JEDDAH: Masyarakat Islam di seluruh dunia semalam menyuarakan kemarahan terhadap kumpulan Facebook dan laman web untuk menjadikan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Hari Setiap Orang Lukis Muhammad.’
Laman Facebook itu menggalakkan pengguna menghantar imej Nabi Muhammad (SAW) semalam sebagai membantah ancaman terhadap penerbit siri South Park kerana menyelar Rasulullah dalam satu episodnya awal tahun ini.
Pelukis kartun Amerika Syarikat, Molly Morris menetapkan 20 Mei untuk menyokong siri televisyen Amerika itu.
Norris kemudian menyesal terhadap tindakannnya.
Dalam satu wawancara, dia berkata, dia berharap cadangan itu tidak akan menjadi realiti.
Cadangannya itu juga mencetuskan pertelingkan antara pengguna Facebook dengan satu pihak mempertahankan hak terhadap kebebasan bersuara dan satu lagi, majoritinya umat Islam, mendesak supaya laman ditutup dan lukisan itu dihentikan.
Kumpulan berkenaan mempunyai 43,000 ahli yang berkongsi kartun dan video.
Satu kumpulan pengguna Facebook, ‘Menentang Hari Setiap Orang Melukis Muhammad’ sudah menarik lebih 60,000 ahli.
Terdapat beberapa kumpulan kecil yang turut menggesa supaya anggotanya memulaukan Facebook semalam dan meminta pemilik laman itu menutup semua bahan yang anti Islam.
Beberapa pengguna Facebook yang dihubungi Arab News berkata, mereka tidak mengunnakan laman web sosial itu semalam.
Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad
LAHORE - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap mencabul Islam.
Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook (FB) membuka laman FB dengan menyeru pengguna FB menghantar lukisan Nabi Muhammad.
Laman itu dinamakan sebagai ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’ yang kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’, yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan reaksi kemarahan hebat di negara Islam tersebut yang dihuni 170 juta penduduk.
Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W dan menganggapnya sebagai kufur.
Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan-bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006.
Pelukis Sweden, Lars Vilks (bawah) dan Kurt Westergaard dari Denmark (atas).
Pelukis Sweden, Lars Vilks (bawah) dan Kurt Westergaard dari Denmark (atas).