yang telus dan bersih. Pihak penganjur pilihanraya mestilah bebas daripada sebarang campur tangan parti politik disamping menjamin kebebasan media untuk melaporkan perkembangan dan hasrat rakyat kepada pengundi dan masyarakat luar.

4.    Kami mengutuk sebarang bentuk keganasan dan kekasaran yang dilakukan terhadap peserta demonstrasi serta menuntut agar desakan mereka dilayan secara profesional dan adil. Ini termasuklah membebaskan kesemua tahanan peserta demonstrasi dan pengamal media kerana ia bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia.

5.    Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh bersama pihak-pihak di Mesir yang memperjuangkan Islam, mempertahankan kedaulatan negara, memperbaiki kestabilan politik dan ekonomi serta mengembalikan kesejahteraan rakyat.

6.    Kami juga menolak sebarang bentuk pengaruh daripada Amerika Syarikat dan Israel dalam pembentukan polisi Mesir. Kami amat berharap agar pemerintahan baru Mesir dapat membantu negara umat Islam di Palestin secara konsisten dan menjadi asas kepada kesatuan negara-negara Arab di Timur Tengah.

Hasrat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang disuarakan melalui memorandum ini diharap dapat disampaikan kepada pihak-pihak simpatisan dan pejuang revolusi kebangkitan rakyat di Mesir.

Disediakan oleh,
Nasrudin Hasan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia