Rabu, 21 April 2010

ucapan perasmian mesyuarat agung pas kawasan -dr. khairuddin-

Ahli PAS perlu ada semangat rasa bangga berada dalam jemaah. Mereka juga perlu ada semangat kebersamaan dalam jemaah. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Dato' Abdul Malik. Beliau menyampaikan ucapan bagi merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Teluk Intan kali ke-36 di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan di Kampung Padang Tembak.


Di samping itu, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh para pimpinan dan ahli PAS. Antaranya :

*Berusaha menambah ilmu dalam bidang-bidang tertentu demi meningkatkan kemampuan sebagai pimpinan dan ahli PAS.
*Memperluas kerja-kerja amal soleh yang lebih terbuka dan lebih luas agar masyarakat dapat menyertai program-program PAS dengan mudah.
*Dewan-dewan Pemuda dan Muslimat perlu memberi nilai tambah dalam program PAS agar ia lebih segar.
*Tanamkan rasa bersalah dan berdosa jika jika gagal memberi sumbangan dalam jemaah.

Selain itu, parti perlu mempelbagaikan program serta menghebahkannya agar wujudnya izzah dalam dalam jemaah.

"Kadang-kadang, masyarakat tertarik kepada parti apabila mereka melihat akan kehebatan kita. Para pimpinan dan ahli perlu tunjukkan kehebatan masing-masing di samping menganjurkan program-program kemasyarakatan. Barulah orang tertarik menyertai perjuangan kita," jelas beliau.

Beliau juga menyarankan agar ketua-ketua kampung Pakatan Rakyat aktif kembali berkhidmat di kampung masing-masing walaupun PR tidak berkuasa lagi di Perak. Beliau meminta para ketua kampung PR dapat memain peranan di kampung membantu parti terutama dalam program kebajikan dan kemasyarakatan rakyat.

Akhirnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menyimpulkan :

*perlunya menambah bilangan ahli baru serta meningkatkan kualiti ahli dengan memperkasa aspek tarbiyyah
*memperkasa dan menggerakkan jentera pilihanraya kawasan dan cawangan
*menambah dana parti dan pilihanraya
*setiap sayap parti perlu mendokong setiap program parti
*membantu sayap baru parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS
* melebarkan sayap Unit Nisa' melalui penglibatan para remaja perempuan di cawangan