Jumaat, 02/04/2010 – Tentera Rejim Zionis hari ini membuat serbuan ke atas beberapa kawasan di tebing barat dan menahan empat penduduk Palestin. Sumber tempatan memnyatakan dua penduduk Palestin ditahan di Qalqilya dan dua lagi ditahan di Hebron dan Tolkarem.
Tentera Rejim Zionis turut menyerbu kem pelarian Al-Azah dan Al-Dehish di Bethlehem dan menyelongkar banyak rumah. Mereka memberi notis kepada Majed Al-Aza, 34, dan Sami Abed Al-Hameed, 50, untuk hadir ke pusat perisikan Israel di penempatan Atsuon. Mereka turut memusnahkan sebuah kereta milik Soliman Al-Afandi.
sumber : The Palestine Telegraphpenterjemah : aznil