PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian YB Che Hashim, ADUN Galas yg telah sekian lama bergelut dengan penyakit kanser yang dihadapinya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan belas ehsan-Nya ke atas roh beliau. Mudah-mudahan seluruh ahli keluarganya bersabar di atas takdir yg berlaku ini.
Situasi ini akan membuka ruang untuk diadakan satu PRK di Galas. InsyaAllah PAS bersama PR akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan dikekalkan. Saya yakin seluruh jentera parti akan turun ke Galas bagi menjayakan hasrat ini.
PAS juga mengingatkan mahkamah untuk menyegerakan PRK Kota Seputih yg telah sekian lama dibiarkan kosong tanpa wakil rakyat. Tidak sepatutnya perkara ini terjadi. Rakyat kawasan KS dibiar tanpa mempunyai wakil yg sah. Lebih malang apabila Mahkamah Rayuan langsung tidak memulakan proses penghakiman, dalam tempoh yg panjang dan akhirnya rakyat pun telah melupai kes yg begini penting. Kita tidak mahu ia menjadi satu perkara biasa membiarkan rakyat dalam sesuatu kawasan Parlimen atau DUN tanpa mempunyai wakilnya.