Selasa, 12 Oktober 2010

negara ini lebih maju dari apa yang kita lihat -cina islam-

Malaysia dan rakyatnya sudah mampu menjadi maju jika sekiranya tidak diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional, hakikatnya Malaysia satu ketika dahulu pernah menjadi tempat tumpuan perolehan khazanah yang tidak ternilai harganya oleh negara-negara yang maju sekarang ini, berdasarkan fakta ini, Malaysia boleh menjadi lebih maju dari Negara yang pernah menjajahnya dan jirannya disebabkan khazanah yang banyak itu. Demikian antara ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim ketika berucap di ceramah isu semasa di markas PKR di PPSK Kg. Melayu Jerkoh, benta. Pahang

Turut menyampaikan ceramah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan pimpinan DAP Jerantut Pahang.
 

Rakyat Malaysia selama ini telah ditipu oleh kerajaan Barisan Nasional, pemimpin yang dipilih oleh rakyat untuk menerajui tampok pemerintahan Negara hanya sibuk menyimpan harta diluar Negara, dalam masa yang sama rakyat hidup merempat dengan harta yang tidak seberapa.

Rakyat memerlukan pemimpin yang berpotensi menjana kekayaan Negara bagi memacu ekonomi seluruh rakyat Malaysia, beliau mengingatkan kepada hadirin supaya inilah masanya untuk merebut peluang untuk menjatuhkan kerana Barisan Nasional pada PRU 13 tidak lama lagi.

Drs. Khalil menegaskan juga tugas ini adalah tugas bersama, tugas bagi menyedarkan tentang situasi Negara semasa perlu dipikul bersama, baik diperingkat muda, yang tua bahkan sesiapa sahaja mesti melibatkan diri dalam kerja memberi maklumat ini kepada rakyat amnya.

Selain itu beliau menambah lagi bahawa usaha lebih keras perlu dijana dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat pada pru 13 nanti.