Rabu, 30 Jun 2010

Dewan Rakyat tolak usul tergempar Scorpene

Jun 30, 10 4:33pm
Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), yang mengemukakan usul kepada Pandikar (kiri) semalam supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara itu, Speaker berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasatnya.

Atas sebab tersebut, isu berkenaan adalah tidak mendesak untuk dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada Leong untuk memaklumkan usulnya itu telah ditolak.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Dalam
suratnya kepada Pandikar, Leong (kanan) berkata isu tersebut telah menarik perhatian media asing kerana wujudnya dakwaan bahawa Najib terlibat dalam isu tersebut.

Sampai hari ini, tambahnya, tidak satu pun pihak berkuasa yang mengambil tindakan untuk menyiasat skandal itu.

Malah, katanya, seorang jurucakap pejabat perdana menteri telah menyatakan bahawa 'tidak ada kes' terhadap skandal tersebut.

(Terkini) Pesawat rejim Zionis bunuh seorang warga Palestin.

June 30th, 2010 

Rabu, 30/06/2010 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Isnin bahawa seorang warganya terbunuh dan lain-lain cedera ketika diserang oleh Tentera Udara Israel Al sekitar Shujaeyya timur Kota Gaza.
Serangan itu tampaknya dilakukan oleh pesawat tanpa juruterbang, dan langsung diikuti dengan peluru meriam. Warga yang dibunuh dikenalpasti sebagai Bassam Badwan,, 29 sementara warga lain terluka.  Badwan meninggal karena luka-lukanya selepas kakinya putus dari tubuhnya dan kerana luka yang banyak di bahagian-bahagian tubuh lain
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  farah

Jumaat, 25 Jun 2010

mahathir lupa sejarah bantah judi

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan ‘pelupa’ apabila menuduh PAS hanya menentang judi bola sempena musim bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, tuduhan Dr Mahathir itu juga satu fitnah dan menyerlahkan kedangkalan mantan perdana menteri itu.

PAS sejak awal penubuhan lagi konsisten dengan perjuangan menentang sebarang bentuk judi yang diluluskan di negara ini termasuk pada zaman pemerintahan Mahathir.

"Beliau lupa bahawa ketika beliau menjadi Perdana Menteri, PAS membantah kelulusan lesen judi yang beliau hadiahkan kepada Syarikat Bukit Tinggi Resort yang hampir muflis.

Tegasnya lagi, sikap Mahathir sejak dahulu menyokong judi dan kini memberi sokongan pula kepada Datuk Seri Najib Razak, hanya membuatkan orang memandang rendah kepada beliau termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Najib yang juga presiden Umno, kini sedang menerima tekanan kuat ekoran kelulusan lesen judi oleh kerajaan.

termasuk dari sayap pemuda dan Puteri Umno Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Johor dan Pahang.

"Jelas isu judi menjadi kudis dalam pentadbiran Najib yang juga cucu kepada Pengerusi Genting (syarikat judi terbesar negara) yang pertama, Tan Sri Mohammed Noar Omar.

Dalam pada itu, PAS merakamkan ucapan tahniah kepada pihak polis yang berjaya menahan dan membongkar kegiatan bookie dan sindiket judi haram akhir-akhir ini.

"Gerak kerja polis akhir-akhir ini membuktikan bahawa kerajaan mampu menghapuskan sindiket judi haram dan tiada sebab mengapa judi harus dihalalkan dengan pengeluaran lesen.

PAS mewajibkan seluruh ahlinya turun pada himpunan 100 ribu membantah judi pada 3 Julai ini yang dianjurkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

Organisasi PAS di semua peringkat diminta mengedar risalah kempen membantah judi dan mengadakan program penerangan berkaitan isu ini di kawasan masing-masing.

"PAS juga mengajak masyarakat Cina dan India turun beramai-ramai bagi menafikan dakwaan Mahathir yang mengatakan mereka adalah masyarakat yang suka berjudi.

"Pemimpin Umno disemua peringkat juga dicabar untuk turut serta bersama rakyat dan NGO yang membantah pemberian lesen judi.

Rabu, 23 Jun 2010

JI dan PENGGANAS adalah alasan umno untuk menggunakan ISA

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya mengeluarkan kenyataan rasmi di Dewan Rakyat dalam masa terdekat berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mewakili Ahli Parlimen PAS pada sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Dari maklum balas yang diberikan oleh universiti, KDN dalam suatu taklimat bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan isu JI, pihak KDN gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada KPT, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Hishammuddin turut dicabar mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas sebenar yang mahu menyerang berhala Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves, sebagaimana yang beliau jelaskan kepada media massa sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa, tindakan Hishammuddin bersama-sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan itu semata-mata mencerminkan budaya politik menggila di kalangan orang-orang gila.

“Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat,” ujar beliau sebagai menjawab tohmahan Hishammuddin sebelum ini kononnya pembangkang adalah gila kerana menganggap tujuan kerajaan mendedahkan isu JI semata-mata suatu sandiwara untuk mengelirukan rakyat.

Bercakap pada sidang media yang sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta kerajaan menyelesaikan dahulu kes demonstrasi mengarak kepala lembu di Shah Alam beberapa bulan lalu.

Menurut beliau, mereka yang terbabit dalam aktiviti keganasan itu rata-ratanya didalangi oleh pemuda Umno Shah Alam.

Bagi beliau, isu JI yang digembar-gemburkan kebelakangan ini sebenarnya bertujuan untuk mewujudkan kondisi Islamphobia serta budaya takut di kalangan rakyat.

Isu tersebut, menurut dakwaan beliau lagi, merupakan persiapan Umno BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

langkah memetakan lanskap politik negara dengan menimbulkan isu JI dan anti-keganasan tersebut seakan sama dengan kondisi anti-Islam yang pernah dicetuskan di Amerika Syarikat pasca tragedi perlanggaran WTC pada tahun 2001 lalu.

beliau tidak menolak kemungkinan bahawa di sebalik isu JI itu sebenarnya didalangi oleh syarikat komunikasi penuh lantikan kerajaan, iaitu Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang nyata diketahui umum sebagai proksi pada Amerika Syarikat dan Zionis Israel.

Dari segi yang lain, beliau berkata, tindakan kerajaan mencipta isu JI akhirnya merugikan negara.

Ini kerana, katanya lagi, kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Hishammuddin dan Musa sudah tentu menghalang minat para pelabur asing, khususnya dari Timur Tengah untuk datang melabur di tanah air ini.

“Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya.

Sabtu, 19 Jun 2010

biar betul umno johor tolak judi sukan???? -k.p johor-

Asalamu’alaikum dan salam perjuangan…

Satu keputusan yang cukup berani apabila UMNO Negeri Johor membuat keputusan menolak Judi Sukan. Itu satu keputusan yang saya saya kira satu keputusan yang patut dicontohi oleh UMNO di negeri-negeri lain. Kalau ada pun bantahan yang dibuat ia adalah bersifat senyap-senyap ataupun disembangkan di kedai kopi betapa mereka tidak setuju dengan keputusan kerajaan Najib Razak untuk meluluskan satu lagi lesen judi.

UMNO Johor memang dilihat lebih berani untuk mengambil keputusan ‘melawan arus’ dengan keputusan UMNO Pusat berbanding dengan UMNO negeri-negeri yang lain. UMNO Johor pernah buktikan sikap kekonsistenan menentang PPSMI sehingga PPSMI terpaksa juga dikuburkan di dalam sistem pendidikan negara. Itu kelebihan UMNO Johor yang tidak ada pada UMNO di negeri yang lain.

Di dalam ceramah di Kampung Punggur Barat malam tadi, saya menyampaikan ucapan memfokuskan kepada isu judi sukan kerana ia adalah sebahagian roadshow yang sedang dilakukan oleh Pemuda PAS dan rakan-rakan yang lain untuk membantah judi sukan. Saya merujuk kepada akhbar harian Sinar Harian yang baru beberapa hari berada di dalam pasaran negeri Johor.

Tajuk “Mengapa UMNO Johor Tolak Judi Sukan” cukup besar ertinya kepada pejuang-pejuang yang menentang Judi Sukan yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini walaupun PM secara malu-malu menafikan bahawa lesen tersebut telah diluluskan.

Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh di dalam penulisan saya ini dan saya ingin bandingkan dua pemimpin negeri yang telah bercakap tentang Judi Sukan ini iaitu YAB Lim Guan Eng dan YAB Datuk Abdul Ghani Othman.

Apa persamaan mereka? Persamaannya adalah mereka adalah ketua kerajaan negeri dan mereka berdua menentang judi sukan. Lim Guan Eng tidak setuju dengan judi sukan dan Ghani Othman pun tidak setuju dengan judi sukan. Bermakna, kedua-dua pemimpin ini menolak judi sukan kerana ia mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat.

Apa pebezaan mereka? Perbezaannya adalah sangat ketara. Lim Guan Eng menentang Judi sukan dengan menggunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri dengan merujuk kepada Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan. justeru kerajaan negei Pulau Pinang mengambil keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap masyarakat.

Bukan sekadar membuat keputusan di dalam mesyuarat kerajaan negeri malah LGE telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan. LGE juga telah memberikan komitmennya dan bersedia untuk ke mahkamah di atas keputusan yang beliau buat.

Bagaimana pula YAB Ghani Othman? Ghani Othman juga tidak bersetuju dengan Judi Sukan namun kenyataannya hanya mewakili UMNO Johor, bukannya kerajaan Negeri Johor. Kenapa Ghani Othman tidak membawa perkara ini ke dalam mesyuarat kerajaan negeri dan membuat keputusan bersama sepertimana yang dilakukan di Pulau Pinang?. Jika UMNO mendabik dada sebagai pejuang Melayu dan Islam maka tidak sepatutnya keputusan yang dibuat hanya berkisar di dalam parti UMNO sahaja. Adakah Datuk Ghani tidak berani untuk mendapatkan persetujuan daripada exco kerajaan negeri yang mewakili MIC dan MCA untuk menghalang lesen judi sukan di Johor?.

Sebab itu keberanian dan kejantanan Datuk Ghani Othman menolak judi sukan yang pada mulanya mendapat perhatian daripada saya namun terus pudar apabila keberanian dan kejantanannya hanya sebagai Pengerusi UMNO Johor dan bukannya YAB Menteri Besar Johor.

Jika setakat itu sahajalah keberaniaan Ghani maka saya tidak tahulah bagaimana pula desakan yang mampu dilakukan oleh UMNO di negeri lain yang jauh lebih lemah berbanding dengan UMNO Johor.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Rabu, 2 Jun 2010

Dunia memberi respon terhadap keganasan rejim Zionis.

June 2nd, 2010 by admin 

Rabu, 02/06/2010 – Selepas pembunuhan yang dilakukan oleh Israel ketika menyerang kapal tanpa bersenjata untuk misi aman dan kebebasan, dunia mula bertindak balas. Di antara mereka yang cedera adalah Syeikh Raed Salah, ketua erakan Islam di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1948.
Sheikh Raed Salah yang mengalami luka parah sedang menjalani rawatan di hospital Tel-Hoshemir, Israel.Laporan di bawah mengimbas kembali respon dunia berikutan peristiwa pembunuhan berdarah ini:
Turki memanggil Duta Besar Israel dan meminta semua warga negara Israel meninggalkan Turki.
Sweden memanggil Duta Besar Israel brikutan pembunuhan sukarelawan pembebasan.
Sepanyol memanggil Duta Besar Israel untuk memprotes pembunuhan tersebut.
Greek memanggil Duta Besar Israel meminta butiran tentang pembunuhan itu.
Kesatuan Eropah mahu melakukan siasatan terhadap serangan Israel terhadap peristiwa kapal tersbut yang mengakibatkan kematian lebih daripada 16 orang dan mencederakan puluhan aktivis aman yang lain.
Ireland mengumumkan bantuan kecemasan.
Perancis menzahirkan kebencian terhadap pembunuhan beramai-ramai sukarelawan kebebasan serta menuntut siasatan dilakukan.
Malaysia .....he, he, he
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

MCA bantah budaya umno pandang ke belakang!!!



MCA kesal dengan keputusan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan pengguna yang mewajibkan peniaga memiliki lesen runcit untuk menjual barangan terkawal, berkuatkuasa serta merta.

Timbalan presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah mewajibkan lesen bagi menjual barangan terkawal seperti gula, tepung dan minyak masak, tidak akan dapat menangani perbuatan menyorok barangan berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, MCA mengalu-alukan niat baik peraturan tersebut untuk menghalang perbuatan peniaga menyorok dan menyeludup barangan terkawal serta mengawal pembelian panik di kalangan pengguna.

Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut dikuatkuasa tanpa terlebih dahulu berbincang dengan pihak peniaga yang sebahagian besarnya pemilik kedai runcit, sedangkan merekalah yang akan teruk terjejas.

Oleh itu, katanya, adalah lebih sesuai diadakan sesi dialog dengan pihak-pihak terbabit untuk mencari jalan bagi mengelak perbuatan menyorok barangan terkawal.

"Jika dasar ini dilaksanakan serta merta, ia akan menambah beban para peniaga dan rakyat.

"Peraturan seumpama itu pernah dilaksanakan pada tahun 1950-an tetapi ditarik balik pada 1980-an kerana ianya tidak berkesan," kata Liow.

Oleh itu, katanya, memperkenalkan semula dasar itu adalah satu langkah kebelakang.

"Saya telah membangkitkan ini dalam mesyuarat kabinet hari ini," katanya

Liow berkata, MCA menggesa kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan pengguna supaya menarik balik peraturan tersebut.

Selaras dengan itu, katanya, MCA menggesa badan-badan penguatkuasa supaya meningkatkan kawalan di sempadan negara untuk menghalang penyeludupan barangan terkawal.

Di samping itu, katanya, mereka juga digesa memantau keadaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki menyorok barangan terkawal.

BN sudah terlewat - MB kelantan-

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah dianggap terlewat melantik timbalan-timbalan menteri dari wakil parti komponen BN di Sabah dan Sarawak untuk tujuan memancing hati rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kiranya lantikan itu bertujuan untuk memancing hati rakyat, ianya sudah terlewat.

“Dah terlewat dah. BN jatuh serta tidak mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya kecil di Sibu baru-baru ini. Baru nak berubah. Dah tak jadi apa dah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco ketika diminta mengulas berhubung rombakan kecil kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Antara perlantikan baru yang dibuat, Senator Datuk G. Palanivel selaku Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Richard Riot, Timbalan Menteri Luar.

Turut dilantik Chua Tee Yong sebagai Timbhalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Senator Datuk Donald Lim, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Manakala Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari jawatan Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng digugurkan dari Timbalan Menteri Belia dan Sukan.