
Pas mendesak kerajaan perlu mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti.
Pas tidak mahu isu naik tambang bas ekspres, kerajaan akan marah kepada pengusaha bas. Pada hal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. Pas yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya