Goods and Service Tax (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen yang mula bersidang semula pada Isnin lalu(15 Mac 2010) kerana kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat. Tetapi ada dikalangan pemerhati politik menjangkakan kemungkinan besar Goods and Service Tax (GST) di Malaysia tidak akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ketiga belas nanti. Kita tunggu dan lihat nanti.
Mungkin kerajaan tidak mempunyai cukup masa untuk membuat kajian dan bancian sejak tahun 2005 lagi di mana kerajaan sudah merancang untuk melaksanakan Goods and Service Tax (GST) di Malaysia. Jikalau sebelum ini, beberapa dasar dan perancangan kerajaan menemui jalan buntu. Contohnya :
Apa implikasinya sesuatu perancangan atau dasar yang tidak menentu oleh kerajaan Malaysia boleh memberikan impak kepadapelabur asing untuk menanam modal di Malaysia? Antaranya :- Pakar ekonomi dan ahli akademik sependapat tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Goods and Service Tax (GST) Malaysia pada sidang Parlimen kali ini akan hanya menyebabkan pelabur tidak berminat menamam modal di Malaysia
- Menurut ketua ekonomi, Ratings Agency Malaysia chief Yeoh Kim Leng, pelabur akan melihat penangguhan rang undang-undang GST sebagai petunjuk yang kerajaan tidak mampu membuat keputusan yang sukar.
- Yeoh mengatakan pelabur bergantung kepada kerajaan untuk memberi arahan dan dasar yang jelas dan kerajaan yang teragak-agak tidak mampu menyuntik keyakinan kepada pelabur khususnya dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih dan kerajaan harus melaksanakan pembaharuan ekonomi dalam menghadapi cabaran fiskal.
- Seorang lagi pengarah di Research for Social Advancement, Richard Yeoh, pula lebih lantang dengan mengatakan jika kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk membuat sesuatu dasar, mereka seharusnya merujuk kepada pihak swasta untuk input lebih lanjut. Menurut beliau, tindakan penangguhan kerajaan hanya mencerminkan kedangkalan pemikiran dan kurangnya penyelidikan oleh penggubal dasar berkenaan.
- Timbalan ketua Sekolah Perniagaan, Universiti Monash, Jeyapalan Kasipillai, berkata tindakan kerajaan membuktikan “kurang keberanian” akibat keraguan berhubung sokongan terhadap rang undang-undang itu.
- Penganalisis ekonomi, Khoo Kay Peng (kiri) pula berpendapat kajian sepatutnya dijalankan terlebih dahulu sebelum pengumuman itu. Beliau berkata: “Kita perlu berfikir mengenai polisi itu terlebih dahulu sebelum mengumumkannya. Jika tidak keyakinan terhadap kerajaan terhakis. Dapatkan maklum balas, jalankan penyelidikan dan kemudian terus melaksanakanya,” katanya.
- Timbalan Dekan Sains Sosial USM, P Sivamurugan (kanan) juga bersetuju bahawa pelabur mahu pelaksanaan yang licin bagi dasar-dasar yang pratikal
P/S : Goods and Service Tax (GST) di Malaysia dirancang untuk mengantikan cukai jualan mulai 2011 pendapatan sekitar RM8.8 bilion setiap tahun kepada negara. Ia sepatutnya dibentangkan pada sesi parlimen Isnin lalu