"Saya dicerca dan dimaki oleh Umno, Tok Guru (Nik Aziz) dua kali telefon saya dan menasihati saya, bersabar, bersabar, bersabar dan kita berdoa," kata calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa terharu atas sokongan moral yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
"Saya amat gembira sekali, saya berasakan begitu terharu dengan sokongan Tok Guru," ujarnya lagi sambil memandang muka Nik Aziz pada sidang media di Rumah Rehat Daerah Kuala Kubu Baru, malam tadi.
Bercakap pada sidang media itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta seluruh pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, esok sebagai menolak politik perkauman Umno/BN.
Dengan menolak politik perkauman sebagaimana yang dituntut dalam Islam, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, manusia tidak akan menghadapi masalah walaupun mereka terdiri oleh pelbagai bangsa.
"Dalam Islam menyebut, semua manusia berasal daripada seorang bapa dan seorang ibu, bapa namanya Adam, ibu namanya Hawa, bila saya sebut tentang bangsa manusia, maka tidak timbul masalah bangsa," jelas beliau.
"Daripada Adam dan Hawa inilah lahirnya anak cucu, bertaburan di seluruh dunia, ada yang jadi Arab, ada yang jadi Melayu, ada yang jadi Cina, ada yang jadi Australia dan ada yang jadi Afrika, sebab itulah tak timbul masalah bangsa."
Bertitik tolak atas asas menolak politik perkauman tersebut, beliau menjelaskan tujuan beliau turun berkampung di Hulu Selangor sehingga selesai tempoh berkempen, hari ini.
"Saya datang sini untuk berkempen Pakatan Rakyat. Saya datang bukan dengan nama bangsa Melayu, saya datang dengan nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
"Insya Allah, saya harap demo (kamu) semua boleh mengundi Pakatan dan Datuk Zaid," jelas beliau lagi.
Ditanya tentang politik adu domba menyerang peribadi Zaid, Nik Aziz menganggap Umno/BN mengamalkan politik budak-budak yang bersifat bodoh.
"Ini kerja budak-budak, dia (Umno/BN) tak boleh lawan hujah (maka) dia serang peribadi (Zaid). Ini suatu perkara yang memalukan, memalukan politik Malaysia.
"Macam budak-budak kecillah, kalau boleh bertumbuk, dia akan bertumbuk. Kalau tak boleh tumbuk, dia lari mencebik (menjelir lidah). Itu semata-mata nak lepaskan," ujarnya.
Sabtu, 24 April 2010
tolak pembohongan bn - tim presiden-
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim perlu diberikan kemenangan oleh para pengundi di dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Ahad ini.
Katanya, kemenangan itu amat penting bagi membuktikan rakyat di kawasan ini menolak propaganda dan pembohongan pemimpin Umno/BN yang ditaburkan sepanjang tempoh berkempen sejak Sabtu lalu.
“Kemenangan Datuk Zaid penting sebagai menandakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan manifestasi terhadap pembohongan Umno/BN di sini,” ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Bukit Sentosa, malam tadi.
Menurutnya, rakyat di kawasan Parlimen Hulu Selangor menyedari bahawa pemimpin Umno/BN tidak banyak membela mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak dahulu lagi.
“Tiba-tiba kita lihat banyak janji yang ditaburkan oleh Umno/BN dalam pilihan raya kecil ini termasuk janji segera untuk memberikan bayaran RM50,000 kepada penduduk Sungai Buaya,” ujarnya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PRK ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, pembayaran yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu merupakan penyalahgunaan kuasa untuk membantu calon BN memenangi PRK kali ini.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terus menolak BN yang hanya tahu menabur janji segera dalam setiap kali pilihan raya kecil tetapi tidak ditunaikan selepas itu.
Beliau turut melahirkan rasa puas hati dengan gerak kerja yang dilaksanakan jentera parti itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Zaid.
“Saya puas hati dengan jentera PAS yang telah diturunkan sepenuh tenaga di semua peringkat dalam pilihan raya kecil ini,” ujarnya.
