Khamis, 13 Mei 2010

Erdogan: Kami berusaha dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan Gaza

May 13th, 2010 

Khamis, 13/05/2010 – Perdana Meneteri Turki, Rajab Tayyib Erdogan memaklumkan bahawa Turki akan bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan zalim yang dikenakan keatas Gaza, dengan menjelaskan bahawa usaha tersebut juga akan bergerak kearah membangunkan kembali apa yang telah dimusnahkan oleh alat peperangan Zionis sejak 15 bulan yang lalu.
Perkara ini muncul dalam pertemuan Erdogan dengan delegasi berkedudukan tinggi yang mengadakan “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan ke Atas Gaza” dan Pusat “KEMBALI” rakyat Palestin yang juga turut serta dengan beberapa Pertubuhan Masyarakat Eropah, pada hari Isnin (10/5).
Erdogan menekankan penolakannya terhadap kepungan yang berlaku ke atas Gaza, dan beliau berkata dalam pertemuan tersebut “ Turki bekerjasama dengan beberapa Negara yang lain untuk menghapuskan kepungan (keatas Gaza),dan perkara tersebut (sebenarnya) menjadi keutamaan bagi dirinya dan Negara Turki sendiri”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif