Keputusan Nombor Ekor di Berita Harian Tapi Komen Judi Dalam Islam!!
Apabila disebut Melayu, majoritinya adalah beragama Islam. Alahai…hanya disebabkan larangan berjudi ke atas orang Islam, Melayu tidak boleh maju ker??? Ini selepas saya terbaca satu artikel di halaman Berita Harian Online yang mengatakan kononnya kalau Melayu dibenarkan berniaga judi, Melayu pun boleh maju. Dakwaan kononnya Melayu mundur pasal Melayu tidak boleh berjudi. Betul ker???? Penulis ini bercakap tentang perniagaan judi di Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama, ada pula keputusan nombor ekor di akhbar Berita Harian. Macam manatu?
Sebelum itu, mari sama-sama kita baca yang ditulis penulis tersohor dari Berita Harian Online ini, apa kata si Kunta Kinte ini :
KUNTA Kinte dah cerita macam mana tauke-tauke Cina dan India yang terkenal jadi kaya raya. Antara yang kaya raya itu adalah tauke-tauke perniagaan judi. Beberapa hari lalu, Kunta Kinte nasib baik boleh cakap sikit dengan Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Dia adalah sejarawan ulung negara dan dia pun pakar dalam sukan bola sepak. Dia kata salah satu punca mutu bola sepak Malaysia jatuh merudum adalah rasuah oleh ‘bookie’. Bila kita kata ‘bookie,’ mereka tentulah haram walaupun di Barat, ‘bookie’ dibagi lesen untuk ambil pertaruhan.Kita tentu maklum bangsa apa ‘bookie’ ini. Kegiatan ‘bookie’ Malaysia ini sangat luas sampai mereka boleh merasuah pemain Liga Inggeris. Kunta Kinte dah cerita minggu lepas macam mana seorang pemandu teksi Singapura yang ketagih judi sanggup curi kad pengenalan saudara kandungnya dan kemudian cuba tipu kasino pertama di Singapura yang tuannya adalah konglomerat judi Malaysia, Genting Berhad.Minggu ini Kunta Kinte nak cerita pula pasal seorang cucu di Hong Kong yang ketagih judi sampai sanggup pertaruh duit pengebumian neneknya. Nenek itulah yang belanya sejak kecil. Si nenek memasukkan HK$10,750 (RM4,710) ke dalam buku bank cucunya dengan wasiat duit itu diguna untuk pengebumiannya. Tapi si cucu yang berusia 19 tahun itu pergi berjudi dan habis rugi duit simpanan neneknya. Akibatnya, walaupun si nenek mati pada 2008, mayatnya hanya dapat dikebumi tahun lepas pasal tak cukup duit.Sebab itulah Kunta Kinte selalu kata memang susah orang Melayu nak lawan orang Cina dan India berniaga. Orang Cina dan India yang bukan Islam semua boleh berniaga. Haram atau halal tak jadi masalah. Judi, arak dan pelacuran semua boleh tak kira dibenar atau dihalang oleh undang-undang negara. Tapi orang Melayu pasal kita Islam, banyak jenis perniagaan kita tak boleh campur. Kunta Kinte sedih dan susah hati bila tak ramai orang Melayu yang berani atau pandai jawab hujah mereka yang masih kata Dasar Ekonomi Baru jadikan mereka anak tiri.Bila Melayu gagal semua orang kutuk. Malahan ada orang Melayu yang seronok. Kerajaan pun kutuk kata orang Melayu malas, bergantung kepada kontrak awam dan subsidi serta suka berfoya-foya. Tapi bila orang bukan Islam berjaya, kita puji. Kita kata mereka tekun, pandai berniaga dan berdikari. Kita tak pun tanya macam mana mereka boleh berjaya. Kunta Kinte yakin orang Melayu pun boleh berjaya kalau sanggup jadi tauke judi, tauke arak dan bapa serta ibu ayam. Tapi kita tak mahu sebab kita tahu ia salah di segi agama dan moral. Kerajaan pun tentu tak mahu bagi lesen judi dan arak kepada orang Islam.Kunta Kinte tak tahulah apa nak cakap. Tapi kalau kerajaan tak ambil kisah perkara macam ini dan bagi segala macam lesen kepada orang bukan Islam, memang mustahil orang Islam boleh berlumba dengan mereka. Apatah lagi kalau kerajaan tidak mahu khaskan kontrak dan pembelian awam kepada Bumiputera takut tak boleh tanda tangan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat atau sebab globalisasi. Berita Harian Online
Walaupun tidak dibenarkan berjudi pun, ramai juga yang berjudi. Jangankan orang kebanyakan, taikun-taikun Melayu pun ramai yang lari ke Genting sebagai contoh untuk berjudi di sana. Pelik……jangan kata berkenaan judi sahaja. Ramai juga yang orang Melayu yang kaya disebabkan RASUAH. Ooops!!! Lagi…..pecah amanah, pengedaran dadah, pak-pak lebai terbongkok menyorok mula membeli nombor ekor dan macam-macam lagi. Ini semua baik ka? Tetapi pastinya tidak akan disentuh….
Lagi satu, rezeki Allah yang bagi, bukan manusia. Jadinya, kalau orang Melayu (Islam) dibenarkan berjudi tetapi kalau Allah kata NO, jadi kayap juga akhirnya. Kenapa mesti melihat pada JUDI? Adakah penyataan boleh disamakan seperti di bawah :
“Kalau kita tidak ambil rasuah/bagi rasuah, memang susah bisnes nak berjalan. Nak maju.”
Macam itu ker?? Tetapi jangan bilang orang Islam tidak boleh kaya sebab judi. Ini hasilnya :
Genting Berhad (Board of Directors)Chairman & Chief Executive : Tan Sri Lim Kok Thay
Deputy Chairman : Tun Mohammed Hanif bin Omar
Executive Director : Tan Sri Mohd Amin bin Osman
Non-Independent Non-Executive Director : Dato’ Dr. R. Thillainathan
Independent Non-Executive Director : Mr Quah Chek Tin
Independent Non-Executive Director : Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff
Independent Non-Executive Director : Tan Sri Dr. Lin See Yan
Independent Non-Executive Director : Mr Chin Kwai Yoong
Jangan rasa terkejutla……jika pada hari ini, anda melihat dua muka surat penuh termuat iklan SMS keputusan empat nombor ekor (judi). Selain itu, iklan judi ada di beberapa muka surat lain, memenuhi separuh atau suku muka surat. Jika dulu, iklan judi menghiasi sebahagian kecil muka surat Sukan, tetapi hari ini ada muka surat dimuatkan sepenuhnya iklan judi. Jadi pada helaian atas muka surat itu tidak wajar diletakkan ’strap’ Sukan sebaliknya amat tepat digantikan dengan perkataan ‘BERITA JUDI HARI INI‘. Demikianlah iklan judi semakin ‘berleluasa’ dalam akhbar, khasnya akhbar berbahasa Melayu yang kebanyakan pembacanya orang Melayu yang mengikut definisinya di Malaysia beragama Islam.
Setelah diselidiki di bahagian iklan media terbabit, kadar bagi setiap iklan berkaitan secara puratanya berjumlah RM1,100 termasuk lima peratus sebagai cukai kerajaan untuk sekali keluaran sahaja. Pada satu tarikh Berita Minggu dalam halaman 27, menyiarkan 10 iklan keputusan nombor ekor yang setelah dijumlahkan, akhbar terbabit memperoleh pendapatan iklan judi haram itu lebih RM10,000 dan jika di siarkan empat kali dalam sebulan, jumlah keseluruhannya ialah RM40,000.00.
Dalam seminggu, Berita Harian sebagai contoh menyiarkan keputusan nombor ramalan pada setiap Hari Isnin (4 iklan),Rabu (3),Khamis (4), Ahad (9) manakala pada hari Selasa, Jumaat dan Sabtu tiada sebarang iklan keputusan nombor ramalan yang dipaparkan dan purata pendapatan iklan (20 iklan x RM1,100) dalam seminggu ialah RM22,000.00 dan secara keseluruhan ialah kira-kira RM90,000.00 dalam sebulan. Purata setahun setiap akhbar yang terbabit boleh memperolehi pendapatan dan keuntungan hasil daripada iklan menyiarkan keputusan nombor ekor ini berjumlah lebih RM1.14 juta! Banyak bukan?
P/S : ehem…ehem…..Tolong komen dan respon sikit Kunta-Kinte.