Menurutnya lagi, jentera PAS dan PR memberikan komitmen yang tinggi sepanjang tempoh berkempen sehingga hari ini.
“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh petugas PAS dan PR yang mencurahkan sepenuh tenaga untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ini,”ujarnya.
Beliau menjangkakan petugas PAS akan bertambah menjelang hari mengundi Ahad ini yang kebetulan berlangsung pada hujung minggu.

Rabu, 21 April 2010
ucapan perasmian mesyuarat agung pas kawasan -dr. khairuddin-
Ahli PAS perlu ada semangat rasa bangga berada dalam jemaah. Mereka juga perlu ada semangat kebersamaan dalam jemaah. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Dato' Abdul Malik. Beliau menyampaikan ucapan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan kali ke-36 di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak.
Di samping itu, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh para pimpinan dan ahli PAS. Antaranya :
*Berusaha menambah ilmu dalam bidang-bidang tertentu demi meningkatkan kemampuan sebagai pimpinan dan ahli PAS.
*Memperluas kerja-kerja amal soleh yang lebih terbuka dan lebih luas agar masyarakat dapat menyertai program-program PAS dengan mudah.
*Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat perlu memberi nilai tambah dalam program PAS agar ia lebih segar.
*Tanamkan rasa bersalah dan berdosa jika jika gagal memberi sumbangan dalam jemaah.
Selain itu, parti perlu mempelbagaikan program serta menghebahkannya agar wujudnya izzah dalam dalam jemaah.
"Kadang-kadang, masyarakat tertarik kepada parti apabila mereka melihat akan kehebatan kita. Para pimpinan dan ahli perlu tunjukkan kehebatan masing-masing di samping menganjurkan program-program kemasyarakatan. Barulah orang tertarik menyertai perjuangan kita," jelas beliau.
Beliau juga menyarankan agar ketua-ketua kampung Pakatan Rakyat aktif kembali berkhidmat di kampung masing-masing walaupun PR tidak berkuasa lagi di Perak. Beliau meminta para ketua kampung PR dapat memain peranan di kampung membantu parti terutama dalam program kebajikan dan kemasyarakatan rakyat.
Akhirnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menyimpulkan :
*perlunya menambah bilangan ahli baru serta meningkatkan kualiti ahli dengan memperkasa aspek tarbiyyah
*memperkasa dan menggerakkan jentera pilihanraya kawasan dan cawangan
*menambah dana parti dan pilihanraya
*setiap sayap parti perlu mendokong setiap program parti
*membantu sayap baru parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS
* melebarkan sayap Unit Nisa' melalui penglibatan para remaja perempuan di cawangan
Selasa, 20 April 2010
Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah
|
Gambar bertindih (superimpose) Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.
Hishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.
"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.
"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.
Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.
Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.
Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.
"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.
- Bernama
PAS: Semua mantan PM kecuali Pak Lah minum arak
|
BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.
Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.
"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.
Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.
Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".
"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.
"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.
"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.
Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:
"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."
Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.
Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.
"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.
Jumaat, 16 April 2010
HENTIKAN SISTEM PILIHANRAYA KECIL -NAIB PRESIDEN-
dipetik dari blog rasmi naib presiden pas pusat http://tuanibrahim.blogspot.com/
Sistem pilihanraya di Malaysia memerlukan banyak semakan semula terhadap perjalanan yang menerima pelbagai kecaman dan kritikan. Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Di samping pelbagai permasalahan tersebut, saya berpendapat sistem pilihanraya kecil juga memerlukan semakan semula.
Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.
Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.
Apa yang lebih malang ialah apabila sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU boleh tumbang hanya bilamana ada wakil rakyat yang dipilih melompat keluar dari parti yang dimenangi. Tindakan ini tidak sepatutnya berlaku, sehingga hak parti yang dipilih oleh pengundi dalam PRU, seolah-olah tiada apa-apa kuasa dan hak Saya berpendapat sebarang tindakan melompat parti, bermakna wakil tersebut telah hilang kalayakan sebagai wakil rakyat, dan kekosongan kerusi hendaklah diisi oleh parti yang memenanginya dalam PRU. Sistem pilihanraya di Malaysia yang menjadikan asas kepada parti bukan individu mesti diiktiraf dan dilayan secara adil.
PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yang diasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.

Khamis, 15 April 2010
CALON PAKATAN RAKYAT DI HULU SELANGOR
Nama: Mohd. Zaid Ibrahim
Umur: Lahir pada tahun 1951 di Kelantan
Pendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974)
Barrister at Law Inner Temple 1975
Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)
Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim
Facebook: Datuk Zaid Ibrahim
Sejarah pembabitan dalam politik
Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986
melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.
2001: Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.
2003: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.
2004-2008: Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.
2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan
digugurkan sebagai calon 2008.
Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri
sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka
kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik
sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR,
AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.
Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.
Ahad, 11 April 2010
Erdogan : Israel adalah ancaman sebenar kepada keamanan Timur Tengah.
April 9th, 2010 by admin
Jumaat , 09/04/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa Israel boleh disifatkan sebagai ancaman sebenar kepada negara-negara di Timur Tengah. Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu memulakan rangka lawatan ke Paris.
Erogan memberitau para wartawan sebelum majlis makan malam bersama President Perancis, Nicolas Sarcozi bahawa Israel adalah ancaman kepada daerah yang aman.
Israel selalu menganggap Turki sebagai sekutunya di dalam negara Islam dan dunia Arab, akan tetapi hubungan antara dua negara tersebut bertambah buruk sejak pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada akhir Disember 2008 dan Januari 2009.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez

Hj. Mohd. Anuar Sudin Semakin Pulih
11.04.2010, Teluk Intan - Alhamdulillah keadaan YB Changkat Jong sehingga petang tadi semakin pulih. Beliau yang menyambut dengan senyuman tetamu yang datang menziarahi beliau tidak putus-putus, masih lagi mampu berseloroh dengan tetamu yang mengunjungi beliau. Pihak hospital suspek beliau mengalami jangkitan kuman.
Hitung Umur Anda Dengan Menggunakan Kalender Hijriah
Kamis, 01/04/2010 16:39
Oleh Addy Aba SalmaSelama ini kita menghitung umur dengan menggunakan kalender MASEHI. Misalnya saya, tanggal lahir 2 April 1977 dan sekarang tahun 2010, berarti umur saya sekarang 2010-1977=33 tahun. Coba kita hitung tanggal lahir kita dengan menggunakan kalender HIJRIAH. Misalnya saya, tanggal lahir 2 April 1977 (Masehi) dikonversi ke Hijriah menjadi 13 Rabiultsani 1397 dan sekarang tahun 2010 atau 1431 Hijriah, berarti umur saya sekarang 1431-1397=34 tahun.
Melihat hasil perhitungan umur diatas ada perbedaan hasil antara perhitungan dengan kalender MASEHI dan HIJRIAH. Yang berarti saya lebih tua satu tahun dengan menghitung umur dengan menggunakan kalender Hijriah. Apalagi yang sekarang berumur 40 tahun keatas (masehi), bila menghitung umurnya dengan menggunakan kalender hijriah bisa selisih dua tahun lebih tua. Gunakan sebaik-baiknya nikmat umur yang diberikan oleh Allah SWT. kepada kita. Jadilah kita sebagai sebaik-baiknya manusia seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW “Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya (HR. Ahmad).
Banyak umat islam sekarang ketika diberi nikmat panjang umur oleh Allah SWT. tetapi mereka tidak berusaha mensyukuri nikmat itu dengan menjadi sebaik-baiknya manusia yaitu baik amalannya dengan meningkatkan amal ibadahnya kepada Allah SWT. Mereka malah melakukan tradisi orang diluar Islam yaitu MENIUP LILIN, merayakannya dengan berfoya-foya.
Maka tidak heran t-shirt anak muda sekarang ada yang bertuliskan “Muda Foya-Foya, Tua Kaya Raya, Mati Masuk Sorga”, bukan hanya t-shirt tapi banyak sticker yang tertempel di sepeda motor anak muda sekarang yang bertuliskan seperti itu. Kalimat yang sangat tidak mendidik, bagaimana mungkin ketika masa muda berfoya-foya pada masa tuanya nanti akan kaya-raya dan berharap juga mati masuk sorga. Mimpi Kali’… Semoga kita termasuk sebaik-baiknya manusia yaitu orang-orang yang diberi nikmat umur panjang dan kita gunakan umur yang panjang itu untuk senantiasa baik amalannya dengan meningkatkan amal ibadahnya kepada Allah SWT. Amin.
Wallahu a’lam bishshawab
Nak tahu bila anda lahir mengikut tahun Hijrah
Jumaat, 9 April 2010
YB Hj. Anuar Sudin di Hospital
Adun Changkat Jong, Hj. Anuar Sudin telah dimasukkan ke Hospital Daerah Teluk Intan pagi tadi. Beliau yang keletihan direhatkan di Wad 2d. Menurut isterinya
Isnin, 5 April 2010
Penyakit “kencing tikus”
Penyakit “kencing tikus” atau nama sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yang disebabkan suatu jasad renik tertentu yang dinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat
menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara kebetulan.Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah. Peratus penyakit leptospirosis di Indonesia cukup tinggi dan angka kematian kerana penyakit ini cukup besar. Indonesia menepati peringkat ketiga di dunia. Kuman Penyebab Penyebab penyakit Leptospirosis adalah spesies
Leptospira Interrogans yang mampu menyebabkan penyakit (patogen) pada manusia. Ada pula spesies lain yang tidak patogen, iaitu Leptospira Biflexa. Leptospira berbentuk spiral dengan ukuran 0,1 mm x 6 - 20 mm, selalu bergerak, dapat hidup di air tawar selama kurang lebih 1 bulan, biasanya cepat mati di air masin. Setiap spesies leptospira terbahagi menjadi puluhan serogrup dan terbahagi lagi menjadi puluhan, bahkan ratusan serovar.Saat ini, Leptospira interrogans yang bersifat patogen telah dikenal lebih dari 200 serovar. Jasad renik ini biasanya hidup didalam ginjal haiwan pejamu (inang) dan dikeluarkan melalui airkencing (urin) saat berkemih. Haiwan pejamu tersebut antara lain tikus, babi, kambing, domba, kuda, anjing, kucing, kelelawar, tupai dan landak. Tikus sering menjadi pejamu bagi pelbagai serovar leptospira.
Penularan dari haiwan ke manusia dapat terjadi secara langsung ataupun tidak langsung, sedangkan penularan dari manusia ke manusia sangat jarang. Penularan langsung biasanya terjadi dari haiwan yang mengandungi penyakit leptospira kepada mereka yang pekerjaannya merawat, memotong haiwan seperti penternak, doktor haiwan, peneliti yang memakai binatang percubaan, pekerja di rumah potong haiwan dan umumnya terjadi secara kebetulan. Penularan tidak langsung (pada manusia) terjadi melalui air atau tanah yang tercemar urin haiwan yang mengandungi leptospira. Sering terjadi pada saat banjir, di selokan atau sungai, di danau yang tercemar serta mereka yang bekerja sebagai pembersih selokan, sungai, pekerja perkebunan tebu, dan daerah rawa. Kuman tersebut masuk ke dalam tubuh manusia melalui kulit yang terluka atau melalui selaput lendir mata, selaput lendir di mulut, saluran pernafasan. Gejala penyakit leptospirosis amat bervariasi mulai dari yang paling ringan mirip orang sakit influenza, sampai yang berat dan berakhir dengan kematian. Setelah dua sampai 26 hari kuman memasuki tubuh manusia, maka mulailah timbul gejala. Masa antara masuknya bibit penyakit ke dalam tubuh dan mulai timbul gejala dinamakan masa inkubasi. Walaupun rentang masa inkubasi cukup lebar, tapi rata-rata sekitar 10 hari. Secara umum gejala leptospirosis, antara lain demam (ringan atau tinggi), nyeri kepala yang bisa menyerupai nyeri kepala pada DBD, seringkali disertai tubuh yang menggigil, nyeri otot terutama di daerah betis, punggung dan paha sehingga penderita sukar berjalan, mual,muntah dan nafsu makan menurun, radang pada mata, dan pada kasus berat dapat terjadi mata berwarna kuning, gangguan ginjal, radang paru dan radang otak.
Gejala klinik tersebut dapat menyerupai penyakit infeksi lain yang bergejala demam akut, sehingga penyakit ini perlu selalu dicurigai terutama pada orang yang mempunyai risiko untuk tertular. Ada beberapa periode dalam perjalanan penyakit leptospirosis. Pada minggu pertama demam tinggi disertai nyeri otot, nyeri kepala, mual, muntah dan berbagai gejala lainnya. Pada masa ini, leptospira dapat dite-mukan dalam darah. Pada minggu selanjutnya, leptospira menghilang dari darah dan menetap di ginjal, sehingga teridentifikasi di urin.Penyakit leptospirosis ada juga yang disertai warna kuning (tipe
ikterik). Warna kuning dapat dikenali pada mata, selaput lendir mulut, dan bahkan pada badan. Namun, ada juga yang tidak disertai warna kuning (tipe anikterik).
Pengubatan
Kalau anda terserang leptospirosis, itu bukan bererti akhir dari segalanya. Leptospirosis bukan penyakit ganas. Ubatnya mudah didapat dan murah. Hanya saja di awal-awal kasusnya mungkin luput didiagnosis. Selain antibiotika golongan penicilline, kuman juga peka terhadap streptomycine, chloramphenicol dan erythromycine. Harga jenis antibiotika klasik ini tergolong tidak tinggi, selain mudah didapat, bahkan di Puskesmas sekali pun.Jika diubati selagi masih dini, prognosis leptospirosis umumnya baik.Bisa lain nasib pasien jika terapi terlambat diberikan. Sudah disebut komplikasi leptospirosis paling jelek jika sudah merusak ginjal, selain hati, dan otak.
Sabtu, 3 April 2010
Mesir Terus-menerus Menjadi Talibarut Israel
Sabtu, 03/04/2010 – Pasukan keselamatan Mesir telah menjumpai dan merampas beberapa simpanan senjata dan mortar di utara Sinai yang dipercayai untuk diseludup ke Gaza.
Akhbar Hari Ketujuh melaporkan pada hari Khamis simpanan senjata tersebut termasuklah 100 roket antikapal, 45 roket pelancar bom, dan 40 bahan letupan. Sumber dari pasukan keselamatan Mesir mengatakan penyeludup menyimpan senjata daripada bekas peperangan yang terdahulu untuk diseludup ke Gaza. Tiada penahanan dibuat.
sumber : http://www.imemc.orgpenterjemah : ameen
Israel tahan 4 penduduk Palestin di Tebing Barat.
April 2nd, 2010 by admin No comments »
penterjemah : aznil
Jumaat, 02/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini membuat serbuan ke atas beberapa kawasan di tebing barat dan menahan empat penduduk Palestin. Sumber tempatan memnyatakan dua penduduk Palestin ditahan di Qalqilya dan dua lagi ditahan di Hebron dan Tolkarem.
Tentera Rejim Zionis turut menyerbu kem pelarian Al-Azah dan Al-Dehish di Bethlehem dan menyelongkar banyak rumah. Mereka memberi notis kepada Majed Al-Aza, 34, dan Sami Abed Al-Hameed, 50, untuk hadir ke pusat perisikan Israel di penempatan Atsuon. Mereka turut memusnahkan sebuah kereta milik Soliman Al-Afandi.
sumber : The Palestine Telegraphpenterjemah : aznil
Langgan:
Catatan (Atom)